Memorial Park Tempat Menarik di Kundasang Sabah

Memorial Park Tempat Menarik di Ranau Sabah

Assalamualaikum. Apabila anda sampai di Kundasang Sabah, banyak tempat menarik yang boleh anda kungjungi. Di kundasang juga terdapat tempat bersejarah yang pasti ramai tidak tahu. Memorial Park  merupakan tempat tinggalan sejarah di Kundasang. Ianya juga telah menjadi tempat menarik di Kundasang, Sabah. 

Kundasang War Memorial adalah salah satu tugu peringatan untuk mengenang keberanian Tawanan Perang Australia dan Inggris yang gugur di Sandakan dan selama pawai kematian yang keji ke Ranau pada Perang Dunia II.

Tugu ini dibuka untuk umum. Para pelancong di luar atau di dalam negara boleh datang melawat. Ianya bukan hanya untuk melihat taman yang sempurna tetapi untuk mengenang mereka yang mengorbankan hidup demi kemerdekaan orang lain.

Datang ke Kundasang jangan lupa untuk melawat tugu ini. Kita perlu cintai sejarah supaya menghargai pengorbanan mereka. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

COOL!!! KENALI SEJARAH DI MEMORIAL PARK KUNDASANG

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Kundasang Kauluan, Kundasang, 89300 Ranau, Sabah.
  • Nombor Telefon : 019-899 2041 
  • Waktu Operasi : 6:55 a.m – 5:30 p.m
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Memorial Park

Menarik di sini

Ada 4 taman di sini. Taman Inggeris, Australia, Borneo dan yang terakhir Taman Renungan. Apa yang lebih menarik, anda boleh berjalan di sini sambil menikmati keindahan bunga-bunga ros dalam suasana sejuk dan ianya persis berjalan di taman di kota London.

Tiga taman pertama dibuat sebagai mengingati askar Inggeris, Australia dan juga penduduk Borneo yang membantu askar yang melarikan diri dari tahanan Jepun. Taman terakhir dengan kolam adalah tempat refleksi tentang sejarah kejam zaman perang yang patut dijadikan iktibar.

Harga dan Kos Terlibat

Warganegara

  • Dewasa : RM 2.00
  • Kanak-kanak : RM 2.00

Bukan Warganegara

  • Dewasa : RM 10.00
  • Kanak-kanak : RM 10.00

Jom Saksikan Sejarah dan Keindahan Panorama di Memorial Park

Jom Lihat Review Pengunjung di Memorial Park

Lest we forget. This is a must visit for any Australians in the area. The locals do a pretty good job keeping the memorial in good condition. Robert Pedley.

Cantik dan menarik. Zainal Ripin.

A place with nice Kinshasa view. Relaxing place. Connie Heng

For those who lost family on the war this is a must visit. The memorial is a monument to Honor the British and Australian soldiers who lost their lives on the death March. There were over 2500 POWs who were killed due to Japanese atrocities on that March. This memorial is a solemn reminder of those dead. It was sad to see that the young people have no respect or understanding of the purpose of the memorial treating it as a place to take selfies and wedding photographs, and a place to go for a picnic. Pallavi Duffy

Emotional place. Worth a visit. Christina Koch.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.jomjalan.com.my dan www.malaysia.travel kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Jika anda mahu tahu sejarah di tempat ini, datang melawat. Anda pasti dapat banyak ilmu.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Memorial Park , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Memorial Park.

REVIEW OVERVIEW
Lokasi
Pengalaman
Harga
Previous articlePulau Tiga Tempat Menarik di Sabah
Next articleMaliau Basin Tempat Menarik di Sabah
memorial-park-tempat-menarik-di-kundasang-sabahSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!