Mee Udang dan Ketam Sempoiii Diraja Tempat Makan Menarik di Perak

Mee Udang dan Ketam Sempoiii DirajaAssalamualaikum. Bagi peminat mee udang atau ketam boleh berkungjung di Restoran Mee Udang dan Ketam Sempoiii Diraja yang merupakan salah sebuah restoran popular di Perak. Namanya mungkin belum begitu gah tetapi restoran yang dibuka pada 2011 itu sudah mengecapi populariti menyaingi restoran serta kedai mee udang di Kuala Sepetang.

Restoran yang dimiliki oleh pasangan suami isteri, Mohd. Perdaus Zahari, 44, dan Noor Badariah Abu Bakar, 41, itu menawarkan pelbagai menu makanan tetapi mee udang dan ketam menjadi kegemaran pelanggannya. Pelanggangnya bukan sahaja orang tempatan malahan datang dari pelbagai negeri dan luar negara untuk merasa sendiri keunikan menu di sini.

Ketam dan udang yang digunakan untuk memasak adalah segar dan menjadi faktor kenapa mee disini sangat sedap kerana kemanisan seafood segar. Antara udang yang ditawarkan ialah udang laut kertas, udang harimau, udang galah dan udang kara. Pelanggan boleh memilih jenis udang dan ketam mengikut citarasa masing-masing tetapi yang pasti masakannya pasti sedap dan tidak akan mengecewakan.

Ramai yang telah mencuba sendiri makan di restoran ini dan memberi komen yang sangat positif. Jadi, sesiapa yang bercuti di Perak boleh cuba sendiri menikmati mee udang dan ketam ini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini sebagai panduan kepada pembaca untuk ke restoran ini. Kongsikan kepada semua supaya dapat membantu mereka mencari tempat makan menarik di Perak.

NIKMATI MEE UDANG DAN KETAM TERBAIK DI PERAK

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 51, Lorong Sungai Choh 10, 31250 Ipoh, Perak, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 19-466 4816
  • Waktu Operasi : 3:30 p.m – 11:30 p.m
  • Facebook : Mee Udang dan Ketam
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Mee Udang dan Ketam Sempoiii Diraja

Menu Popular

  1. Mee Udang
  2. Mee Ketam
  3. Lobster Bakar Telur Masin
  4. Siakap Masak 4G
  5. Pelbagai Masakan Panas Seafood
  6. Air Rindu Awak 200%

Harga dan Kos Terlibat

Mengikut harga pasaran seafood.

Jom Lihat Menu di Mee Udang dan Ketam Sempoiii Diraja

Jom Lihat Review Pengunjung di Mee Udang dan Ketam Sempoii Diraja

Mee yg sgt fresh(tidak rasa kembang tekak),kenyal dan terasa nyamannya, udang dan ketam yang sangat fresh, terasa kemanisannya.Datang ke perak,mesti kene cuba! Wajib tapau lepas makan kat situ! Hafiz Rosli Nazuha Fuad.

Awesome food in tg rambutan. Mustaqim Isham.

Food very nice and good. fi fie.

The best fusion and seafood in town. Armer Qamer.

Mee udang terbaik. ariffin othman.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, jika tercari-cari mee udang dan ketam yang sedap datanglah ke restoran ini pasti tidak akan mengecewakan. Belum cuba sendiri kita tidak akan tahu sejauh mana keenakkan mee di sini. Terima kasih kepada utusan online kerana memberi banyak maklumat mengenai restoran ini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Mee Udang dan Ketam Sempoiii Diraja, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Mee Udang dan Ketam Sempoiii Diraja.