Makanan Menarik Selera Kampung D’Lengkuas, Sabah

d lengkuas cafe tempat makan sedap di kota kinabalu sabah

Assalamualaikum. Kota Kinabalu, Sabah merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong daripada semenanjung Malaysia dan juga pelancong luar negara.

Selain daripada tempat-tempat menarik yang boleh dikungjungi oleh pelancong,  tempat makan menarik di Kota Kinabalu juga menjadi faktor utama negeri ini menjadi tumpuan pelancong.

D’lengkuas merupakan restoran yang diusahakan oleh anak jati Kelantan yang menetap di Sabah. Makanan kampung ala Kelantan dihidangkan di restoran ini pasti membuka selera sesiapa sahaja yang datang ke Kota Kinabalu.

Mencari makanan ala kampung di bandar Kota Kinabalu memang sukar tetapi D’Lengkuas merupakan pilihan yang tepat.

Antara menu yang menarik ialah nasi campur pelbagai lauk, nasi kerabu, laksa dan kuih muih yang akan membuka selera pengunjung yang datang. Harga juga berpatutan dengan makanan yang diambil.

Waktu Paling kemuncak ialah waktu makan tengah hari dimana orang yang bekerja akan singgah makan tengah hari disini. Admin terpanggil untuk membuat artikel mengenai restoran ini bagi membantu sesiapa sahaja yang mencari tempat makan di sekitar Kota Kinabalu.

D’Lengkuas Menjanjikan Makanan Selera Kampung Ala Kelantan di Sabah

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat :  Lot 36, Grace Square Sembulan, Grace Villa, 88100 Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 19-862 3030
  • Waktu Operasi :  6:30AM–12AM
  • Facebook : Dlengkuas Cafe
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di D’Lengkuas Cafe

Keunikan Makanan di Sini

  • Makanan selera kampung ala Kelantan di bandar Kota Kinabalu yang menyelerakan
  • Pelbagai lauk pauk
  • Pelbagai Jenis Kuih Muih

Jom Lihat Menu di D’lengkuas Cafe

Jom Lihat Review Pengunjung di D’ lengkuas Cafe

Food is Very Good and affordable with many choice. Dato’ Z Zabran Haider.

Malay food varieties. Famous among locals. Afdal Naim.

Looking for makanan orang Kelantan, D’Lengkuas is the place to visit. Zakaria Ahmad.

Banyak pilihan masakan kampung yang menyelerakan. Mahira bahar.

Makanannya sedap dan lazat. Rahman asbah.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, D’ lengkuas merupakan satu tempat makan menarik yang boleh dikungjungi sekiranya datang ke Kota Kinabalu Sabah. Pengalaman menikmati juadah di sini pasti akan sentiasa diingati. Pencinta masakan ala Kelantan wajib menikmati hidangan di D’lengkuas cafe.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di D’lengkuas cafe , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke D’lengkuas cafe.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleDesa Cattle Dairy Farm Tempat Menarik Dikungjungi Di Kundasang, Sabah
Next articleMAPS Movie Animation Park Studios Tempat Menarik di Ipoh Perak
makanan-menarik-selera-kampung-dlengkuas-sabahSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!