Melaka Wonderland Theme Park and Resort Tempat Wajib Dikunjungi di Melaka

Melaka Wonderland Theme Park and ResortAssalamualaikum. Pada kali ini admin ingin berkongsi tempat menarik di Melaka yang menjadi bualan orang ramai. Bagi pengemar aktiviti air sangat sesuai untuk datang ke Melaka Wonderland Theme Park and Resort untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan. Tempat ini sesuai untuk semua peringkat tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.

Melaka Wonderland Theme Park & Resort adalah taman tema dan resort air terbaru di Malaysia yang terletak di Ayer Keroh Melaka dan merupakan salah satu destinasi Malaysia yang paling popular di Melaka. Melaka Wonderland adalah tarikan pelancongan terkini untuk pelancong tempatan dan luar negara.

Taman tema ini sesuai untuk keluarga, anak-anak, remaja dan sesiapa sahaja yang inginkan keseronokkan dan pengalaman yang manis. Dari gelongsor air berkelajuan tinggi hingga ke kehijauan yang tenang, Melaka Wonderland Theme Park & Resort akan merangsang mana-mana pengunjung. Anda pasti akan teruja dan percutian menjadi sangat bermakna dan berbaloi.

Taman tema ini mempunyai 11 tarikan iaitu ornado Chaser (pertama di Malaysia), Lazy cum Crazy River, 1 Big Wave pool, Adventure Island dan dikelilingi oleh 360 hektar hutan rekreasi semulajadi. Taman tema ini menjanjikan keseronokan dengan permainan yang menarik dan mencabar serta pemandangan hutan semulajadi yang pasti memberi suasana yang aman kepada anda. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini kepada semua pembaca sebagai panduan.

AWESOME! MELAKA WONDERLANDS THEME PARK YANG SANGAT MENYERONOKKAN

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Lot PT17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Malacca, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 6-231 3333 
  • Waktu Operasi : 11:00 p.m – 7:00 p.m
  • Facebook : Melaka Wonderlands Theme Park / Facebook
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Aktiviti Menarik

  1. Tornando Chaser

Pernah tertanya-tanya bagaimana rasanya hendak masuk ke Tornado? Rasailah pengalaman Chaser Tornado kami yang pertama di Malaysia. Pemain akan berputar di dalam ‘mangkuk’ gergasi dan kemudian turun melalui terowong gelap dan ke kolam pendaratan di bawah.

2. Kamikaze Racer

Mari mulakan perlumbaan! The Kamikaze Racer mempunyai lorong 6 lajur yang akan membawa pemain secara laju seiring dengan pemain yang lain di lajur yang berbeza.

3. 1 Big Wave Pool

Rasai suasana tepi pantai dengan ombak buatan sesuai untuk santai. Kanak-kanak juga mudah dipantau oleh ibu bapa.

4. Adventures Island

Taman permainan yang dilengkapi 8 luncur di dalam air yang sesuai untuk kanak-kanak pelbagai umur.

5. Taman Dinasour

Pengunjung yang beriadah ke Taman Tema Air dan Resort Melaka Wonderland, Ayer Keroh, di sini, bukan saja dapat menikmati keseronokan bermandi-manda di situ, malah turut berpeluang melihat lebih dekat replika haiwan raksasa dinosaur yang pernah menghuni bumi ini jutaan tahun lalu.

Ini berikutan pusat pelancongan itu kini mempunyai tarikan terbaru iaitu Dinosaur Park yang dibuka kepada orang ramai pada 1 Mei 2012 yang lalu, menempatkan beberapa replika spesies dinosaur seperti Tyrannosaurus, Triceratops dan Omeisaurus.

Harga dan Kos Terlibat

  1. Taman Tema Air

Weekdays            Weekend

Dewasa                  RM33.20             RM37.90
Kanak-kanak          RM26.05             RM32.00
Warga Emas/OKU   RM18.95             RM18.95

Warga Asing – Dewasa                       RM45.00
Warga Asing – Kanak-kanak               RM37.90
Warga Asing – Warga Emas /OKU       RM22.50

2. Taman Dinasour

Weekdays           Weekend

Dewasa                  RM15.00            RM15.00
Kanak-kanak          RM10.00            RM10.00
Warga Emas/OKU   RM10.00            RM10.00

 

Promosi Istimewa yang di Berikan

  1. Boombastic Tuesday

Tarikh: 23.05.2017 – 21.11.2017

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Melaka Wonderland Theme Park

Jom Lihat Review Pengunjung di Melaka Wonderland Theme Park and Resort

Lots of fun here.kids love it! Charlene Jeff.

Nice and good for families. Esam Mustafa.

Very nice place. Fazli Li.

Nice place to take kids over the weekend. M Motel Meru, Ipoh.

Amazing for family nothing to complain. Lorben Ravibalan.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, bawalah keluarga bercuti di sini bagi memenuhi masa lapang. Hilangkan stress dengan bermain permainan yang telah disediakan. Terima kasih kepada laman web Melaka Wonderland Theme Park and Resort kerana memberi banyak maklumat mengenai tempat ini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Melaka Wonderland Theme Park and Resort, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Melaka Wonderland Theme Park and Resort.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleLava KK Burger Bakar Pilihan Makanan Western Di Kota Kinabalu
Next articleBerkelah di Air Terjun Chamang, Bentong
melaka-wonderland-theme-park-and-resortSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!