Masjid Kampung Hulu Tempat Menarik di Melaka

Masjid Kampung Hulu

Assalamualaikum. Masjid Kampung Hulu di melaka yang dibina pada tahun 1792 telah menjadi tarikan pelancong yang datang. Fungsinya masih sama sebagai tempat beribadat umat Islam tetapi keunikan masjid ini menyebabkan ramai pengunjung akan singgah ke masjid ini apabila sampai di Melaka. Masjid ini telah menjadi salah sebuah tempat menarik di Melaka yang perlu anda kungjungi.

Masjid ini merupakan salah satu masjid tertua di Malaysia dan dijadikan salah satu bangunan warisan sejarah oleh pemerintah Kerajaan Malaysia. Dan kini menjadi salah satu tempat tarikan di Melaka. Masjid ini menjadi masjid tertua di Malaysia yang masih menjalankan fungsinya dengan baik. Di dalam perkarangan masjid terdapat makam Sayyid Abdullah Al-Haddad, seorang guru agama yang terkenal yang dianggap sebagai Wali.

Anda akan dapat lihat yang masjid ini ada reka bentuk Cina yang kuat. Jubin seramik dan lantainya dikatakan menggunakan corak zaman dinasti Ching, manakala bumbung bertingkatnya mirip kepada rekaan ala pagoda. Anda pasti teruja melihat reka bentuk masjid ini yang sangat indah dan cantik.

Jadi singgahlah ke masjid ini untuk beribadat apabila sampai di Melaka. Selain daripada beribadat anda juga dapat melihat keunikan dan kecantikan masjid ini. Pasti suasana dan seni bina masjid berlainan dengan masjid-masjid lain di Malaysia. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

HEBAT! MASJID KAMPUNG HULU YANG TERTUA DI MELAKA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Kampung Hulu, 75200, Melacca, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 6-285 9700
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Masjid Kampung Hulu

Aktiviti Masjid

Walaupun dikelilingi kedai-kedai Cina, masjid hampir 300 tahun dengan senibina klasik ini masih ada solat jemaah 5 waktu, moreh dan solat tarawih Ramadan.

Cuma untuk solat Jumaat, masjid berkapasiti tidak sampai 300 orang ini bergilir-gilir dengan Masjid Kampung Kling yang berada beberapa ratus meter dari sini.

Keramat Masjid

Jika anda ke sini, anda mungkin akan melihat sejumlah orang mengambil air dari kolah bukan untuk berwuduk, tetapi untuk di simpan. Sebab air disini dikatakan mujarab untuk pelbagai penyakit kerana ia merupakan kolah asal yang digunakan oleh orang-orang terdahulu, termasuk golongan ulama dan guru agama.

Oleh sebab ini ada juga yang menggelar masjid ini sebagai “Masjid Niat”. Di kawasan masjid juga ada kubur seorang tokoh agama tahun 1800-an bernama Sayyid Abdullah Al-Haddad, yang dianggap beberapa golongan sebagai wali.

Sejarah Masjid

Masjid ini dikatakan dibina oleh seorang mualaf dan hartawan berbangsa Cina yang bernama Shamsuddin bin Arom. Ia dibina dengan kebenaran Belanda bagi menggantikan masjid pertama Melaka yang dikatakan dihancurkan oleh penjajah Portugis.

Mungkin sebab itu, anda akan dapat lihat yang masjid ini ada gaya Cina yang kuat. Jubin seramik dan lantainya dikatakan menggunakan corak zaman dinasti Ching, manakala bumbung bertingkatnya mirip kepada rekaan ala pagoda (walaupun ada yang mengatakan ianya bumbung berciri Melayu seperti yang ada di Sumatera).

Masjid ini juga memiliki bangunan-bangunan kedai berdekatan. Oleh itu, ia adalah masjid terkaya di Melaka pada satu masa dahulu.

Jom Saksikan Keindahan Panorama Di Masjid Kampung Hulu

Jom Lihat Review Pengunjung di Masjid Kampung Hulu

Must visit historic & Barakah Mosque. mijh azman.

We should come here and say our du’a. Zila la.

Mosque with lots of history. Noraini Mohd Arom.

Historic place for the Malacca Islam. Alejandro Mancuso.

Such a beautiful majestic place of history & serenity. Sadly too many wrong reviews & completely wrong pictures posted by people on this precious ancient history of my country. Saiful Yazit.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada hikayatmelayu.wordpress.com dan www.jomjalan.com.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. maklumat yang dikongsikan sangat berguna dan membantu.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Masjid Kampung Hulu, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Masjid Kampung Hulu.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleBustel Klebang Tempat Penginapan Menarik di Melaka
Next articleMasjid Selat Tempat Menarik di Melaka
masjid-kampung-hulu-tempat-menarik-di-melakaSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!