Lata Sri Pulai Tempat Menarik Berkelah dan Mandi Manda di Pontian Johor

23586

Dapatkan Pelbagai Info Tempat Percutian disini :

lata-sri-pulai-di-pontian-johorAssalamualaikum. Bagaimana hari ini semua sihat? Pasti anda tengah sibuk mencari mana tempat bercuti bukan? Atau mungkin anda sedang mencari tempat-tempat untuk anda semua bersantai kali ini bersama keluarga dan rakan. Semestinya banyak tempat menarik di Johor yang boleh kita lawati untuk kita pergi untuk mandi manda tetapi kali ini admin nak beritahu ada satu tempat yang sangat seronok iaitu Lata Sri Pulai di Pontian Johor.

Baiklah, secara umumnya di Lata Sri Pulai yang terletak di Pontian Johor ini menyediakan pebagai kemudahan serta prasarana yang berteraskan Melayu tradisional. Jadi sudah semestinya bagi pengunjung yang suka untuk merasi suasana aman damai seperti kampung maka ini adalah satu pilihan tepat untuk anda.
Di Lata Sri Pulai ini sebenarnya mempunyai kolam renang yang asli serta kolam buatan yang dipenuhi dengan ikan talapia. Apa yang lebih menarik ialah kita sebagai pengunjung yang menyewa di Lata Sri Pulai ini dibenarkan untuk cuba memancing ikan tersebut. Admin melihat bahawa konsep kediaman yang diketengahkan oleh pihak Lata Sri Pulai ini adalah sangat sesuai untuk kita melakukan pelbagai aktiviti outdoor seperti memancing ikan, berenang, beriadah dan yang paling penting dan menarik sekali dapat BBQ pelbagai jenis makanan.
Sebelum terlupa, sebenarnya di Lata Sri Pulai ini anda juga boleh berbasikal dikawasan sekitar dan melakukan riadah seperti menunggang basikal mengelilingi kawasan Lata Sri Pulai dan kampung berhampiran. Sebelum terlupa, admin telah masukkan lokasi Lata Sri Pulai ini kedalam Peta Tempat Menarik ini.

 

Pengalaman Menyeronokkan Mandi Manda di Lata Sri Pulai Johor

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : No. 4 Kampung Melayu Raya, Jln Rizab 1, 81500 Pekan Nanas, Johor
  • Nombor Telefon : 019-328 2881
  • Waktu Operasi : Sila hubungi pihak owner jika datang untuk menginap atau mand-manda sahaja.
  • Fee : Kanak-kanak RM5 dan Dewasa RM10
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Lata Sri Pulai, Pontian Johor

Pelbagai Kemudahan dan Info Yang Anda Perlu Tahu di Lata Sri Pulai

  • Pihak Lata Sri Pulai ini menyewakan dua (2) banglo, dan termasuklah swimming pool yang sangat luas serta seluruh kawasan. Harga yang ditawarkan ialah serendah RM3600(+10% untuk cuti umum)
  • Untuk pengetahuan semua, jika anda sewa banglo ini makanan tidak termasuk.
Banglo Setingkat
      – Ada 4 bilik dan 3 bilik air
      – Semua bilik AC dan ada air panas.
      – Mempunya dua ruang tamu yang luas
      – Dapur basah dan kering (berserta kelengkapan memasak)
      – Ruang makan outdoor
Rumah kayu tradisional
      – 3 bilik 2 bilik air
      – Ruang tamu dan beranda
      – Bilik utama sahaja AC
Secara pengiraan mudahnya, disini ianya dapat memuatkan 55 orang kadar selesa pada satu masa. Tetapi kalau anda datang kesini dengan jumlah atau bilangan ahli yang lebih maka anda haruslah membawa alas tidur dan bantal sendiri.
Untuk pengetahuan, disini mengamalkan konsep dimana mereka hanya menerima tempahan setelah menerima bayaran sebanyak 50% deposit.

Jom Saksikan Panorama di Sekitar Lata Sri Pulai

lata-sri-pulai-pontian-4 lata-sri-pulai-pontian-4 lata-sri-pulai-pontian-4 lata-sri-pulai-pontian-4 lata-sri-pulai-pontian-4

Jom Lihat Review Pengunjung di Lata Sri Pulai Pontian Johor

Private & good place for family retreat! We having good time here. Syahnaz Abdullah.

Nice resort that blends with nature. Hamdi Yusof.

Terima kasih kepada pemilik yang sangat baik dan khidmat yang baik kepada kami semua dan organiser group kami hawa kamar. Highly recommended untuk family bonding. Pemandangan yang cantik dan rumah yang cantik. Moga terus maju dan bertambah lagi tempat-tempat menarik yang berkonsepkan kampung untik kami nikmati. Yang paling penting tempat cantik dan harga yang sangat affordable. Terima kasih sekali lagi. Zainab Kamar.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, sangat menarik bukan perkongsian kami kali ini. Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Lata Sri Pulai , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Lata Sri Pulai.

Facebook Comments
Suka Tempat Ini, Beri 5 Bintang