Masjid Terapung Tempat Menarik di Kuala Terengganu

Masjid Terapung Kuala Ibai Terengganu

Assalamualaikum. Masjid Tengku Tengah Zaharah atau masjid yang lebih dikenali dengan nama Masjid Terapung ini terletak di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai kira-kira 7 km dari Bandar Kuala Terengganu dan berdekatan dengan kawasan pantai Terengganu. Masjid ini merpakan tempat menarik di Terengganu.

Rekabentuk Masjid Terapung ini diilhamkan oleh Yang Mulia Raja Bahrin Shah dari Seni Bahri. Pembinaan Masjid Terapung ini sebenarnya adalah inspirasi Almarhum Sultan Terengganu, Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Setelah siap dibina, Masjid ini telah dinamakan sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Masjid Terapung ini mempunyai keluasan 1,372 meter persegi, menara setinggi 38 meter dan dikelilingi air sedalam 1.5 meter. Masjid yang dibina di atas pelantar terapung air di muara Sungai Ibai ini mempunyai keunikan tersendiri dengan menampilkan ciri-ciri Tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung ini merupakan salah satu masjid tercantik di Terengganu dan menjadi mercu tanda Bandar Kuala Terengganu dan Negeri Terengganu.Keindahan seni bina masjid ini menarik ramai pengunjung untuk berkunjung dan menunaikan solat di sini. Kedamaian masjid ini turut terserlah dengan keindahan Laut Cina Selatan, menjadikan ia suatu destinasi pelancongan yang menarik di Terengganu. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

AWESOME! MASJID TERAPUNG SANGAT CANTIK DI TERENGGANU.

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Kuala Ibai, 20400, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 9-617 4867
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Masjid Terapung

Tempat Beribadat

Masjid ini mampu menampung sejumlah 1,000 orang jemaah dan mempunyai dua dewan solat. Dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas.

Kemudahan

Masjid ini mempunyai kubah besar, wakaf, bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam, stor, tempat wuduk dan kawasan letak kereta yang boleh menampung lebih 400 kenderaan.

Terdapat kemudahan gerai jualan dan makanan berhampran masjid bagi kemudahan pelawat.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Masjid Terapung

Jom Lihat Review Pengunjung di Masjid Terapung

The first “floating” mosque in Malaysia. Location within an area that has been developed into a park. The river mouth and the beaches along it is still pristine. Kama Sairi

There is a huge park around it and one can come and have a pre prepared bar b q here with beautified mosque infront on the lake. Moin Quazi.

One of the rarest floating masjid. Syed Haseeb.

It was awesome and excellent. Mohd Azrin Abd Rahman.

Beautiful especially early morning. Usaid Yaseen.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, pelancongan-terengganu.blogspot.my, gowhere.my, www.jomjalan.com.my, www.flickr.com dan www.mygola.com kerana telah berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Maklumat yang dikongsikan sangat membantu dan berguna kepada admin.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Masjid Terapung , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Masjid Terapung.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleMasjid Kristal Tempat Tarikan Pelancong di Kuala Terengganu
Next articlePasar Besar Kedai Payang Tempat Membeli Belah Utama di Terengganu
masjid-terapung-tempat-menarik-di-kuala-terengganuSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!