

Masjid Selat merupakan masjid yang terbaru dan terkini di Melaka. Ianya dibina di Pulau Melaka dan terletak di tepi Selat Melaka yang merupakan selat tersibuk dan terpanjang di dunia. Pulau Melaka ini merupakan pulau buatan manusia. Keindahan dan kecantikan masjid ini memang tidak boleh dinafikan.
Pembinaan Masjid Selat ini menelan belanja hampir RM11 juta, dibina diatas tapak berkeluasan 1.8 hektar. Masjid Selat ini pastinya mempunyai karekter dan senibina yang unik seperti juga masjid-masjid lama tersohor di Melaka. Masjid ini dapat menampung kapisit lebih kurang 2000 jemaah pada satu-satu masa.
Suasana ketenangan dan kedamaian di Masjid Selat Melaka cukup membuatkan hati anda terusik. Lebih terasa ketenangan apabila anda bersolat di dalamnya, diselangi dan disulami hembusan bayu Selat Melaka yang pasti menenangkan jiwa. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
MASJID SELAT TERINDAH DAN DAMAI DI MELAKA
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Garden City 8-Storey Apartment, Jalan Merdeka, Taman Pulau Melaka, 75000 Melaka.
- Facebook :Â Masjid Selat Melaka
- Website : masjid.melaka.gov.my
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Masjid Selat
Rumah Beribadat
Masjid ini bukan sahaja cantik tetapi merupakan tempat beribadat bagi umat Islam. Pelbagai aktiviti keagamaan dijalankan di masjid ini seperti masjid-masjid yang lain. Keunikkan seni bina masjid ini membuatkan ianya menjadi terkenal di Malaysia.
Reka Bentuk
Dari segi senibina yang ditonjolkan, Masjid Selat mempunyai senibina yang amat menarik, unik dan cukup berbeza berbanding masjid-masjid lama tersohor di negeri Melaka. Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Masjid Selat hampir mirip kepada sebuah masjid terapung di Jeddah, Arab Saudi.
Terletak di atas menara ini adalah lampu amaran peringatan kepada kapal terbang yang lalu di atasnya dan berfungsi juga sebagai rumah api bagi perahu nelayan yang berada di persisir pantai.
Dari segi senibinanya pula, ianya cenderung memartabatkan konsep senibina Melayu. Konsep utama rekaan dalam Masjid Selat ini ialah elemen batang buluh yang pangkalnya dibelah dua dan membentuk beberapa bahagian.
Penggunaan empat kubah kecil yang terletak di setiap penjuru mengapit kubah yang besar. Di bawah kubah yang besar ini terletaknya Dewan Besar Solat yang berukuran 24 meter diameter.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Masjid Selat
Jom Lihat Review Pengunjung di Masjid Selat
Beautiful Mosque. Non-muslims can visit during non prayer times (Google prayer times for Malaysia before going). When I was there I was told to borrow a cloak from the cupboard and put it on before going inside. It is also a good idea to have change on you for a donation. People were very friendly. Mat Jones.
Mosque had a very nice view facing the sea, clean and well maintained interior and toilet. Ample of parking space. The breeze from the sea was enough to cool the mosque during evening and night time. Khairul Azhar.
Beautiful mosque which located in Pulau Melaka, in front Malacca Straits-one of the busiest straits in the world. Surrounded by beautiful landscape and breezing environment, apart from being a place for Muslim to worship, this mosque is also opened for public visit. And if you are lucky, you can sppt a nice sunset from here. Saharuddin Abu Kassim.
Beautiful masjid. A quite and calm place to pray and even to contemplate. Asma Majid.
Super pretty place but I do recommend wearing modest clothes. For females who does not wear hijab, you’ll have to don it and cover up with long dresses (provided) in order to enter the mosque. The staff were also friendly. Zarifah Bashir.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada laman web dan facebook Masjid selat dan juga kepada gotomelaka.blogspot.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang diberikan sangat berguna dan membantu.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Masjid Selat, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Masjid Selat.