Luanti Fish Spa Ranau Tempat Menarik di Ranau Sabah

Luanti Fish Spa Ranau Tempat Menarik di Ranau Sabah

Assalamualaikum. Percutian anda di Sabah tidak lengkap sekiranya tidak singgah di Ranau, Sabah. Terdapat banyak tempat menarik yang boleh anda kungjungi di sana. Antaranya ialah Kundasang, Ladah Teh dan kolam air panas dan banyak lagi. Salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong apabila sampai di Ranau ialah Luanti Fish Spa. Ianya telah menjadi  tempat menarik di Ranau Sabah. 

Luanti Fish Spa ini terletak di Kampung “Tagal” Sungai Moroli, Kampung Luanti di daerah Ranau. Tagal bermakna ‘tidak memancing’ dalam dialek tempatan Kadazan Dusun dan ia adalah satu usaha kolektif dari masyarakat kerajaan dan tempatan untuk memelihara alam sekitar dan ekosistem sungai. Ianya terletak bersebelahan dengan pintu masuk Sabah Tea Garden di jalan raya untuk Sandakan Kampung Luanti.

Ikan disini dibiarkan hidup bebas dan sudah pasti akan memberikan anda satu pengalaman ‘urut dan rawatan spa’. Ikan-ikan kebanyakannya jenis ‘Ikan pelian’ atau ikan kelah yang hidup dalam habitat semula jadi mereka. Sebaik sahaja anda masuk ke dalam sungai, ikan-ikan akan datang di sekeliling anda dan menggigit lapisan kulit yang mati pada kaki anda. Terasa sakit-sakit juga mulut ikan menyedut kaki dan betis kita.

Ikan-ikan juga ada yang bersaiz besar tetapi mereka sangat lembut dan tidak bertaring. Setiap pengunjung diperuntukkan masa 15 minit untuk memberi peluang kepada orang lain untuk mempunyai mereka rawatan “spa” oleh ikan. Jadi jangan lepaskan peluang ini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

AWESOME! NIKMATI SPA GIGITAN IKAN DI LUANTI FISH SPA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Kampung Luanti Baru, 89300 Ranau, Sabah.
  • Nombor Telefon : 088-876 988
  • Waktu Operasi :  8:30 pagi – 5:30 Petang (Sabtu Tutup)
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Luanti Fish Spa Ranau

Aktiviti Sesuai

Anda boleh rendam kaki untuk digigit oleh ikan-ikan di dalam sungai. Ianya ibarat seperti spa kaki dan membuang sel-sel kulit mati. Ini merupakan pengalaman yang pasti mengujakan.

Harga dan Kos Terlibat

Anda perlu membeli tiket masuk untuk terlebih dahulu di kaunter hadapan. Harganya RM10 untuk mandi bersama ikan (seluruh badan), RM5 untuk dewasa rendam kaki dan RM2 untuk kanak-kanak rendam kaki.

Tempat Tarikan yang Berhampiran

  • Ladang Teh
  • Kolam Air Panas
  • Kundasang

Jom Saksikan Keindahan Panorama Luanti Fish Spa

Jom Lihat Review Pengunjung di Luanti Fish Spa Ranau

I definitely like this place, you can enjoy playing and feeding the fish here. The fish kiss and suck your legs and hands. You can even try to put the fish feed inside your fist, then put your fist into the water. All the fish will come and suck your hand, but remember not to open your hand when it is in the water. Ng Wai Kei.

Love this place so much, you can feed the fish with fish food only 20 cents per pack. The fish will suck your dead skin on your legs. Enjoy your 15 minutes for one session here. Adult at RM5, Children RM2 & camera free due to murky waters after raining the whole night. sama ab.

A good place. The fish really does eat ur feet! Not literally la. They would suck your feet and sole and it feels ticklish and sometimes stinga for just a bit. The time given is just nice. The river is beautiful and clean. Really recommend it! Dzulhafiz apin.

The time should be longer. The foodstall sell delicious food at amazingly low prices. The car park however are very limited. Co Am La

Support Local! Fish here is super friendly! Lydelter B.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada denai.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Datanglah ke Luanti Fish Spa ini bagi merasai sendiri pengalaman digigit ikan di dalam sungai. Aktiviti ini sangat luar biasa dan menyeronokkan.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Luanti Fish Spa, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Luanti Fish Spa.

REVIEW OVERVIEW
Lokasi
Pengalaman
Harga
Previous articleKilang Kopi Yit Foh Menjadi Tumpuan Pelancong Ke Tenom
Next articleLadang Teh Ranau Tempat Menarik di Ranau Sabah
luanti-fish-spa-ranau-tempat-menarik-di-ranau-sabahSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!