Laman Padi Tempat Menarik di Pulau Langkawi

3289

Laman-padi-Langkawi

Assalamualaikum. Apabila sebut sahaja negeri Kedah pasti bendang padi menjadi bayangan. Di Langkawi juga terdapat tempat dimana anda dapat melihat sawah padi. Laman Padi merupakan salah satu tempat menarik di Langkawi Disini anda dapat melihat sawah padi terbentang luas dan pasti menjanjikan pemandangan yang sangat indah dan damai.

Suasana sawah padi sebenar akan dapat dirasai kerana terdapat juga orang-orang yang berada di tengah-tengah sawah padi. Pasti anda aakan teruja dengan pemandangan yang dilihat walaupun berada di atas sebuah pulau. Selain daripada melihat sawah padi, pengunjung juga akan mengenali lebih dekat jenis-jenis padi yang ada disini. Disini terdapat sebuah muzium padi yang boleh anda lawati.

Apabila sampai disini anda akan dilayan dan dibawa melawat sawah padi. Pengalaman yang paling mengujakan ialah apabila anda dibawa turun ke sawah padi dan melihat sendiri bagaimana padi di tanam. Anda juga akan diberi peluang untuk mencuba sendiri menanam padi dan akan diajar cara yang betul. Satu pengalaman yang berharga dan sukar diperolehi ditempat lain.

Datanglah ke Laman Padi ini bagi mereka yang ingin melihat sendiri bagaimana padi diproses. Selain daripada dapat melihat pemandangan indah anda juga akan dapat menimba ilmu mengenai padi. Disini juga terdapat restoran seashells yang sangat popular untuk makan malam. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini kepada anda semua. Jangan lepaskan peluang untuk jadikan Laman Padi sebagai tempat pilihan untuk dilawati apabila sampai ke Pulau Langkawi.

AWESOME! PEMANDANGAN SAWAH PADI YANG SANGAT CANTIK DI LAMAN PADI LANGKAWI

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Pantai Cenang, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon :  +60 4-955 3225
  • Waktu Operasi :  10:00 a.m – 6:00 p.m
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Laman Padi Langkawi

Aktiviti Menarik

Kalau anda tidak kisah untuk berlumpur, anda boleh menanam padi atau menangkap ikan dengan serkap. Tiket bermula dari RM3 seorang.

Dan oleh kerana kawasan ini juga ada kawasan herba sendiri, anda juga boleh meminta bantuan pemandu pelancong di Laman Padi kalau anda betul-betul mahu belajar bukan saja tentang padi tapi juga tanaman lain yang ada di sini.

Harga Tiket

  • Dewasa : RM2:00
  • Kanak-kanak Bawah 12 Tahun : Free

Jom Saksikan Keindahan Panorama Laman Padi Langkawi

 

Jom Lihat Review Pengunjung di Laman Padi Langkawi

Great learning experience (especially on paddy-growing and harvesting) but best to go with a tour guide or a local who can speak Bahasa. Xiang Li Lim.

Place With a Fantastic View. stefan fm.

Very nice and informative rice and local heritage museum. Also ideal for larger events as a venue. Ákos Muráti.

A very nice museum. You got to see real paddy fields and all the traditional planting methods here. The air-Cond museum also provided much photo story on paddy planting history. Paul Yii Huong Hoe.

Totally love the scenery. nur amirah hidayah.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.malaysiavacationguide.com dan www.jomjalan.com.my kerana berkongsi maklumat mengenai Laman Padi Langkawi. Terima kasih juga kepada www.mykeledek.com dan www.langkawi-info.com kerana berkongsi gambar Laman Padi ini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Laman Padi Langkawi, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Laman Padi Langkawi.

Facebook Comments