Medan Ikan Bakar Kuala Pahang Lokasi Baru Tempat Makan di Pekan Pahang

medan-ikan-bakar-kala-pahang

Assalamualaikum. Sudah tentu ramai yang tahu terdapat banyak tempat makan di Pahang yang boleh kita katakan menjadi pilihan orang-orang pantai timur. Antara menu utama yang paling terkenal di Pahang ini ialah ikan patin masak tempoyak dan beberapa lagi jenis masakan. Jadi kalau ke Pahang memang sangat rugi jika tidak rasai sendiri pelbagai masakan sedap disini.

Tetapi mungkin ramai yang tidak tahu yang di Pekan sebenarnya ada tarikan istimewa. Selain lokasi Pekan yang merupakan gabungan antara sungai dan pantai menyebabkan ianya sangat unik.

Kali ini kami ingin kongsikan 1 lagi lokasi baru di Pekan Pahang iaitu Medan Ikan Bakar Kuala Pahang yang betul-betul terletak di tepi tebing muara sungai Pahang. Lokasi medan ikan bakar ini kami telah masukkan kedalam Peta Tempat Menarik ini.

Medan Ikan Bakar Kuala Pahang Menjanjikan Suasana Ekslusif di Muara Sungai Pahang

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Medan Ikan Bakar Kuala Pahang, 26600 Pekan, Pahang
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Medan Ikan Bakar Kuala Pahang

Suasana dan Panorama Ekslusif

Suasana yang hebat dengan pemandangan yang menakjubkan. Percaya atau tidak inilah Pekan! Ianya ibarat seperti di kawasan yang ekslusif. Kenapa tidak, makan di tepi kawasan berair ini seperti sungai dan pantai pastinya menjadi pilihan yang “high class”. Jadi mari kita terjah!

Sesuai untuk Keluarga

Satu lokasi makan yang sesuai untuk keluarga. Tidak kira umur dan bangsa. Jadi kepada semua bawalah keluarga anda untuk bersantai dan makan di medan selera ini.

Lokasi Terbaru

Untuk pengetahuan semua, medan ikan bakar ini ialah satu lokasi baru yang dibuka pada 1 Ogos 2017. Sebagai satu lokasi baru pastinya ramai yang ingin mencuba dan benchmark yang diletakkan pastinya tinggi. Jadi jangan ketinggalan untuk sama-sama “merasmikan” medan ikan bakar ini.

Jom Saksikan Keindahan Panorama dan Suasana di Kawasan Medan Ikan Bakar Kuala Pahang

Jom Lihat Review Pengunjung di Medan Ikan Bakar Kuala Pahang

Nice place , great view. Gruppe East.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada yang sudi tinggalkan komen atau review. Tidak lupa juga gambar ini diambil dari google maps. Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Medan Ikan Bakar Kuala Pahang, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Medan Ikan Bakar Kuala Pahang.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleHidangan Western Di Bite Cafe Alor Setar, Kedah
Next articleTempurung Seaside Lodge Kuala Penyu Penginapan Menarik Di Sabah
medan-ikan-bakar-kuala-pahang-lokasi-baru-tempat-makan-di-pekan-pahangSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!