

Assalamualaikum.Kalau anda mencari tempat menarik di Lahad Datu memang agak terhad. Walaupun tidak banyak destinasi yang ada tetapi setiap destinasi ada tarikan yang tersendiri. Salah satunya ialah Menara Kayangan atau juga dikenali sebagai Tower of Heaven. Ianya merupakan tempat menarik di Lahad Datu Sabah.Â
Menara Kayangan Gunung Silam adalah sebuah menara yang dibina di atas Gunung Silam yang terletak 11km dari bandar Lahad Datu.Menara pemerhatian ini menyajikan pemandangan alam semula jadi hutan simpan Sapagaya.
Terletak pada ketingian 880m dari aras laut menara ini menghadap kearah Teluk Darvel yang membentangkan pemandangan laut yang luas. Sangat sesuai bagi yang kaki bergambar. Disamping itu kawasan menara ini juga menghidangkan udara sejuk dan nyaman.
Jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini bagi menikmati sendiri keindahan panorama yang pasti memuka anda. Tempat yang sangat indah dan tenang. Jauh dari kesibukan bandar, lalu lintas hanya kehijauan menemani. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
AWESOME! KEINDAHAN TELUK DARVEL DARI MENARA KAYANGAN LAHAD DATU
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â Unnamed Road, 91100 Lahad Datu, Sabah. Â
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Menara Kayangan Lahad Datu
Menyaksikan Keindahan Alam
Memang menjanjikan kepuasan naik ke menara ini walaupun terpaksa naik tangga lebih kurang 7 tingkat. Anda dapat melihat satu panorama yang sangat cantik dari pandangan atas. Penat lelah anda menaiki tangga tidak akan terasa. Udara juga sangan nyaman dan tenang. Sangat sesuai bagi mereka yang ingin melepaskan ‘stress’.
Harga Tiket
Warganegara
- Dewasa : RM 5.00
- Kanak-kanak: RM 3.00
Bukan Warganegara
- Dewasa : RM 15.00
- Kanak-kanak: RM 7.00
Tarikan Menarik Terdekat
- Gunung Silam
- Air Terjun Taliwas
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Menara Kayangan Lahad Datu
360 Video of Menara Kayangan at Lahad Datu
360 view as we climbed the stairs of the Menara Kayangan “Tower Of Heaven” at Gunung Silam, Lahad Datu in Sabah, Malaysia. by mediasaya
Jom Lihat Review Pengunjung di Menara Kayangan Lahad Datu
From the main entrance is about 10km to the top. Such a wonderful view along the way to the peak. Definitely view from the top will never be a memory. The environment make feeling so relax. Stearonthia RS.
A great place to view the scenery of darvel bay and Lahad Datu district especially during good weather. Great place for hiking also although some access to mount silam is still under repairing/construction. Cyprian Pang.
Quick weekend getaway from the city’s hustle. The view is nice when the weather is clear. Hizkia Maran.
Cool and relaxing place for weekend trips. Lim Seng Sun.
Beautiful place. Roslee Seli.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.unnianje.com dan mat-drat.blogspot.my kerana berkongsi maklumat yang sangat berguna dan membantu admin. Anda boleh datang ke sini bagi melihat sendiri keindahan panorama Teluk Darvel yang sangat cantik.Â
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Menara Kayangan Lahad Datu, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Menara Kayangan Lahad Datu.