Menara Alor Setar Mercu Tanda Negeri Kedah

3470

Menara Alor SetarAssalamualaikum. Di Alor Setar terdapat menara komunikasi setinggi 165.5 meter dan telah menelan belanja 40 juta untuk membinanya. Sudah pasti menara ini menjadi mercu tanda bagi Negeri Kedah dan menjadi salah sebuah tempat menarik di Alor Setar Kedah.

Ianya merupakan salah satu mercu tanda yang popular di Alor Setar yang tersergam di kaki langit bandar. Menara perhubungan ini merupakan bangunan tertinggi di Alor Setar. Pemandangan di seluruh Alor Setar dapat dilihat di atas menara ini.

Terdapat juga Balai Cerap yang terletak pada ketinggian 88 meter dari tapak struktur untuk melihat anak bulan dan Menara Alor Setar memiliki reka bentuk menyerupai setangkai padi yang diikat bersama, sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah.

Menara ini telah menjadi tumpuan para pelancong dalam negara mahupun luar negara. Keindahan menara ini lagi terserlah kerana dikelilingi oleh lanskap yang sangat menarik. Datanglah ke sini untuk melihat pemandangan Bandar Raya Alor Setar yang pasti memukau pandangan anda. Admin juga kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

WOW! MENARA ALOR SETAR KEDUA TERTINGGI DI MALAYSIA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Darul Aman Highway, Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah.
  • Nombor Telefon : 04-720 2234 
  • Waktu Operasi : 9:00 a.m – 10:30 p.m 
  • Website : Menara Alor Setar Kedah
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Menara Alor Setar

Reka Bentuk Menara

Pembinaan Menara yang bernilai RM40 juta ini berunsurkan kepada seni bina tempatan dan moden. Struktur binaannya berasaskan ciri-ciri tradisional rumpun padi yang mempunyai keindahannya yang tersendiri.

Keistimewaan Menara

Menara ini juga menjadi menara pemerhati bagi melihat anak bulan yang menandakan permulaan Islam. Dek pemerhatian berada di ketinggian 88 meter dari dasar struktur ini.

Apa Yang Ada Dalam Menara?

Di dalam menara ini, pelawat dapat melihat pemandangan Bandaraya Alor Setar dan juga dikelilingi banyak restoran dan kedai cenderamata.

Harga Tiket

Warganegara

  • Dewasa : RM 9.00
  • Kanak-Kanak , Warga Emas dan OKU : RM 5.00
  • Pelajar : RM 9.00
  • Sekolah rendah dan Tabika : RM 5.00

Bukan Warganegara

  • Dewasa : RM 16.00
  • Kanak-Kanak  : RM 9.00
  • Pelajar : RM 11.00
  • Sekolah rendah dan Tabika : RM 9.00

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Menara Alor Setar

Jom Lihat Review Pengunjung di Menara Alor Setar

Good enough. And price is acceptable. But now open until 11pm. Vincent Lo.

Best place to have a hawk eye view of Alor Setar. Benazir Ahmed.

The best location to have Alor Setar city view at top. Lee Chee You.

Nice viewing from top tower. ezanie abdul aziz.

Cool. 360° view alor setar view. Wei Chean Ooi.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah. Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Menara Alor Setar , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Menara Alor Setar.

Facebook Comments