Lembah Danum Tempat Pelancongan Menarik di Sabah

38

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

Lembah Danum

Assalamualaikum. Bagi mereka yang meminati menerokai keindaan alam, Lembah Danum merupakan pilihan yang sangat tepat. Ianya bagaikan syurga bagi pencinta alam. Lembah Danum terletak di Lahad Datu dan merupakan  tempat menarik di Sabah. 

Lembah Danum adalah kawasan tadahan luas yang juga habitat kepada badak sumbu Sumatra, gajah Asia, harimau dahan, kera bangkatan, Orang Utan, ungka, kancil serta harimau bintang. Ada sebanyak 300 spesies burung yang direkodkan di kawasan ini. Sangat menakjubkan dan menarik.

Aktiviti di Lembah Danum pastinya tidak lengkap jika tidak mencuba berjalan di atas titi gantung sepanjang 100 meter di atas pokok yang mencecah ketinggian 40 meter di hutan itu. Bagi yang gayat, pastinya pemandangan dari atas titi gantung mampu melupakan seketika kerisauan berada di tempat tinggi.

Kepada para pencinta alam di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk menerokai sendiri keindahan alam di Lembah Danum. Anda boleh pergi secara berkumpulan supaya lebih seronok. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

WOW!!! ALAMI KEINDAHAN ALAM DI LEMBAH DANUM

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Lahad Datu, Sabah.
  • Nombor Telefon : 088-486 168
  • Website : Lembah Danum
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Lembah Danum

Aktiviti di Lembah Danum

Disini mempunyai sebuah ekoresort yang pertama di Sabah iaitu Borneo Rainforest Lodge (BRL). Antara aktiviti yang ditawarkan di sini ialah menjejaki laluan trek dalam hutan, mandi di sungai, memerhati burung dan meninjau hutan pada waktu malam. BRL Lembah Danum menyediakan penginapan dalam rimba yang menjanjikan ketenangan kepada pengunjung, termasuk mereka yang memilih untuk meniti di atas tititan berkenaan.

Kehebatan Lembah Danum

Ini antara tempat di dunia yang diakui mempunyai ekosistem antara yang paling kompleks di dunia. Kalau bercerita tentang haiwan, ini tempat tinggal badak sumbu, gajah, harimau, orang utan dan 300 spesies burung.

Anda akan berjalan di atas titi gantung setinggi bangunan 13 tingkat untuk menerokai keindahan hutan. Keunikkan lain yang ada disini ialah kubur orang asli, ada 3 kubur yang siap dengan keranda kayu belian yang ada dalam kawasan hutan tebal ini.

Penginapan yang Ada

Oleh sebab perjalannya pun lama, sebaik-baiknya anda bermalam di sini. Anda boleh tempah penginapan anda di Borneo Rainforest Lodge. Resort ini ada 30 chalet selesa.

Pakej 3H2M sekali dengan pengangkutan pergi balik dari airport Lahad Datu, aktiviti hutan dan penginapan bermula dari RM 3,200.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Lembah Danum

Jom Lihat Review Pengunjung di Lembah Danum

Amazing wildlife, amazing forest. If you want nature in abundance and are willing to sweat it out and put up with a few leeches this is the place for you. I go every year, I love it that much. Michael Guinness.

Awesome Jurassic parky-forest. 4 species of monkeys. Johan Fahlman.

Beautiful! Primarily a research center, not designed for tour groups. If you go with a travel company, it’s easier and more expensive. DON’T plan ahead with the 4×4 night tours or sunrise viewings. We paid the full price for two of us ahead of time, only to find out we could have waited, signed up on the spot with 6 other people, and all split the price. Eliza Pennell.

Danum valley is a very special place. Amazing walks and wildlife and 5 star all the way. Stunning place to spend time. Maureen Donovan.

Perfect place to be close with nature. Kern Wen.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.jomjalan.com.my dan haniefhadief.blogspot.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang dikongsikan sangat berguna untuk admin dan pembaca.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Lembah Danum , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Lembah Danum.

Facebook Comments