

Assalamualaikum. Di sabah juga terdapat tarikan istimewa seperti di Cameron Highland. Tarikan itu ialah Ladang Teh. Teh Sabah ialah satu-satunya ladang teh organik di Borneo dan salah satu daripada beberapa ladang seumpamanya di dunia. Oleh yang demikian, ianya telah menjadi tempat menarik di Sabah.
Dengan ladang yang terbentang luas serta dikelilingi oleh hutan hujan semula jadi dan udara dingin pergunungan, Ladang Teh Sabah menyambut anda dengan keindahan persekitarannya yang jauh daripada kesibukan kota. Pemanduan selama 2 jam dari Bandar raya Kota Kinabalu dan 30 minit dari kawasan Pekan Ranau Ladang Teh Sabah megah dengan keindahan latar belakangnya iaitu Gunung Kinabalu.
Anda boleh melihat bagaimana teh dipetik dan juga cara daun teh diproses. Anda akan melawat sekitar ladang teh dan juga kilang pemprosesan daun teh. Sudah pasti ini merupakan satu pengalaman yang sangat menarik. Jangan lepaskan peluang juga untuk merasai kesegaran teh Sabah di Restauran yang disediakan.
Jangan lepaskan peluang untuk melawat ladang Teh Sabah. Pengalaman seperti ini sangat berharga. Percutian anda tidak lengkap sekiranya tidak melawat ladang teh sekiranya tiba di Ranau, Sabah. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.Semoga bermanfaat.
WOW! NIKMATI KEINDAHAN LADANG TEH SAMBIL MENGHIRUP TEH YANG SEDAP
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : KM 17, Jalan Ranau/Sandakan Kampung Nalapak Beg berkunci No.2, 89309, Ranau, Sabah.
- Nombor Telefon : 088-879 220
- Waktu Operasi : 7:00 a.m – 8:00 p.m
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Ladang Teh Ranau
Aktiviti Sesuai
Datang ke Ladang Teh untuk anda melihat panorama hijau daun teh yang pasti sangat indah dan damai. Anda juga boleh melihat sendiri bagaimana daun teh dipetik dan diproses. Selain itu, anda berpeluang untuk membeli teh sabah dan merasai sendiri air teh di restauran sambil menghirup udara yang segar.
Selain itu, anda juga boleh mencuba aktiviti riadah yang disediakan. Pelbagai aktiviti riadah seperti menyeberangi laluan berhalangan di Kawasan Rekreasi Sapaon, meredah trek laluan ke Bukit Kamunsu atau meredah malam untuk menyaksikan sendiri kehidupan unik serangga.
Harga dan Kos Terlibat
Tiada bayaran tiket dikenakan.
Penginapan yang Ada
Terdapat penginapan disediakan. Pelawat boleh memilih sama ada menginap di rumah panjang tradisional, banglo mewah atau berkhemah di bawah kerdipan bintang malam. Kemudahan lain yang disediakan termasuklah bilik seminar, restoran, kedai cenderamata, padang bola dan lapangan tenis.
Jom Saksikan Keindahan Panorama Di Ladang Teh Ranau
Jom Lihat Review Pengunjung di Ladang Teh Ranau
You should buy tea from here. Taste delicious and marvellous. Good view from here. Can watch mount kinabalu from here. Not too cold. Great place for group selfie. nurannisha NA.
A very relaxing and beautiful place. The view from restaurant is breath taking. The foods are very delicious, specially the tea prawn and tea ice cream. I highly recommend this place. Nujhat Afrose.
Very beautiful place. Their tea flavoured scones were very good. The management is very friendly and we enjoyed the whole experience. Pearl Lowe.
Beautiful surrounding of tea plantation in ranau sabah. You can indulge on their breathtaking view while seeping hot fresh brewed tea. Located nearby sg moroli fish spa so you could visit both while in ranau. Syed Najib.
Very peaceful,nice view. A great place to spend time with your family. FNZ Ifah.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada travelholic.my dan ww2.sabah.gov.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Jangan lepaskan peluang anda untuk datang sendiri ke Ladang Teh yang indah ini dan merasai keenakkan teh Sabah.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Ladang Teh Sabah, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Ladang Teh Sabah.