Masjid Kristal Tempat Tarikan Pelancong di Kuala Terengganu

Masjid Kristal Kuala TerengganuAssalamualaikum. Masjid Kristal merupakan salah satu masjid yang unik dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Masjid ini telah menjadi satu tempat tarikan pelancong untuk datang ke Kuala Terengganu. Keindahan masjid ini memang tidak dapat dinafikan. Admin masukkan Masjid Kristal ke dalam  tempat menarik di Terengganu yang wajib dilawati sekiranya datang ke negeri ini.

Masjid ini dibina daripada kaca, kristal dan keluli dan merupakan masjid pintar yang pertama di Malaysia yang mempunyai keluasan 2146 meter persegi. Selain daripada menjadi persinggahan pelancong beragama Islam untuk beribadat ianya juga menjadi daya penarik pelbagai pihak kerana struktur bangunannya yang unik. Kedudukan Masjid ini di atas sungai Terengganu seolah-olah terapung seperti Masjid Terapung Kuala Ibai menambahkan lagi keunikannya.

Suasana petang di sekitar masjid ini sangat cantik dan sangat sesuai untuk bergambar. Pelbagai sudut dan panorama boleh diabadikan oleh anda. Jangan lepaskan peluang melihat panorama keindahan matahari terbenam di masjid ini. Pada waktu malam masjid ini akan bercahaya dengan lampu-lampu yang dipasang dan akan membuatkan anda teruja melihat panorama yang sangat cantik.

Anda boleh datang ke Masjid Kristal ini dengan menaiki kereta. Jika anda mahu menikmati keindahan masjid ini dari pandangan atas air, anda boleh menaiki bot-bot yang disediakan. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

AWESOME! MASJID KRISTAL MERCU TANDA PELANCONGAN DI NEGERI TERENGGANU.

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Pulau Wan Man, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 9-627 1111
  • Laman Website: Masjid Kristal Kuala Terengganu
  • Peta Lokasi : 

Daptkan Info Menarik di Masjid Kristal

Tempat Beribadat

Bagi yang agama Islam masjid kristal ini boelh dijadikan persinggahan untuk solat. Disini disediakan ruang solat untuk lelaki dan perempuan. Kemudahan lain seperti tempat berwudhuk dan tandas disediakan.

Melihat Keindahan Masjid

Anda dapat melihat keindaan binaan masjid ini yang diperbuat daripada kaca, kristal dan keluli. Binaan masjid ini sangat cantik dan lain daripada masjid yang lain. Kedudukan masjid ini di atas sungai menambahkan lagi keindahan masjid ini seolah-ola terapung di permukaan air.

Pada waktu malam anda dapat melihat masjid ini bercahaya dengan lampu-lampu yang berwarna-warni. Anda pasti akan teruja melihat keindahan masjid ini pada waktu malam.

Taman Tamadun Islam

Anda boleh memasuki Taman Tamadun Islam yang meletakkan 20 replika masjid di seluruh dunia. Pengembaraan melihat semua jenis masjid yang hebat di seluruh dunia pasti meninggalkan satu pengalaman yang menarik.

Tiket masuk bagi dewasa ialah RM 35.00 manakala kanak-kanak RM 25.00. Dengan arga tiket yang dibayar anda pasti akan berpuas hati. Abadikan kenangan anda di sini.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Masjid Kristal

Jom Lihat Review Pengunjung di Masjid Kristal

Amazing architecture. With the soft wind blowing into your face, you get to enjoy stunning scenery from this place. A must visit place if you drop by in Terengganu. Mohd Bukhari Adnan.

A very good place to visit if you come to Terengganu. Raziq channell.

Beautiful mosque, a must visit at Kuala Terrenganu. It’s also open for non-Muslims. JoyE Liew.

Beautiful mosque with unique mirror crystal design. Mohd Issany.

Best place I’ve ever seen in Malaysia, the architecture is awesome. Samiul Alim.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.caridestinasi.com, www.visit-terengganu.net dan www.123rf.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang diberikan sangat berguna dan membantu admin.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Masjid Kristal , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Masjid Kristal.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleKeropok Lekor Kampung Losong Tempat Terkenal di Kuala Terengganu
Next articleMasjid Terapung Tempat Menarik di Kuala Terengganu
masjid-kristal-tempat-tarikan-pelancong-di-kuala-terengganuSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!