Lava KK Burger Bakar Pilihan Makanan Western Di Kota Kinabalu

lava-kk-burger-bakar

Assalamualaikum. Kali ini admin ingin mengupas sebuah tempat makan menarik di Kota Kinabalu  khas kepada pengemar makanan ala western. Lava Burger Bakar terletak di kawasan Kepayan dan agak senang untuk dilihat kerana restorannya berada di tepi jalan raya. Keunikan burger disini menjadi bualan orang dan menjadi salah sebuah restoran western yang terkenal di Kota Kinabalu.

Daging burger yang diperbuat daripada daging cincang asli dan dibentuk menggunakan tangan untuk menjadikan sebuah patti burger. Daging buatan sendiri ini menjadikan hidangan burger di sana menjadi lebih sedap dan enak. Bukan sahaja burger malahan makanan western lain juga turut disediakan disini seperti spegetti, meat ball dan macam-macam lagi. Namun, menu yang menjadi tumpuan ialah pelbagai jenis burger yang mempunyai rupa, bentuk dan rasa yang berbeza.

Suasana di kedai ini juga sangat cantik, selesa serta berkonsepkan hipster dan sangat sesuai dengan kedai yang menyajikan makanan ala western. Kedai ini tidak dapat menampung ramai pelanggan oleh yang demikian, sekiranya tidak mahu kecewa lebih baik membuat tempah awal. Waktu hujung minggu restoran ini akan dipenuhi oleh pelanggan dari pelbagai tempat.

Pencinta burger datanglah ke restoran ini untuk menikmati sendiri keenakkan burger yang menjadi bualan orang ramai. Bawalah keluarga atau kawan-kawan untuk makan malam dan  menikmati makanan western yang pastinya tidak akan menghampakan. Admin disini telah memasukkan tempat makan menarik ini ke dalam Peta Tempat Menarik sebagai panduan pembaca.

BURGER TERLAMPAU SEDAP DI LAVA KK BURGER BAKAR

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 88 Marketplace Austral, Kepayan Kota Kinabalu, Kota Kinabalu.
  • Nombor Telefon : +60 88-211 877
  • Waktu Operasi : 11:00 a.m – 11:00 p.m
  • Facebook : Lava KK Burger Bakar/Facebook
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Lava KK Burger Bakar

Menu

  1. Pelbagai Jenis Burger
  2. Makanan Western
  3. Talam Set

Harga

Harga mengikut menu burger dari RM 8.00 sehingga RM 20.00. Terdapat juga set makanan yang dipanggil talam set. Set Talam mengikut berapa orang makan untuk satu hidangan dan menggabungkan semua jenis makanan western. Harga bermula daripada RM 45.00 sehingga RM 85.00.

Jom Lihat Menu di Lava KK Burger Bakar

    

Jom Lihat Review Pengunjung di Lava KK Burger Bakar

Big portion of food for reasonable peice. Nice environment. Aziza Chin.

Sangat sadappp? i like the bola2 (meatball). Melora Toinus.

Nice meal ?. Aim Adha.

Very good food. Must try the ‘ burger talam’. Worth every sen ?. Muhammad Syafiq.

Sedap, puashati, layanan terbaik. Khair Al-Syah.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, daripada gambar-gambar menu di atas pasti akan membuka selera anda untuk mencuba sendiri keenakkan burger bakar di restoran ini. Jika datang bercuti ke Kota Kinabalu masukkan tempat ini sebagai satu tempat makan menarik keluarga anda. Terima kasih diucapkan kepada dululainsekaranglain.com yang banyak memberi maklumat mengenai restoran ini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Lava KK Burger Bakar, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Lava KK Burger Bakar.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleFifty4Ferns Resort Satu Lagi Tarikan Tempat Menarik di Bentong Pahang
Next articleMelaka Wonderland Theme Park and Resort Tempat Wajib Dikunjungi di Melaka
lava-kk-burger-bakar-pilihan-makanan-western-di-kota-kinabaluSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!