

Assalamualaikum. Adakah anda sukakan sains? Perkataan “planetarium” pasti tidak asing di telinga anda. Planetarium adalah tempat di mana kumpulnya pameran-pameran yang berkonsepkan sains. Sains adalah suatu bidang yang menakjubkan. Ia adalah fenomena yang luar biasa tetapi dapat diungkapkan dan ditafsirkan ke dalam bentuk perkataan. Tahukah anda, apakah planetarium yang pertama dicipta di Malaysia?
Kuching Civic Centre adalah planetarium pertama yang dicipta di Malaysia sakaligus menjadikan ia sebagai tempat menarik di Sarawak. Dengan reka bentuknya yang berkonsepkan futuristic, ia pasti menjadi tarikan di seluruh Malaysia. Apabila bercakap tentang planetarium pertama, ia pasti mempunyai teknologi yang canggih dan pelbagai eksperimen dapat anda buat di sini. Planetarium ini telah lama beroperasi dan sudah pasti ia sudah stabil dan cekap dalam menguruskan pengunjung.
Tambahan pula, anda dapat melihat seluruh pemandangan di bandar Kuching. Planetarium ini mempunyai Menara seperti Menara Taming Sari di Melaka yang membolehkan pengunjung melihat pemandangan 360 darjah. Anda tidak perlu takut tentang keselamatan kerana setakat ini, belum pernah lagi terjadi insiden yang tidak diingini.
Kuching Civic Centre terletak di tengah-tengah bandar Kuching. Ia adalah tempat yang amat strategik kerana ia memudahkan pengunjung dari pelbagai arah untuk pergi ke sana. Tambahan, dengan posisi planetarium ini yang berada di tengah-tengah, pemandangan yang akan dapat anda lihat pasti menakjubkan. Admin akan kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
Menarik! Mari Kita Pergi ke Kuching Civic Centre
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Kuching Civic Centre, Panggung Udara, 93000 Kuching, Sarawak.
- Nombor Telefon : 08 – 241 5806
- Facebook : Kuching Civic Centre
- Peta Lokasi :
Dapatkan Info Menarik di Kuching Civic Centre
Aktiviti Sesuai
Banyak aktiviti yang dapat anda lakukan ketika di Kuching Civic Centre dan antaranya:
- Mengambil gambar
- Menaiki menara 360 darjah
Harga dan Kos Terlibat
Untuk masuk ke Kuching Civic Centre, harga masuk bagi satu kepala adalah RM 2 seorang.
Penginapan yang Ada
Berikut adalah hotel terbaik di Kuching Civic Centre:
- Merdeka Palaca Hotel and Suite
- Hotel Hung Hung
- Regal Court Hotel Kuching
- Fata Garden Hotel
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Kuching Civic Centre
Jom Lihat Review Pengunjung di Kuching Civic Centre
The service was excellent. Cheryl Henderson
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada laman Facebook Kuching Civic Centre kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Ternyata Kuching Civic Centre merupakan satu tempat yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Kuching Civic Centre, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Kuching Civic Centre.