Lembah Temir Resort Penginapan Menarik di Pahang

6111

Lembah Temir Resort Tempat Menarik di Raub

Assalamualaikum. Anda mencari tempat penginapan yang tenang dan aman di Pahang? Admin sarankan anda pergi ke Lembah Temir Resort. Ia terletak dalam 75 ekar estet / landskap kebun yang menakjubkan dan terletak hanya kurang daripada 2 jam memandu dari pusat bandar Kuala Lumpur. Ianya telah menjadi tempat menarik di Pahang. 

Terletak di tengah-tengah hutan hujan simpan kaya Pahang, ia mempunyai beberapa air terjun melata semula jadi di sekeliling kebun yang akan menjamin untuk mententeramkan anda. Ini menjanjikan satu suasana yang aman dan damai yang jauh dari kesibukan kota.

Resort ini mempunyai 35 bilik yang berselerak di sekitar kebun. Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, kipas angin dan pemanas air. Yang menariknya di sekitar resort ini terdapat kebun buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, manggis dan banyak lagi. Wow! pasti anda akan teruja makan buah-buahan ini pada musimnya.

Menarik lagi terdapat sungai kecil yang sangat jernih dan sejuk mengalir di bawah resort. Air sungai ini berasal dari pergunungan di pedalaman hutan pahang. Jadi jangan lepaskan peluang bercuti di sini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

AWESOME! KEINDAHAN ALAM DI LEMBAH TEMIR RESORT LUAR BIASA DAN MEMUKAU

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : C149, 27630 Sungai Ruan, Pahang.
  • Nombor Telefon : 012-211 2259 
  • Website : Lembah Temir Resort (LTR)
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Lembah Temir Resort

Aktiviti Sesuai

  • Barbecue
  • Council Meeting
  • Family day

Kemudahan yang Ada

  • <100 participants
  • Catering
  • Chalet
  • Karaoke set
  • Musolla
  • Open space / dataran
  • PA System
  • Restaurant/cafe
  • Seminar room (closed)
  • Sport’s field
  • Swimming pool

Apa yang Unik di sini?

  • Air terjun
  • Buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan dan lain-lain
  • kolam air bukit

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Lembah Temir Resort

Jom Lihat Review Pengunjung di Lembah Temir Resort

Went there during the peak of durian season. Real retreat if you love nature and durian. With running stream and waterfall around the plantation. Sheng Kheun Kok.

Good for family retreat and rebonding. Full of adventures to explore with nice nature views and clear running stream with waterfalls. Kids definitely love it. If durians season you can taste verities of king fruits. Clean and well manage with good foods. Most important you are being treated by the owner themselves who are very friendly. Dato’ Wan Razali Muda

One of the nicest river stream resorts I’ve been to. Room is 5 star hotel standard, food is superb, staffs are friendly. Be here to enjoy nature, not internet guys. Akmal Samudi.

Awesome place for thos who is loving nature. Muhamad Saiful Bahrin.

Very good nature retreat within a durian farm. Local food during lunch, tea and dinner outperformed food served at hotels. Very friendly owner, and you can also jog within the resort. Superb. Helmi Rahim.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada ohbulan.com, travelkliq.com dan dusuntua.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang sangat menarik. Menginap disini sudah pasti akan menjanjikan kedamaian dan ketenangan yang sukar diperolehi di tempat lain.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Lembah Temir Resort, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Lembah Temir Resort.

Facebook Comments
REVIEW OVERVIEW
Lokasi
Pengalaman
Harga
Previous articleArdence Lab Tempat Menarik di Selangor
Next articleLata Iskandar Tempat Menarik di Cameron Highland