Marina Island Destinasi Pililihan Keluarga

Marina Island Tempat Menarik di Lumut Perak

Assalamualaikum. Dalam kesibukan di bandar, marilah bercuti bersama keluarga sekali-sekala di tempat yang menarik. Ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan akan mewujudkan suasana gembira dan harmoni di dalam keluarga. Ibu, ayah, isteri dan anak-anak pasti rindu ingin meluangkan masa bersama keluarga di tempat-tempat menarik setelah bekerja keras di tempat kerja dan sekolah. Maka oleh yang demikian, admin cadangkan untuk anda bercuti di Marina Island, tempat menarik di Perak.

Marina Island adalah satu-satunya Pulau buatan manusia di Malaysia. Jangan lepaskan peuang keemasan ini untuk pergi ke sana. Jika ada kesempatan segeralah ke sana. Pulau ini mempunyai banyak daya tarikan antaranya ialah pemandangan yang amat cantik, air laut yang jernih, keadaan pantai yang bersih dan servis tempat tinggal yang sempurna. Pergilah ke pulau ini dan lihatlah dengan mata anda sendiri akan keindahan satu-satunya pulau buatan manusia di Malaysia.

Terlalu banyak aktiviti yang anda dapat lakukan di Marina Island. Daripada mandi di pantai sehinggalah tenangkan minda di spa. Anda juga boleh belajar yoga, taichi dan masak di pulau ini. Tenaga pengajar juga bukan calang-calng orang, tetapi orang yang telah berpengalaman di peringkat kebangsaan. Di tempat ini juga, anda boleh menyewa bot untuk gambar dan video perkahwinan. Terdapat agensi yang akan menguruskan perkara-perkara tersebut.

Untuk pergi ke Pulau Marina, ia akan mengambil masa 3 jam jika melalui Teluk Intan dan mengambil masa 4 jam jika melalui Kampar. Nanti anda akan lalu jambatan ke pulau ini. Sila berhati-hati untuk mengelakkan kemalangan. Kami juga akan kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

AWSOME! MARINA ISLAND PASTI AKAN MENGHILANGKAN SEGALA TEKANAN YANG ANDA HADAPI 

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 32200, Perak
  • Nombor Telefon : Hotel= +6016 5597400    Property= +605 6805888
  • Website : Marina Island
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Marina Island

Aktiviti Sesuai

Berikut adalah senarai aktivi yang anda dapat lakukan:

  1. Lawati penternakan udang
  2. Treasure hunt
  3. Berselam scuba
  4. Kursus navigation
  5. Kelas memasak
  6. Bot perkahwinan
  7. Urutan
  8. Yoga & Taichi
  9. Kelas mancanting batik
  10. Galeri seni
  11. Bola tampar
  12. Kayak & kanu
  13. Bermain di pantai
  14. Berenang
  15. Memancing
  16. Funfair
  17. Kolam ikan
  18. Pemandangan matahari terbenam
  19. Kapal terbang laut
  20. Taman tema air

Penginapan yang Ada

Anda tidak perlu risau tentang penginapan kerana di sana akan menyediakan servis penginapan terbaik bertaraf 5 bintang. Penginapan termasuk penginapan komersial, penginapan residen dan penginapan apartment yang boleh anda sewa.

Promosi Istimewa yang di Berikan

Berikut adalah senarai untuk promosi istimewa:

  1. Challenge Retreate (30PAX)
  2. Fun With Family (2 Adult & 2 Child)
  3. Holidat Escape (2PAX)
  4. Lucury Sunset Cruise (4PAX)
  5. Unforgettable Honeymoon (2PAX)
  6. Wedding Package (150PAX)

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Marina Island

Marina Island

Marina Island

Marina Island

 

Marina Island

Jom Lihat Review Pengunjung di Marina Island

First and foremost, staying here is certainly worth the price. Facilities are provided. There is a hair dryer provided in the bathroom, which most hotels do not provide this. There is an ironing corner somewhere along the hallway. The rooms are spacious and clean. All of the staff working there were very friendly and hospitable. Service always comes with a smile. There was a loose sink tap (kitchenette) and a loose hose nozzle holder (toilet), but they were fixed immediately after we informed the hotel staff. This place is truly awesome and nice. I would recommend this place to any traveller who is visiting Perak. Zahrah, Kuala Lumpur

A perfect place to have a retreat, remember to join the yacht cruise around pangkor to have a luxury feel with cool foods in Terumbu Restaurant, staff are super friendly, definitely will recommend people to come and visit more. Chua, Taiping

Its a wonderful and relaxing experience at the hotel stay. Kids liked the water sports n the pool. Staff are friendly. Good for family get together and family time. If have big group family, better to book the suite. Heap Yen, Kuala Lumpur 

The rooms we had were lovely. It was spacious and more than enough for us family of 4 with a toddler a 12 year old. The breakfast spread was tasty and sufficient for us, suited to our kids taste bud and us adults too. The hotel staff are very friendly and helpful at all times. The small pool was kinda fun for our kids, and enough entertainment for them during the long weekend holidays. The only downside is the insufficient amount of soap provided in the bathroom. Other than that we are pretty happy. Even the TV channels suited everyone’s wish. For mom, dad and kids…for meals, around the area if we drive out, we can find a lot of affordable eating places. Bella, Kuala Lumpur

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada marinaisland.com dan kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Ternyata Marina Island merupakan satu tempat pelancongan yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati. 

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Marina Island, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Marina Island.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleTasik Kebun Serendah Tempat Menarik Di Selangor
Next articleKellie’s Castle Tempat Yang Menyimpan Pelbagai Memori
marina-island-destinasi-pililihan-keluargaSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!