

Jika anda datang ke sini, dapat dilihat reka bentuk pusat membeli belah ini seperti bangunan bercirikan Portugis dan Belanda. Pelbagai barang yang boleh didapati disini kerana terdapat banyak lot-lot kedai di dalamnya. Walaupun tidak sebesar Dataran Pahlawan Mall tetapi ianya tetap menjadi pilihan orang ramai untuk dijadikan tempat membeli belah.
Disini terdapat banyak restoran makanan yang boleh dipilih. Kebiasaanya orang tempatan akan berkungjung di sini pada hujung minggu untuk berhibur dan bersantai. Di dalam pusat membeli belah ini mempunyai panggung wayang. Jadi bolehlah membawa keluarga atau rakan-rakan bersantai di Mahkota Parade.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk berkungjung ke Mahkota Parade untuk membeli belah dan bersantai. Anda pasti akan berpuas hati. Disini admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
WOW! SYURGA MEMBELI BELAH DI MAHKOTA PARADE
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Mahkota Parade, G8, Jalan Merdeka, Taman Costa Mahkota, 75000 Melaka.
- Nombor Telefon :Â 06-282 6151Â
- Waktu Operasi : 10 a.m – 10 p.mÂ
- Facebook : Mahkota Parade Melaka
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Mahkota Parade
Aktiviti Menarik di Mahkota Parade
Di sini terdapat banyak lot-lot kedai yang menjual pelbagai jenis barang daripada jenama biasa sehingga ke jenama terkemuka. Jadi anda boleh membeli belah di sini dengan senang dan mudah. Selain itu, anda boleh berhibur dengan menonton wayang dan bermain bowling. Terdapat banyak kedai-kedai makan yang boleh anda pilih untuk menjamu selera.
Harga Parking Kereta
Hari Isnin hingga Jumaat
- Kadar rata (sebelum 10 pagi) – RM 3.00 / Kemasukan
- Jam pertama atau sebahagian daripadanya (selepas 10 pagi) – RM 1.00
- Selepas 2 jam atau sebahagian daripadanya – RM 3.00
- Setiap jam berikutnya atau sebahagian daripadanya – RM 1.00
- Kadar rata (selepas 6 petang) – RM 3.00 / Kemasukan
Hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum
- 2 jam pertama atau sebahagian daripadanya – RM 3.00
- Setiap jam berikutnya atau sebahagian daripadanya – RM 1.00
* Jika anda kehilangan tiket, Penalti akan dikenakan kepada anda sebanyak – RM 30.00
10 Lokasi Menarik di Sekitar Mahkota Parade
Terdapat banyak lokasi yang menarik sekitar Mahkota Parade. Setelah penat membeli belah anda boleh berkungjung ke tempat-tempat di bawah.
- Dahtaran Pahlawan Melaka Megamall
- Kota A Famosa
- Menara Taming Sari Melaka
- Muzium Setem Melaka
- Gereja dan Bukit St. Paul
- Muzium Layang-layang
- the Stadthuys Melaka
- Muzium Maritim
- Muzium Baba Dan Nyonya
- Jonker Walk
Sebenarnya banyak lagi tempat yang anda boleh terokai.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Mahkota Parade
Jom Lihat Review Pengunjung di Mahkota Parade
Great location, easily accessible by both public and private transport. However, it is advisable to not drive here during weekends and public holidays as parking places can be quite scarce.
As for the mall itself, there’s a great variety of shops for all kinds of things – both cheap and expensive. There’s a lot of eating options too and to spend some fun time, there’s an arcade, an indoor archery range, a bowling center, a laser tag facility and last but not least, a world class movie theater. A great place to spend a fun day with family or friends. Sauryadeep Pal.
Tourist in Malacca. Happen to have night market when in town. Great and cheap food. Shopping mall is still alright. Have many shopping malls nearby the facility. Siew Hing Lam.
Beautiful and one of the bigger shopping mall with many shops in the heart of Melaka. Beautiful surrounding with big car park. Zahir Hussain
A mall like other with good shops, toilet are clean which is a really positiv point. basement have nice cheap stuff. i spend 3 hours here. nice. Benoit Ourion.
Often my destination every weekend over my 2.5 years stay in Melacca. Have everything i needed and even more. The store variation is very good. Jessica Sobian.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, ternyata Melaka merupakan sebuah negeri yang mempunyai banyak tempat untuk dilawati. Dari tempat yang bersejarah hingga tempat berhibur bersama keluarga. Salah satunya ialah Mahkota Parade yang menjadi pilihan orang ramai untuk membeli belah.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Mahkota Parade, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Mahkota Parade.