Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Tempat Menarik di Sabah

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Tempat Menarik di Sabah

Assalamualaikum. Masjid Bandaraya Kota Kinabalu merupakan mercu tanda bagi orang Islam. Ianya terletak di Teluk Likas, Kota Kinabalu Sabah. Masjid ini telah menjadi tumpuan orang ramai kerana reka bentuknya yang indah melambangkan ciri-ciri islam. Masjid ini telah menjadi  tempat menarik di Sabah.

Masjid Bandaraya Kota Kinabalau ini juga digelarkan Masjid Terapung kerana dikelilingi air laut, yang memberikan satu pemandangan yang cukup indah dan mampu menarik perhatian pengunjung atau pelancong dari dalam dan luar negara. Masjid ini mempunyai keluasan kawasan kira-kira 14 ekar dan mampu memuatkan sehingga 12 ribu orang jemaah dalam satu masa.

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu sentiasa terbuka untuk lawatan pelancong yang bukan beragama islam kecuali pada waktu solat. Setiap pelancong yang datang ke masjid ini juga dikehendaki memakai pakaian yang sopan. Ramai pelancong asing yang akan singgah di masjid ini kerana tertarik dengan senibinanya.

Jangan lepaskan peluang untuk datang melihat sendiri senibina masjid ini yang dikatakan seperti Masjid Nabawi di Madinah. Bagi pengunjung yang beragama Islam boleh menunaikan solat di masjid ini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

AWESOME! MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU PERSIS MASJID NABAWI MADINAH

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Teluk Likas, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.
  • Nombor Telefon : 088-435 891 
  • Waktu Operasi : 8:00 a.m – 5:00 p.m (lawatan orang awam)
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Sejarah Masjid

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu terletak di Teluk Likas, Kota Kinabalu Sabah. Masjid ini telah mula dirancang pembinaannya pada tahun 1989 dan ia mula dibina pada tahun 1992, namun pada tahun 1993, pembinaan masjid ini terpaksa ditangguhkan atas sebab tertentu. Selepas tahun 1994, masjid ini telah disambung pembinaanya dan siap sepenuhnya pada 2 Februari 2000 dengan kos sebanyak RM34 juta.

Harga dan Kos Terlibat

Tiada bayaran dikenakan. Masjid ini ditutup pada hari Jumaat untuk memberi laluan kepada solat Jumaat.

Keunikkan Masjid

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu mungkin adalah salah satu masjid yang paling indah di Malaysia. Lagun buatan manusia yang mengelilingi masjid ini memberikan pandangan yang tenang dan cantik ketika malam bulan penuh.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Masjid Kota Kinabalu Sabah

Jom Lihat Review Pengunjung di Masjid Kota Kinabalu Sabah

A great place to learn muslim culture. You can also rent hijab in the area to complete the experience. Edz Bonete.

Very big and interesting mosque. Its my first time eating fried banana with chili sauce. abu hanna.

Very comfortable. The activities provided here is relevant to all muslim. Infaq is the miracle. halimah abd rahman.

A mosque with lovely view. Clean. Large. Spacious. Quite a spiritual experience to be and pray there. Dzulhafiz apin

Very beautiful views. The mosque has similar concept with MASJID TERAPUNG mosque in Penang. Lots of tourist from Asia countries (China, Hong Kong and tons of curious Koreans and even Japanese) came here to take pictures. I highly recommend come here at Friday noon. I also shares some booklet about the religion on Korean here. yusuf ooi.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada marilawatsabah.blogspot.my, orangsabahan.blogspot.my dan www.beautifulmosque.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Berkungjunglah ke Masjid ini apabila sampai di Sabah. Kunjungan anda pasti memberi kepuasan.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

REVIEW OVERVIEW
Lokasi
Pengalaman
Harga
Previous articleMuzium Sabah Tempat Menarik di Kota Kinabalu Sabah
Next articleColmar Tropicale Tempat Menarik Di Bentong Pahang
masjid-bandaraya-kota-kinabalu-tempat-menarik-di-sabahSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!