

Assalamualaikum. Perak merupakan satu negeri unik yang mempunyai banyak tempat menarik. Ini kerana ianya mempunyai pelbagai tarikan yang istimewa dengan kepelbagaian rupa bentuk muka bumi. Salah satu daerah yang pesat membangun di Perak ialah Ipoh. Tidak dinafikan bahawa Bandaraya Ipoh mempunyai tarikan istimewa yang menawarkan pelbagai perkara yang cukup menarik buat para pelancong terokai, daripada keindahan dan keunikan senibina bagunan-bangunan lama di Pekan Ipoh.
Bangunan lama yang selalu menjadi pilihan pencinta seni photography serta lokasi kegemaran penggambaran filem Yasmin Ahmad, kawasan Ipoh dikelilingi Gunung-ganang batu kapur yang cukup mempesonakan sekiranya anda inginkan melakukan aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan. Sedar atau tidak, Taman Tema Lost World Of Tambun antara destinasi pilihan utama buat para pengunjung melancong ke Ipoh.
Taman Tema Lost World of Tambun merupakan salah satu taman tema terawal di Malaysia dan merupakan taman teman yang sangat hebat kerana lengkap dengan pengalaman mandi manda yang hebat, pelbagai permainan yang mengkagumkan, melawat zoo melihat binatang, dan sehinggalah pengalaman spa dan kolam air panas hingga ke malam hari.
Pengalaman hebat di Taman Tema di Lost World of Tambun ini banyak dikongsikan di media sosial seperti Facebook dan perkongsian ikhlas dari para pengunjung yang mempunyai blog. Oleh sebab itu, dari pembacaan admin maka untuk perkongsian kali ini kami akan buat perkongsian mengenai taman tema di Ipoh ini.
Taman Tema Lost World of Tambun Jadi Destinasi Utama Perlancongan di Perak
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : 1, Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak, Malaysia
- Theme park tel : +605 542 8888
- Hotel tel : +605- 540 8888
- Fax : +605- 542 8899
- Email : [email protected]
- Waktu Operasi : Open Mon-Fri : 11:00am till 6:00pm, Weekends, School and Public Holidays : 10:00am till 6:00pm. Closed on Tuesday, except on Malaysian school & public holidays.
- Facebook : Lost World of Tambun
- Peta Lokasi :
Dapatkan Info Menarik di Taman Tema Lost World of Tambun
TAMAN TEMA
- Lost World Water Park
- Jungle Wave Pool
Jungle Wave Pool ini ialah kolam renang berombak terbesar di Malaysia yang boleh kita rasai. Ombak buatan ini boleh kita rasai sehinggalah mencapai ketinggian sebanyak 3 kaki tingginya. Menarik bukan?
2. Adventure River
Aktiviti ini sangat menarik kerana pengunjung dapat menaiki pelampung besar yang akan melalui sungai buatan dengan penuh keterujaan. Pengunjung akan dapat rasai pengalaman yang berbeza disini. Ianya sangat menyeronokkan terutama jika anda lalui pengalaman ini dengan keluarga atau rakan-rakan anda. Taman Tema Tambun ini memang sangat menarik!
3. Sandy Bay
Sandy Bay ini dinamakan sesuai dengan persekitaran tempatnya yang sangat cantik dengan pasir pantai yang memutih. Bagi admin, ianya satu tempat yang sangat sesuai untuk merehatkan badan dan minda dibawah pancaran matahari dan sedikit minuman sejuk. Jika anda mempunyai ahli yang ramai, kenapa tidak gunakan kesempatan ini untuk bermain bola tampar pantai, menarik bukan?
4. Kids Explorabay
Disini terdapat gelongsor bersaiz kecil khas unuk kanak-kanak dan juga yang bersaiz besar. Ianya satu tempat yang sangat menarik kerana sesuai untuk anak-anak meneroka. Disini terdapat juga meriam air, bekas air yang besar, semburan air gajah, langsir air dan sudah semestinya kapal lanun untuk mereka terokai.
5. Cliff Racer
Cliff Racer ialah aktiviti gelongsur air yang sangat mengujakan. Ianya membawa anda lurus ke kolam mandi dengan kelajuan yang sangat laju. Ianya sangat sesuai untuk anak-anak remaja yang sukakan cabaran dan kelajuan. Biarkan anak anda disini, pasti mereka akan kepenatan melayan Cliff Racer bersama rakan baru mereka disini.
6. Tube Raiders
Tube Raiders ini mempunyai 4 gelongsur berasingan yang patut anda cuba. Ianya sangat sesuai untuk aktiviti keluarga. Jangan ketinggalan untuk mencubanya jika anda datang ke taman tema ini.
- Lost World Petting Zoo
1. Tarantula Alley
Tarantulas comprise a group of large and often hairy arachnids belonging to the Theraphosidae family of spiders. If arachnids are your thing, then this is truly up your alley.
2. Giraffe and Friends
Rasai kelainan seperti di Afrika apabila anda berada di Petting Zoo . Disini terdapat pelbagai haiwan seperti zirafah, kuda belang dan juga burung unta! Inilah peluang anda untuk bermesra bersama haiwan-haiwan yang hebat ini.
3. Rabbit Wonderland
Dengan dikelilingi oleh sungai buatan manusia, sesunggguhnya zoo ini adalah syurga bagi kanak-kanak. Mereka boleh beramah mesra secara dekat dengan pelbagai jenis arnab. Selain itu, kanak-kanak juga boleh memancing dan menangkap ikan di sungai.
4. Ruby and Friends
Ruby si rakun adalah bintang utama bagi Lost World Petting Zoo. Haiwan nokturnal ini sangat lembut dan sungguh menakjubkan! Anda boleh menemui ruby dan kawan-kawannya di sangkar Ruby and Friends.
5. Tortoise Kingdom
Temui Kura-kura “Chinese Box” dan Kura-Kura “Senterrapin” di alam Kura-kura. Disini terdapat sebuah air terjun yang berukuran 30 kaki mengalir terus ke sungai semulajadi yang menjadi habitat pelbagai jenis kura-kura. a
6. Bird Paradise
Syurga Burung, seperti namanya adalah satu-satunya sangkar burung yang dikeliling oleh bukit batu kapur and hutan saujana hijau.Disini anda boleh menemui pelbagai spesis burung kerana terdapat lebih 500 ekor burung dari 18 keluarga ada disini.
7. Marmoset Tree House
Mari terokai dan kenali haiwan marmoset yang bertelinga putih dan hitam yang bersembunyi disebalik pokok-pokok. Monyet kecil seakan-akan tupai ini hidup secara semulajadi di rumah pokok khas untuk marmoset-marmoset ini.
8. Serpentarium
Berjalan menerusi terowong lutsinar membolehkan anda berada lebih dekat dengan reptilia berdarah sejuk ini. Jangan risau anda akan selamat disini. Anda boleh melihat ular melingkar di dahan-dahan and juga menyusur di tanah. Mungkin juga ada ular diatas anda!
9. Rock Canopy
Alami pengalaman secara edukatif yang menyeronokkan di lima stesen fotografi dan interaktif di Rock Canopies. Bersedia untuk melibatkan semua deria anda ketika anda belajar.
10. Rain Forest Trail
Dengar dan lihat sendiri aktiviti haiwan-haiwan liar seperti tupai, musang, monyet, rusa dan pelbagai lagi adalah sebahagian daripada aktiviti di zoo Malaysia. Anda juga boleh dikelilingi oleh haiwan liar ini di tempat yang telah ditetapkan dan rasai sendiri keterujuaannya!
- Lost World Amusement Park
1. Adventure Express
Biarkan lokomotif purba ini membawa anda dan keluarga anda ke dalam perjalanan melewati runtuhan megah, air melonjak dan harimau liar. Ia juga merupakan cara yang sempurna untuk mendapatkan lawatan cepat ke semua tempat menarik yang ada di Lost World of Tambun!
2. Lupe’s Adventure
Roller coaster Perak yang pertama ada di sini! Penambahan baru ini membawa para penumpangnya melalui beberapa selekoh dan cerunan yang tajam yang menjanjikan kegembiraan untuk para pelawat.
3. Perak Parade
Perak Parade sangat sesuai untuk kanak-kanak. Ianya pasti menyeronokkan bagi kanak-kanak apabila mereka dibawa berpusing-pusing menaiki kereta api kecil.
4. Storm Rider
Bersedialah untuk merasai pengalaman yang berbeza seperti berada di lautan yang bergelora di kapal lanun kami. Kapal ini boleh berayun sehingga 180 darjah! Cepat dan rasai keseronakan berganda disini!
5. Giddy Galleon
Pusing, pusing dan pusing lagi. Lagi satu tarikan menarik untuk dirasai bagi seisi keluarga. Ia akan membuatkan anda semua menjerit keterujaan
6. Dragon Flight
Inginkan penerbangan yang bagus? Ayuh segera ke Dragon Flight! Duduk, pasang tali keledar dan bersedia untuk terbang di udara. Jika ia tidak membuatkan anda pening, anda dialu-alukan untuk satu lagi pusingan!
7. Lost World Haunted Chambers
Tidak perlu diceritakan dengan lebih terperinci. Cabar keberanian anda di zon yang menyeramkan ini dan rasai sendiri pengalaman yang boleh menaikkan bulu roma anda!
- Lost World Tin Valley
1. Tin History Walk
Kami juga mempunyai unsur-unsur pendidikan mengenai bijih timah. Disini kami akan menerangkan seni perlombongan bijih timah ke fakta menarik mengenai timah dan bagaimana ia menjadi komoditi penting dalam perdagangan antarabangsa yang digunakan dalam beratus-ratus proses perindustrian di seluruh dunia
2. Tin Trail
Berjalan menyelusuri peradaban bijih timah .Ketahui bagaimana timah dilombong, dari bentuk pertamanya sehingga menjadi timah yang boleh dijual. Sebilangan besar artifak yang dipaparkan di Galeria kami dipinjamkan oleh Ipod World Sdn. Bhd.
3. Dulang Washing
Kanak-kanak akan berpeluang mendalami seni ‘mendulang’ – seni menggunakan dulang untuk mengeluarkan timah dari bumi dan pasir. Dulang tersebut akan digunakan untuk mengambil tanah dan dicampurkan dengan air. Kemudian ia mestilah diayak secara perlahan-lahan untuk menghilangkan lumpur dari dalam dulang. Bijih timah yang lebih berat akan kelihatan setelah semua lumpur tadi dikeluarkan.
4. Tin Bearers
Pada zaman dahulu, gajah merupakan satu-satunya cara untuk mengangkut bijih timah yang berat ke depot terdekat. Tin Valley telah mencipta semula satu monumen gajah batu bersaiz sebenar untuk membolehkan para pelawat memanjat ke belakang gajah. Para pelawat berpeluang untuk menikmati pemandangan yang cantik dan semestinya ini peluang anda untuk merakamkan foto yang terbaik.
5. Dulang Tea House
Dulang Tea House menghidangkan beberapa kegemaran tempatan yang paling lazat yang pekerja-pekerja timah di zaman dahulu digunakan. Terdapat kopi panggang tempatan, roti panggang dengan telur rebus dan sajian yang lazat. Berkunjunglah kesini dan nikmatilah keseronokan ini dengan cara yang klasik.
- Lost World Tiger Vallery
Harimau Siberia berwarna merah keemasan dengan belang hitam yang lebih nipis berbanding harimau lain. Subspesies ini berada di tangga teratas di kalangan keluarga kucing yang terbesar di dunia. Mereka adalah pemburu yang berkuasa yang bergerak berbatu jauhnya untuk mencari mangsa seperti rusa dan babi hutan.
Harimau menggunakan belangnya yang tersendiri sebagai teknik penyamaran (tidak ada dua ekor harimau yang mempunyai corak yang sama) dan memburu dengan senyap. Harimau yang lapar boleh makan sebanyak 27 kilogram dalam satu malam. Spesis kucing ini juga merupakan pendaki dan perenang yang sangat baik seperti yang anda akan lihat jika anda berpeluang menyaksikan pertunjukan harimau kami.
- Lost World Adventure Park
1. 6th Mile Tunnel
Mud that goes up to your knees. Still waters you have to swim in. Creatures that lurk in the dark. Pointed edges you have to avoid. All within this long tunnel of a pitch-black cave. The perfect place for people to huddle and team up!
Lumpur yang dalam sehingga ke lutut. Makhluk yang bersembunyi dalam kegelapan. Tepi tajam yang anda harus elakkan. Semua ini dalam terowong panjang yang ada di dalam gua yang hitam ini. Inilah empat yang sesuai untuk orang ramai berkumpul dan bekerjasama dalam satu pasukan.
2. 13 High Rope Course
Terletak di persekitaran semulajadi di tebing hutan yang hebat disertai bunyi yang menenangkan dari air terjun 60 kaki, 13 High-Rope Course ini mencabar keyakinan diri, kecekalan dan ketabahan anda.
3. Zip Line
Kawat zip telah digunakan sebagai kaedah pengangkutan selama bertahun-tahun. Inilah peluang anda untuk mengalaminya. Nikmati keseronokan seperti terbang di angkasa, semasa anda menyeberangi kabel sepanjang 120 meter di atas Tasik Cermin.
4. Via Feratta with Abseil
Via Feratta, Italian for “Iron Road” is a protected climbing route which makes rock climbing an easy activity for beginners. Once at the top, climbers can then abseil down safely with the help of instructors.
Via Feratta, bahasa Itali untuk “Iron Road” adalah laluan pendakian yang dilindungi yang menjadikan pendakian mudah dan selamat untuk orang yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki. Setibanya di puncak, pendaki boleh turun dengan selamat dengan bantuan para pengajar.
5. Wild Woosey
Dua peserta hendaklah percaya kepada satu sama lain kerana mereka dikendaki untuk saling berpaut dan bekerjasama semasa menjalani aktiviti ini. Rakan-rakan yang lain akan menyokong rakan sepasukan mereka dari bawah. Elemen ini akan meningkatkan kepercayaan masing-masing dan akan memecahkan halangan komunikasi diantara mereka.
6. Super Adventure Race
Berakit, merentas hutan, mengekplorasi gua dan perlumbaan ke cerunan hanyalah sedikit sebanyak daripada 12 halangan dalam perlumbaan ini. Yang paling penting adalah skil berkomunikasi, bekerjasama dan bermotivasi untuk menamatkan perlumbaan ini sehingga ke garisan penamat.
7. Kayak Mania
Bersedia untuk basah. Bersiaplah untuk menjadi berani. Untuk cabaran kali ini, kami memerlukan anda untuk mengatasi ketakutan anda. Aktiviti kayak termasuklah terbalik dalam air, menyeimbangkan dan mengkoordinasi kayak serta memanjat semula kayak.
8. Triple X Challenge
Diadakan di tengah-tengah bukit batu kapur semulajadi Tasik Cermin, pelbagai aktiviti telah direka khusus untuk membawa daya saing dan meningkatkan kerja berpasukan dalam kalangan peserta. Cabaran memberi fokus untuk mengeluarkan yang terbaik dari setiap peserta.
9. Camping
Perkhemahan ini bukan hanya untuk kanak-kanak, betultak? Percayalah dengan perkhemahan ini ianya akan membantu kita untuk lebih berdikari pada masa akan datang. Mari sertai kami di disini dan pelajar teknik dan cara untuk membina khemah, membuat api dan sebagainya. Ianya menjanjikan pelbagai keseronokan disini.
HOT SPRINGS AND SPA BY NIGHT
- Saphira’s Lair
The Saphira’s Lair ini sebenarnya direka khas untuk kanak-kanak. Ianya bagi menggambarkan dunia maya lengkap dengan cahaya berwarna-warni untuk menerangi hutan hujan yang direka khas ini. Apabila matahari terbenam pada waktu petang, lampu yang disusun khas akan mengambil tempat di Lost World Hot Springs and Spa, Ipoh. Bukan sahaja kanak-kanak dapat menghabiskan masa yang berkualiti dengan keluarga dan rakan mereka juga boleh mendapat manfaat daripada air mata air yang panas itu.
- Crystal Spa
Crystal Spa adalah kemudahan spa di mana pelawat dapat menikmati terapi badan dengan bayaran yang berpatutan. Spa ini menawarkan aromaterapi dan urutan kepala & bahu dalam privasi dan keselesaan pondok urut anda sendiri. Rawat diri anda dengan urutan yang menyegarkan. Spa kristal dibuka dari 12 tengah hari hingga 11 malam.
- Infinity Pool
Tidak seperti mata air panas buatan manusia yang lain, ia direka khas untuk berfungsi sebagai spa yang sebenar. Infinity pool ini sangat besar dan boleh menampung sehingga 300 orang sekaligus. Selain itu, ianya juga dikelilingi oleh bunyi air terjun yang menarik dan menenangkan.
- Crystal Pool
Kolam Crystal di Lost World Hot Springs & Spa direka khas dengan jubin kristal yang menyerupai cahaya matahari pada siang hari. Dan pada waktu malam Pool Crystal akan dipasang dengan pelbagai lampu berwarna-warni yang akan membuatkan pengunjung berasa seperti mereka berenang di kolam kristal.
- The Geyser Of Tambun
The Geyser of Tambun ini antara yang paling menarik. Ianya memancutkan mata air panas panas 40 kaki ke atas dan akan memberi kesan hebat serta kejutan apabila ia meletus setiap jam. Dengan kesan pencahayaan yang halus ia memberikan pengalaman yang indah untuk mereka yang melawat pada waktu malam.
- Steam Cave
To experience the true spa in Ipoh, Malaysia, the Lost World Steam Cave is great because it acts as a sauna, promoting detoxification leaving the skin clean and refreshed, whilst encourages blood circulation. A visit to the Lost World Steam Cave may be what you need to de-stress.
- Top Of The World Pool
Betul-betul di bahagian atas Lost World Hot Springs & Spa terletak satu kolan renang yang dipanggil Top of the World Pool. Kolam renang ini adalah kolam jakuzi dengan aliran air yang deras untuk memberikan pengalaman seperti diurut. Ianyamembolehkan pelbagai terapi hidro-terapeutik untuk otot, sendi dan titik tekanan dilakukan disini oleh pengunjung.
PROMOSI
Apa yang paling menarik disini ialah terdapat begitu banyak promosi yang di berikan oleh pihak pengurusan Lost Worl of Tambun ini. Memang hebat pula promosi yang disediakan. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, mari kita lihat antara promosi yang diberikan.
- Friendship Goals
If you are a fan of thrilling adventures, chilling horror experience or just want to relax and chill. You are in for a treat, tag a friend now and get our exclusive saving packages only for the month of July!
2. Magical Raya
Celebrate Raya this year with a touch of a magical folktale at Lost World Of Tambun!
3. RM1 Wednesday
Buy 1 Published rate Adult entrance tickets and get the next one for RM 1 only. This promo is valid for every Wednesday till the 22nd of November 2017!
4. Awesome Thursday
Thursdays will never be the same again! Now only RM30 for an entire day of fun and excitement on selected Thursday each month. Purchase your tickets right away!Ticket(s) valid on: 11 May, 15 June, 13 Jul, 10 Aug, 14 Sept, 12 Oct & 9 Nov 2017
5. Lost World Explorer Pass
Experience exciting adventures, this Visit Perak 2017!Get your Lost World’s Explorer Pass with unlimited access for SIX months at an awesome price and open up your holiday to a world of amazing experiences!
6. Buy 2 Free 1 Lost World Hot Springs and Spa by Night
From now till 23rd November 2017, enjoy Lost World Hot Springs and Spa by Night with your friends every Monday, Wednesday and Thursday with this amazing promotions.Adult – 13 years old and above: RM100 (N/P RM150)
Child – 12 years old and below: RM84 (N/P RM126)
Mari Kita Lihat Gambar Sekitar di Lost World of Tambun
Jom Lihat Review Pengunjung di Lost World of Tambun
Beautiful at night and lots to explore other than hot spring. Night safari. Petting zoo and what amazed me is the aborigin instrumental music playing in the mysterious walk above the pond in the midst of the limestone hill. Ilvan Wang.
Good for family trip holiday, but management should thinking of better improved service regarding online booking. It should be fast right?? But why bought online ticket and still need to line up to take ticket. Ali Hasnan Abu Kasam.
Please improve the followings: implement queueing system for swan boat ride. Pls insist that only proper swim suit are allowed. Huey Kee.
This place could really do some maintenance work. It’s such a pity that a beautiful hot spring place like these is not met with good cleanliness, and generally good maintenance work. Otherwise, it could have been a truly exceptional experience. Yik Wai.
Was expecting Natural Hot springs. But little disappointing to see man made hot spring. Nevertheless, had a good time with my wife. Though petting zoo has only few animals, zoo crew helped to give more information about the species and animals in the zoo. Worth visiting. Highly recommended for family, since it is an ideal place for spending a whole day. Samarinathan Ramachandran.
A lot of water facility you can enjoy here. It is suitable for children and family to visit. Basically Drinks are not available in water park can be accepted but no water cooler provided inside is a bit weird to me. Locker zone is at side, don’t ask much else will get scold by the person in charge. It located a bit far from city center, it will be a little bit hard to get there for tourist, no transport get back to city centre. Theme park is a little bit , spend normally 4 hours can finish everything if not much people. Chen Yih Haur.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada sunwaylostworldoftambun.com yang sangat membantu kami untuk membuat review. Gambar, bahan dan sumber yang ada sangat jelas tentang Lost World of Tambun ini.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Taman Tema Lost World of Tambun , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Taman Tema Lost World of Tambun.