

Assalamualaikum. Kalau anda bercadang untuk melancong ke negeri Sabah, anda perlu selitkan Maliau Basin yang terkenal sebagai The Lost World of Sabah sebagai salah satu destinasi kunjungan. Kenapa? Hal ini kerana tempat ini sangat kaya dengan khazanah alam yang sangat cantik dan indah dan dianggarkan berusia berjuta tahun. Maliau Basin merupakan tempat menarik di Sabah.
Bagi pencinta alam, inilah tempat yang sangat sesuai bagi anda untuk kungjungi. Maliau Basin memberikan cabaran kepada para pencinta alam semulajadi dan inilah tempat untuk anda membongkar misteri alam yang begitu luas dan tersembunyi. Ianya telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Yang Dilindungi (Kelas 1) yang tidak boleh dilakukan sebarang ancaman alam sekitar pada masa kini dan masa depan.
Maliau Basin mendapat jolokan The Sabah’s Lost World, kerana keadaan geografinya yang seolah-olah mempunyai jurang garis pemisah daripada dataran tanah di sekitarnya. Ia mempunyai tebing setinggi 300 – 1,600 meter tinggi , mewujudkan isolasi flora dan fauna yang di dalamnya dari dunia luar sekelilingnya.
Hanya aliran dari Sungai Maliau yang ‘berhubung’ dengan dunia luar melalui aliran air yang mengunjur sehingga ke Sungai Kinabatangan, iaitu sungai terpanjang di Sabah. Wow pasti tempat ini benar-benar sunyi dan nyaman. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
AWESOME!!! MALIAU BASIN TERKENAL SEBAGAI THE LOST WORLD OF SABAH
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Sabah
- Nombor Telefon :Â 088-486 168
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Maliau Basin
Apa Istimewa Maliau Basin
Keistimewaan Maliau Basin ialah ia berada pada ketinggian 1,675 meter dari paras laut. Jika dilihat dari atas, ianya membentuk seperti sebuah sempadan tebing tinggi membulat dan berdiameter 25 km serta mempunyai cerun yang menggerunkan. Ianya terbentuk sedemikian sejak 5 juta tahun yang lalu akibat daripada aktiviti tektonik dan gunung berapi. Bahagian tengahnya pula mempunyai lembangan terbentuk akibat proses luluhawa.
Bayangkan ada 12 jenis hutan di sini. Ada satu kawasan hutan yang dipanggil Mossey Forest, suasananya betul-betul macam anda berada dalam hutan ‘Alice in Wonderland’, macam set filem Hollywood.
Aktiviti Utama
Anda boleh menggembara menerokai hutan di sini. Pelbagai rintangan dan cabaran yang akan di hadapi. Namun, bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak ini bukanlah satu penghalang.
Apakah Flora dan Fauna yang Ada?
Dianggarkan terdapat lebih daripada 1600 spesis tumbuhan di Maliau Basin yang terdiri daripada 9 spesis tubuhan periuk kera, 440 spesis pokok dan 80 spesis bunga orkid. Bagi fauna, terdapat 69 spesis mamalia, 290 spesis burung dan lebih daripada 35 spesis amfibia telah direkodkan. Satu spesis bunga Rafflesia tengku adlinii yang jarang ditemui juga hidup disini.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Maliau Basin
Jom Lihat Review Pengunjung di Maliau Basin
Nature explorers will simply love the Maliau Basin as it is an excellent site for jungle trekking and bird watching. It contains an unusual assemblage of 12 forest types, comprising mainly of lower montane forest dominated by majestic Agathis trees, rare montane heath forest and lowland, and hill dipterocarp forest. The highlight of the adventure is to trek the majestic 7 tiers Maliau Falls. Keen visitors must, however, obtain a permission to enter the Maliau Basin in advance from Yayasan Sabah. Also bear in mind that Maliau Basin is a remote, atavistic and isolated area with limited access, communications and safety facilities. Taufiq Latif.
Lost world in North Borneo. Juff Nazlee.
Nature itself proves its beauty. Beautiful place! Wang Zhi.
The only experience you will get. Reynold Edp.
Good Adventure. Jacus Lo.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.rojakdaily.com dan sini.com.my kerana berkongsi maklumat mengenai Maliau Basin. Maklumat dan gambar yang dikongsikan sangat membantu admin. Admin sangat sarankan mereka yang suka aktiviti lasak untuk datang ke sini bagi menggembara hutan yang pasti luar biasa keindahannya.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Maliau Basin, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Maliau Basin.