Masjid Kling Tempat Menarik Di Melaka

masjid kampung kling

Assalamualaikum. Masjid Kampung Kling merupakan antara masjid tertua di negeri Melaka, dibangunkan pada era penjajahan belanda Iaitu 1152 Hijrah bersamaan 1748 Masihi. Seterusnya masjid ini diperbahrui pada tahun 1288 Hijrah bersamaan 1872 Masihi dengan bangunan batu, masjid ini didirikan setelah pembangunan masjid kampung hulu dibina. Masjid Kampung Kling merupakan tempat menarik di Melaka. 

Menara konkrit masjid ini terletak berasingan daripada bangunan utama di sayap barat manakala tempat berwuduk terletak di sayap selatan. Tapak masjid ini dikatakan tapak sebenar di mana pedagang India Muslim yang datang ke Melaka untuk berdagang pada abad ke-14 dan 15 menunaikan solat sejurus setelah tiba di Melaka.

Masjid ini dibenarkan untuk menerima pelawat. Namun, pelawat adalah dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dengan cara pakaian orang-orang Islam iaitu seluar yang menutupi lutut untuk lelaki dan memakai tudung atau skaf untuk wanita. Walau bagaimanapun, masjid ini menyediakan jubah untuk mereka yang tidak memakai pakaian yang sesuai. Selain itu, orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke dewan solat.

Jika anda datang ke Melaka jangan lupa singgah di masjid ini untuk beribadah. Selain itu, anda boleh melihat keindahan seni bina masjid ini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

AWESOME! MASJID KAMPUNG KLING MELAKA INDAH SENI BINANYA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Masjid Kampung Kling 75200 Melaka.
  • Nombor Telefon : 06-282 6526  
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Masjid Kampung Kling

Aktiviti Dakwah di Masjid Kampung Kling

Walaupun ia dalam kawasan peniaga Cina, azan tetap dilaungkan seperti biasa. Pada malam Jumaat dan Sabtu, anda boleh berkunjung ke sini untuk mendengar kuliah maghrib di tengah-tengah kebisingan pekan Melaka.

Solat Jumaat Bergilir

Oleh kerana ia dekat dengan masjid Kampung Hulu, solat Jumaat diadakan bergilir-gilir antara dua masjid ini.

Seni Bina Masjid

Seni bina Masjid ini memang unik terdapat gabungan seni bina Sumatera, China dan Melayu. Di masjid tersebut terdapat sebuah menara berbentuk pagoda dan bumbung bertingkat 3. Kebanyakkan marmar dan jubin di Masjid ini di bawa dari negara China. Segala ukiran-ukiran yang ada dalam masjid dibuat oleh orang Melayu.

Terdapat sebuah kolah di Masjid Kampung Kling, terdapat pancutan air ditengah-tengah kolah. Tiang yang menyokong bumbung kolah ini terdiri dari besi padat berbentuk lukisan Arab. Bumbungnya masih berkeadaan asal. Terdapat juga perigi lama yang masih digunakan lagi berhampiran kolah ini.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Masjid Kampung Kling

Jom Lihat Review Pengunjung di Masjid Kling

Well preserved heritage site. for Non-Muslims, clothing attire & headscarf provided for visitors. Iskandar Hamid.

Lovely description of the mosque by local faithful lady. A peaceful retreat during day between prayer times with hijab and tunics for visitors to borrow as required for modesty when visiting inside.no shoes of course. Paula Wilson.

Beautiful Masjid, interior is well designed needs some little bit touch. Salman poke.

Beautiful structure still sanding since the year of 1748 and brings the past Muslim culture malacca Muslims. RonY Rony

Beautiful mosque with traditional architecture and style. Incredible decorations inside. Place of history. Waseem Yusaf.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada hikayatmelayu.wordpress.com, www.jomjalan.com.my dan shelookout.blogspot.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang diberikan sangat berguna dan membantu.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Masjid Kling, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Masjid Kling.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articlePantai Tanjung Bidara Tempat Peranginan Menarik Di Melaka
Next articlePerigi Hang Tuah Tinggalan Sejarah di Melaka
masjid-kling-tempat-menarik-di-melakaSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!