Mee Woo Resort Pusat Peranginan di Keningau Sabah

Mee Woo Resort

Assalamualaikum. Anda mencari tempat untuk santai bersama keluarga di Keningau, Sabah? Terdapat sebuah pusat peranginan yang cukup lengkap dengan pelbagai kemudahan yang pasti menceriakan hari anda. Mee Woo Resort merupakan pusat peranginan yang terkenal di Keningau dan merupakan tempat menarik di Keningau, Sabah.

Mee Woo Resort, Terletak di Jalan Ken Hwa, merupakan salah satu tempat menarik di Keningau dan juga merupakan satu-satunya pusat peranginan yang mulai mendapat tempat di daerah Keningau, Sabah. Anda pasti akan teruja dengan pemandangan resort ini yang sangat cantik.

Walaupun baru beroperasi, tempat ini mulai dikenali oleh penduduk setempat dan juga masyarakat Sabah. Pelbagai kemudahan serta daya tarikan seperti restoran, penginapan atau hotel, kolam renang, spa dan juga pemandangan yang indah

Jika anda datang ke Keningau, Sabah dan mencari tempat penginapan disini sangat sesuai. Selain menginap terdapat tarikan lain yang pasti membuatkan anda sangat selesa. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat!

WOW! MEE WOO RESORT BUKAN SEKADAR TEMPAT PENGINAPAN

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 89000 Keningau, Sabah.
  • Nombor Telefon : 087-337 108
  • Facebook : Mee Woo Resort
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Mee Woo Resort

Kolam Renang Kanak-kanak

Kolam renang kanak-kanak menjadi daya tarikan utama disebabkan keadaannya yang selamat, cetek (separas lutut) serta mempunyai gelongsor ditengah-tengah kolam cetek. Kehadiran gelonsor ini sudah pasti membuatkan anak anda leka bermain dan sukar untuk meninggalkan kolam.

Kolam Renang Dewasa

Pusat peranginan ini juga menyediakan permainan gelongsor air ala-ala Legoland Water Park khas untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Sudah tentu permainan gelongsor air merupakan daya tarikan utama bagi pengunjung yang datang.

Nikmati Hidangan Enak

Sambil bersantai, bergembira dengan keluarga dan menikmati pemandangan sekeliling, anda juga boleh memesan makanan di restoran berdekatan. Pelbagai sajian boleh dipesan dengan harga yang berpatutan. Tidak dapat dipastikan pula sama ada anda boleh membawa makanan dari rumah ataupun tidak.

Rehatkan Badan di Spa

Badan terasa lenguh setelah sehari suntuk beriadah ? Mungkin anda boleh merehatkan minda dan badan anda di tempat ini. Pelbagai perkhidmatan dibuka di SPA ini termasuklah reflexologi, urut badan, rawatan muka dan sebagainya.

Penginapan

Anda berasa penat setelah sehari suntuk bersukaria bersama keluarga ? atau masih belum puas untuk bersantai di tempat ini ? bagaimana jika anda menginap di tempat ini ? Pusat Peranginan Mee Woo juga menyediakan tempat tinggal atau hotel khas untuk pelawat yang datang. Walaubagaimanapun pelawat haruslah menempah dengan lebih awal kerana mungkin anda penginapan menjadi penuh jika anda lewat membuat tempahan. Ada lebih baik jika anda membuat perancangan awal terutamanya dalam aspek bajet.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Mee Woo Resort

Jom Lihat Review Pengunjung di Mee Woo Resort

The platinum house is so beautiful inside and out. They have a pathways from the house to the swimming pool,skybar and sauna which is amazing! That we didn’t have to walk out of the house to the swimming pool instead we just walk on that one path straight to the swimming pool. They have 5 rooms in the platinum house so a family of 15 can stay there easily because they have extra mattresses and room. Their house design is very modern and they even have a small waterfall, a small garden and chairs outside to relax on. The dinner there was good and their decorations are amazing!! You can take pictures there… The swimming area was so fun that I never want to leave. I spent only one night here on Christmas and I loved it there(best place that I have ever seen). We will visit again!!! Katerina XD.

Ok.Taman permainan paling best. Farina Far.

Lokasi cantik dekat dengan bandar. Jeejoe joe.

The best resort i ever find. The slide is so awesome. Izham GT.

Nice and beautiful. Joe Fred.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada infosantai.com kerana berkongsi maklumat yang sangat berguna. Anda boleh bersantai di sini sekiranya datang ke daerah Keningau Sabah. Admin pasti anda tidak akan menyesal kerana adim sendiri telah melaluinya.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Mee Woo Resort, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Mee Woo Resort.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleKolam Air Panas Tempat Menarik di Tawau Sabah
Next articlePusat Kebudayaan Murut Tempat Tarikan Pelancong di Tenom Sabah
mee-woo-resort-pusat-peranginan-di-keningau-sabahSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!