Medan Selera Taman Sri Gombak Tempat Makan Menarik Di Gombak Selangor

Medan Selera Taman Sri Gombak Tempat Makan Menarik Di Gombak Selangor

Assalamualaikum. Makanan tradisional adalah makanan yang menjadi kegemaran setiap rakyat Malaysia. Walau ke mana kita pergi, makanan tradisional pasti akan dirindui kita. Tidak kiralah seseorang itu diva atau pun jutawan, dia pasti tidak dapat lupai makanan tradisional. Bak kata orang tua, “ada dalam darah daging”.

Selangor adalah negeri termaju di Malaysia dan sesuailah dengan budayanya yang kita ke arah kemodenan. Tidak terkecuali makanan dan minumannya yang kian ke arah kemajuan dengan adanya penambahbaikan di resepi-resepi makanan tradisional. Walau yang demikian, kita pastinya tidak akan terlepas untuk kembali kepada yang asal. Walau sesedap mana pun makanan tersebut, makanan tradisional tetap akan memikat hati.

Apa yang menjadi masalah, restoran yang mengamalkan resepi asal makanan tradisional kian pupus. Tapi, anda semua tidak perlu risau kerana admin sudah menjumpai restoran yang mengamalkan resepi asal masakan tradisional iaitu Medan Selera Taman Sri Gombak. Restoran ini kian terkenal di kalangan penduduk tempatan dan juga luar negeri. Konsep restoran ini sama seperti Restoran Ulam Cikgu yang berada di Kelantan. Ia juga dikelaskan sebagai salah satu tempat Makan Sedap di Selangor.

Tarikan utama di Medan Selera Taman Sri Gombak adalah Gulai Kawah. Untuk pengetahuan anda, Gulai Kawah amat sukar untuk dijumpai dan ia selalunya dijumpai hanya pada kenduri kahwin. Restoran ini cukup terkenal sehingga anda boleh cari di carian Google Map dan Waze. Admin akan kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

HEBAT! MEDAN SELERA TAMAN SRI GOMBAK AKAN MEMIKAT SETIAP LIDAH DI MALAYSIA 

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Makmur, Kawasan Industri Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.
  • Waktu Operasi :  Setiap hari (11AM – 2 AM)
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Medan Selera Taman Sri Gombak

Menu Terkenal

Antara menu yang sering dipesan pelanggan adalah:

  • Gulai Kawah
  • Budu
  • Sambal Belacan
  • Cencalok
  • Ulam-ulaman
  • Tempoyak

Gaya Hidangan

Cara pengambilan makanan disini adalah self service. Pelayan akan mengambil order air sambil mengira lauk yang kita makan dan akan selitkan kertas yang berisi harga perlu dibayar di bawah meja.

Jom Lihat Menu di Medan Selera Taman Sri Gombak

Medan Selera Taman Sri Gombak Medan Selera Taman Sri Gombak Medan Selera Taman Sri Gombak Medan Selera Taman Sri Gombak

Jom Lihat Review Pengunjung di Medan Selera Taman Sri Gombak

Great selection of malay dishes at lunch time. Price reasonable. However the area is very hot at noon. Be prepared to sweat a lot. Mohd Naqib

Best malaysian food and good place for people who hungry and wish for lunch. Mohd Syaiful’ Azam Kamarudin

Variety of malay traditional food at affordable price. Yasmin Ramjan

Variety of dish to choose from. From what I’ve seen, there are more than 20 types of dish available here. Expect high number of crowd during lunch hour as this place is the place people go to for lunch. Staple dish here is the Gulai Kawah but other dishes also are very good as well. Occasionally there will be live bands playing outside. Parking is a little bit of a hassle as there are no specific parking place. Most people park their car at the roadside. Irham Nazri

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada kisahkitastory.blogspot.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Ternyata Medan Selera Taman Sri Gombak merupakan satu tempat yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Medan Selera Taman Sri Gombak, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Medan Selera Taman Sri Gombak.

REVIEW OVERVIEW
Lokasi
Pengalaman
Harga
Previous articleI-City Trick Art Muzium Tempat Menarik di Shah Alam Selangor
Next articleFantasy House Trick Art Tempat Menarik Di Ipoh Perak
medan-selera-taman-sri-gombak-tempat-makan-menarik-di-gombak-selangorSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!