Kubu St John Tempat Bersejarah di Melaka

Kubu St John

Assalamualaikum. Selain Kota A famosa, Menara Taming Sari, Kubu st. John juga menjadi pilihan pelancong dan rakyat tempatan kita sendiri untuk dikunjungi. Selain daripada salah satu daripada peninggalan sejarah, Kubu ini juga mempunyai landskap yang sangat menarik. Kubu ini merupakan salah sebuah tempat menarik di Melaka.

Kubu St. John terletak di luar bandar. Gunakan Jalan Parameswara untuk keluar dari bandar menuju ke Jalan Hujung Pasir. Dari Jalan Hujung Pasir, belok ke kiri memasuki Jalan Bukit Senjuang. Kubu ini terletak di sebelah kiri anda.

Kubu St. John yang telah dibina semula oleh pihak Belanda dalam abad ke-18, suatu masa dahulu merupakan gereja kecil milik persendirian orang Portugis bagi memperingati Baptis St. John.

Kubu ini mempunyai suatu ciri yang menarik iaitu meriam-meriamnya menghadap ke daratan memandangkan pada satu ketika dahulu, serangan luar ke atas Melaka kebiasaannya datang dari daerah pedalaman berbanding dari laut. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

WOW! KUBU ST JOHN DI MELAKA PENUH DENGAN SEJARAH

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Ujong Pasir, 75000 Melaka.
  • Nombor Telefon : 06-288 3599
  • Website : Kubu St. John Melaka
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Kubu St John

Menarik Di Sini

Tarikan lain untuk orang ramai ialah pemandangan dari puncak bukit di mana berdirinya Kubu St. John, terutamanya untuk merasai pengalaman menyaksikan sendiri matahari terbenam di kawasan tropika.

Selain itu, yang menarik lagi, sekiranya anda melawat Kubu St. John di sebelah pagi, anda boleh melihat penduduk Melaka menjalankan aktiviti riadah mereka di padang sukan berhampiran kubu tersebut. Salah satu cara terbaik untuk anda memulakan lawatan di Melaka ialah dengan memerhati kumpulan orang ramai yang berlatih senaman T’ai Chi dari kubu Portugis lama ini.

Tiket Masuk

Masuk ke dalam kubu ini adalah PERCUMA. Jadi jangan lepaskan peluang ini.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Kubu St John

Jom Lihat Review Pengunjung di Kubu St John

Good view town and sea. Caringhk Low Liu.

Quite place and suitable for exercise spot. Be prepared for mosquitoes in the evening. Zala Ibrahim.

Great place to go for a evening or morning jog with a chilling environment. Jason Aw.

Old fort on the hill of St John. Used to be a look out fort and long time ago, the sea line was much nearer to this hill. If you come by car, you can drive the car up the hill, although there’s limited parking on the hill. Otherwise you will need to park down, and there is a short walk up to the hill. Afternoons will be hot. At the foot of the fort, there’s a stone stairs up to the fort itself. It’s a small place. Doesn’t close, although, one really shouldn’t come late at night. From the fort, take photos with the bronze cannons. And try to see far beyond to the seashore. Stephen Abraham.

Small fort on top of this hill. People came here for evening and morning jog. There are monkeys here. Yousoff Effendy Mohd Ali.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada dondangsayangmelaka.blogspot.my kerana berkongsi maklumat yang sangat menarik dan berguna. Kepada sesiapa yang belum berkesempatan berkunjung ke Kubu st. John, pastikan anda tidak melepaskan peluang emas ini jika anda menjejakkan kaki di negeri Melaka.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Kubu St John , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Kubu St John.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleMahkota Parade Tempat Membeli Belah Terkemuka di Melaka
Next articleBayou Lagoon Park Tempat Menarik Di Melaka
kubu-st-john-tempat-bersejarah-di-melakaSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!