Makanan Tengah Hari Murah dan Sedap Di Kak Yan Nasi Campur Langkawi

39

kak yan nasi campur langkawiAssalamualaikum. Anda pergi melancong kemana sahaja, pasti tempat makan menjadi fokus utama. Kita pasti mahu mencuba makanan yang sedap dan menyelerakan di tempat orang. Pada kali ini admin akan membuat ulasan mengenai sebuah  tempat makan menarik di Pulau Langkawi. Pulau Langkawi merupakan tempat membeli belah yang bebas daripada cukai. Selepas penat membeli belah pasti anda tercari-cari tempat makan yang sedap dan murah di Langkawi.

Kak Yan Nasi Campur merupakan pilihan orang ramai untuk makan tengah hari. Ini kerana disini menyediakan pelbagai jenis lauk pauk yang pasti membuka selera anda. Lauk dihidangkan secara buffet dan ini memudahkan anda untuk memilih apa sahaja jenis lauk yang menarik perhatian untuk dimakan. Pasal harga jangan bimbang rata-rata pengungjung disini menyatakan bahawa harga makanan sangat murah.

Disini juga menjual pelbagai jenis kuih muih yang sedap dan menarik untuk dicuba. Anda pasti berpuas hati dengan masakan di kedai ini. Kedai ini memang sangat popular dan menjadi bualan orang ramai. Jadi, jangan takut untuk mencuba dan menikmati hidangan yang disediakan. Walaupun kedai makan ini dari fizikalnya bukan bertaraf 5 bintang tetapi keenakkan dan kesedapan masakan disini sudah cukup membuat anda kenyang dan puas hati.

Jadi tidak salah jika admin mengesyorkan anda yang ke Pulau Langkawi untuk singgah makan tengahari di Restoran Kak Yan Nasi Campur. Memang terbaik dan sedap. Pekerja mereka pun tangkas, dan pantas dalam membersihkan meja makan dan menjaga kedai dalam keadaan bersih.Yang paling utama harga sangatlah murah. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini untuk panduan anda semua.

NIKMATI BERPULUH JENIS LAUK PAUK TENGAH HARI DI KAK YAN NASI CAMPUR LANGKAWI

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 11-2718 7928 
  • Waktu Operasi :  9:00 a.m – 4:00 p.m
  • Facebook : Kak Yan Nasi Campur
  • Peta Lokasi : 

Apa yang Menarik di Kak Yan Nasi Campur Langkawi

Menu Utama

  1. Di kedai makan ini menyediakan hidangan dari pelbagai juadah kampung yang mempunyai banyak pilihan. Boleh pilih seberapa banyak jenis lauk yang mahu di makan.
  2. Pelbagai jenis ulam ulaman dan sambal pencicah
  3. Pelbagi jenis kuih muih
  4. Pelbagai jenis buah dan pencuci mulut

Harga Menu

Harga menu mengikut jenis lauk yang diambil dan harga semasa bahan mentah.

Tarikan Kedai

Terletak berhampiran dengan bendang padi yang pasti menambahkan selera anda untuk makan dengan suasana yang aman dan damai.

Jom Lihat Menu di Kak Yan Nasi Campur Langkawi

Jom Lihat Review Pengunjung di Kak Yan Nasi Campur Langkawi

It is a very tasty buffet lunch with a wide variety of choices. The rates are extremely reasonable. The staff in the restaurant are very gentle and nice. Anagha Venugopal.

Tasty food and affordable price. The only thing I regret was found out this restaurant at my very last day in Langkawi. If you stay in Chenang, definitely worth it if compared to cari makan around Kuah. Abdul Rahman Mohamad Rom.

Good food,plenty of tradisional dish and kueh. Muhammad Firdaus.

Best nasi campur in langkawi. Nothing comes close. mohd ariffuddin.

Lots of choice of Malay food. Taste great too. ahmad ashraf ahmad rosli.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, Makan tengah hari anda pasti akan bermakna di kedai makan Kak Yan Nasi Campur. Terima kasih diucapkan kepada cikza.com kerana berkongsi maklumat dan gambar mengenai kedai makan ini. Banyak maklumat dan gambar diperolehi daripada laman web ini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Kak Yan Nasi Campur Langkawi, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Kak Yan Nasi Campur Langkawi.

Facebook Comments