Lido Corner Kedai Makan Menarik di Kelantan

 

Lido Corner kota bharuAssalamualaikum. Nasi sup merupakan satu identiti makanan universal khususnya masyarakat Asia tak kiralah samada Melayu , India , Cina, Jepun dan lain-lain. Masing-masing mempunyai identiti dan citarasa yang tersendiri dan yang pastinya semua lapisan bangsa menyukainya. Di Kelantan terdapat sebuah kedai nasi sup yang sangat sedap iaitu di Lido Corner. Lido Corner merupakan tempat makan menarik di Kelantan. 

Nasi Sup Tepi Sungai atau nama rasminya Lido Corner ini dinamakan bersempena tapak pawagam Lido yang tersohor pada era 70an 80an dahulu. Premis ini adalah merupakan sebuah warung kecil kepunyaan En Mahadi bin Harun yang mengusahakannya sejak lebih 22 tahun yang berkonsepkan layan diri.

Bagi yang pertama kali berkunjung menjamu selera di sini, daging dan ayam bakar seharusnya dicampurkan colek (sos) manis bagi menjamin rasanya sebati bila makan bersama nasi dan sup. Sememangnya makan dengan pakej lengkap pasti mengundang ingatan untuk kembali buat kali keduanya.

Jika anda mahu merasai sendiri keunikan dan kesedapan nasi sup ini datanglah ke kedai makan ini apabila sampai di Kelantan. Admin jamin anda akan berpuas hati dengan rasa nasi sup disini. Disini admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

WOW! NASI SUP PALING SEDAP DI LIDO CORNER KELANTAN

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 15200, Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 19-959 3622
  • Waktu Operasi : 11:30 a.m – 5:00 p.m
  • Peta Lokasi : 

Daptkan Info Menarik di Lido Corner

Menu Menarik

Kedai makan ini berkonsepkan layan diri sepenuhnya menyediakan hanya 1 menu utama yakni nasi sup daging gred A samada daging musir ataupun pangkal peha bercampur sedikit urat dan lemak dengan pilihan sampingan 3 jenis lauk iaitu 1. daging bakar, 2. ayam bakar 3. kari ikan.

Pelanggan yang berkunjung boleh membuat pilihan samada memilih untuk pakej lengkap sup berisi dengan pilihan lauk yang berharga RM10.00 atau sup kosong dengan lauk berharga RM6.00 bagi memenuhi selera makan tengahari.

Jom Saksikan Menu di Lido Corner

Jom Lihat Review Pengunjung di Lido Corner

Lunch time place serving a light soup of chicken and beef, and grilled chicken with rice. Owen Jones.

Their original recipe. The sauce is nice. Seoparjoo Azmel Mohd Isa.

Nice daging bakar and sup here,very delicious. Asri Zain.

The best Nasi Sup in town. Special daging bakar. Shahriman Faisal.

Good food. Super easy to find the location. Nurul Fatiyah Ibrahim.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada kedaimakankelantan.blogspot.my dan has2309.blogspot.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang dikongsikan sangat berguna dan membantu.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Lido Corner, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Lido Corner.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articlePantai Cahaya Bulan Tempat Menarik di Kelantan
Next articleMaggie Telur Sotong Kak Zah Menarik di Kelantan
lido-corner-kedai-makan-menarik-di-kelantanSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!