

Assalamualaikum. Melaka Tropical Fruit Farm Sungai Udang merupakan salah satu konsep produk Agro Pelancongan dengan konsep “penginapan stail ladang” di Melaka. Terletak di Sungai Udang dan seluas 173 ekar tanah, perjalanan kira-kira 20 minit dari Bandar Melaka.Tempat ini merupakan salah satu tempat menarik di Melaka.
Disini pelbagai fasiliti disediakan untuk memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat alam semulajadi dengan lebih dekat pada masa yang sama memenuhi aktiviti beriadah sekeluarga. Disini anda dapat melihat sendiri bagaimana cara menoreh dan bagaimana rupa buah getah. Bagi yang belum pernah melihat buah getah eloklah datang kesini.
Anda akan dibawa melawati sekitar ladang menaiki trump. Jadi tidak perlu risau letih untuk berjalan. Banyak betul hasil bumi di sini. Bukan sahaja pokok di Malaysia tetapi Pokok Luar Malaysia juga ada di tanam disini. Selain tumbuhan anda juga dapat melihat haiwan seperti lembu dan burung unta.
Acara yang paling menarik semasa musim buah-buahan adalah pengunjung berpeluang untuk mengalami sendiri persekitaran sejuk dan tenang di ladang selain mempunyai peluang untuk menikmati buah-buahan tropika segar dari pokok seperti durian, duku, rambai, rambutan dan lain-lain. Jadi, rancang percutian anda supaya dapat menikmati buah-buahan di ladang ini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
AWESOME! MELAKA TROPICAL FRUIT FARM SANGAT BEST UNTUK DILAWATI
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : D/A Pusat Latihan Pertanian, Sungai Udang, 76300 Melaka.
- Nombor Telefon : 06-351 6916
- Waktu Operasi : 9:00 a.m – 5:00 p.m
- Facebook : Melaka Tropical Fruit Farm
- Peta Lokasi :
Dapatkan Info Menarik di Melaka Tropical Fruit Farm
Aktiviti Menarik
Sudah pastinya aktiviti paling menarik adalah apabila tiba musim buah. Anda dapat menikmati buah-buahan yang terdapat disini. Sudah pastinya buah-buahan di sini segar.
Kemudahan sukan dan rekreasi termasuk basikal dan trek joging, tasik untuk berkayak dan memancing, zoo mini seperti unta, burung unta, rusa, lembu, kuda dan lain-lain.
Kemudahan Lain
- Ladang Buah-buahan
- Tapak Herba
- Taman Buah-buahan
- Sawah Padi
- Zoo Mini
- Chalet
- Anjung Syarahan
- Asrama
- Dewan
- Tapak Perkhemahan
- Kedai Cenderamata
- Pasar Seringgit
- Pasar Buah-buahan
- Galeri Pameran
- Aquarium Ikan Air Tawar
Pakej Yang Ada
Fruit Buffet Package / Fruit Sampling Package / Student Package / Youth Package / Family Day / Team Building Package / Explorace / Monkey Pluck Coconut
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Melaka Tropical Fruit Farm Melaka
Jom Lihat Review Pengunjung di Melaka Tropical Fruit Farm
Cheap local fruits , depending on season. Nice to drop by in the morning. Fara Ghazali.
Every Sunday, MTFF introduce ‘Pasar Tani’. Joint organise with FAMA Melaka. Jamil Jahya.
We visited during off-season (even though it’s 7 days into the expected period). The staffs were nice enough to inform us and give us a lot of discounts. They’re also very friendly, they tried to explain everything to us. Cuong Hoang.
Big farm with some animals, but fruits were highly seasonal. Yogi Leong.
Many type of plants can buy from there. Mashaiza Maz.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada ruby.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Datang sendiri ke ladang ini untuk merasai buah-buahan yang segar pada musimnya.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Melaka Tropical Fruit Farm, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Melaka Tropical Fruit Farm.