Makam Mahsuri Tempat Bersejarah Di Langkawi

18867

Assalamualaikum. Kali ini admin ingin memberi maklumat mengenai tempat bersejarah di Langkawi iaitu Makam Mahsuri. Kota Mahsuri merupakan tempat menarik di Langkawi yang perlu dilawati. Kepada yang meminati kisah sejarah boleh datang ke Makam Mahsuri. Ibu bapa juga boleh mebawa anak-anak untuk mendedahkan mereka kepada sejarah di Langkawi.

Kota Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. 

Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.

Datanglah ke tempat bersejarah ini dalam membongkar kisah Mahsuri disini. Selain itu anda juga dapat  membeli cenderamata yang bertemakan Langkawi. Admin telah masukkan Peta Tempat Menarik ini untuk kemudahan pembaca.

BONGKAR RAHSIA SEJARAH MAKAM MAHSURI DI LANGKAWI

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah.
  • Nombor Telefon : +60 4-955 6055
  • Waktu Operasi : 8:30 a.m – 6:00 p.m 
  • Facebook : Kota Mahsuri
  • Peta Lokasi : 

Apa yang Menarik di Makam Mahsuri Langkawi

Aktiviti Menarik

  1. Melawat makan Mahsuri
  2. Melihat Replika Rumah kedah
  3. Menyaksikan teater legenda Mahsuri
  4. Melawat mini muzium

Harga Tiket

Pelawat Dalam Negara ( pemegang my kad)
Dewasa rm 12.00
Kanak-kanak rm6.00

Pelawat Luar Negara
Dewasa rm 17.00
Kanak-kanak rm 7.00

Waktu Teater Legenda

Setiap : Sabtu, Ahad, Isnin, Rabu & Khamis                                                               Jam    : 11.00 Pagi Hingga 12.30 Ptg dan 03.00 Ptg  Hingga 05.00 Ptg

Setiap : Jumaat                                                                                                             Jam    : 03.00 Ptg Hingga 05.00 Ptg

Jumaat Dan Sabtu Persembahan Penuh

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Makam Mahsuri Langkawi

Jom Lihat Review Pengunjung di Makam Mahsuri

It is a fun place if you interesting about history and those tradition things. qi qiqi.

Nice place. It’s compulsory to visit. liza azurah Yusoff.

A very legendary old fork story that actuall teach us a lesson and it is a very good knowledge. Caribbean Spa.

Good place in langkawi. Sara Selvi.

Very interesting know about Mahsuri History. Athirah Mohammadshah.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, sejarah sesuatu tempat tidak boleh dilupakan dan hilang begitu sahaja. Oleh yang demikian lawati tempat-tempat sejarah seperti makam Mahsuri ini. Terima aksih kepada laman web Kota Mahsuri yang banyak memberi maklumat. Terima kasih juga kepada laman web yang telah berkongsi gambar seperti Lensa Pijut, mshachi dan langkawikedahtourism.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Makam Mahsuri Langkawi , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Makam Mahsuri Langkawi.

Facebook Comments