

Ianya juga dikatakan lebih cantik dan menarik berbanding air terjun di kawasan lain kerana keindahan alam semulajadinya yang mampu memikat hati pelancong. Lata Hujan kini telah menjadi tarikan utama pelancongan bagi Jajahan Tanah Merah kerana ianya mampu menarik ramai pelancong dari dalam mahupun luar negeri.
Ianya akan menjadi destinasi tumpuan apabila tibanya musim cuti persekolahan kerana tempat ini sangat sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga. Anda boleh jadikan tempat ini sebagai tempat berkelah sambil menikmati keindahan alam semulajadi yang cukup indah. Anda pasti akan teruja dengan keindahan alam disini.
Jika anda singgah di daerah Tanah Merah Kelantan jangan lupa luangkan masa datang ke sini. Anda pasti akan berpuas hati dan seronok menjalankan aktiviti riadah seperti mandi manda bersama keluarga. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
WOW! LATA HUJAN MEMIKAT HATI PENGUNJUNG DENGAN KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : 17500 Tanah Merah, Kelantan.
- Peta Lokasi :
Dapatkan Info Menarik di Lata Hujan
Sejarah Lata Hujan
Menurut cerita orang tempatan, Lata ini telah dibuka selepas kemerdekaan tanah Melayu iaitu pada tahun 1957. Nama Lata Hujan ini diambil sempena seburan ataupun dalam dialek Kelantan disebut “piah”. Air terjun ini juga turut dikenali sebagai Lata Hujan Ulu Kusial bagi masyarakat setempat.
Kemudahan Disediakan
Kemudahan awam seperti tandas awam, mussala, wakaf rehat serta sesuai untuk dijadikan tempat untuk berkhemah ataupun menjalani apa-apa latihan dan kursus.
Aktiviti Menarik
- Berkelah
- Mandi manda
- Jungle Trekking
- BBQ
- Perkhemahan
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Lata Hujan
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada orangkelantan.com kerana berkongsi maklumat yang sangat membantu admin. Jangan lepaskan peluang untuk datang sendiri ke Lata ini bagi menikmati keindahan alam flora dan fauna.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Lata Hujan, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Lata Hujan.