Kubu Alice Tempat Bersejarah di Sri Aman Sarawak

Kubu Alice Sri Aman Tempat Menarik di Sarawak

Assalamualaikum. Kubu Alice terletak di daerah Sri Aman, Sarawak. Ia terletak tidak jauh dari Bandar Sri Aman. Ianya merupakan tempat bersejarah yang menjadi tumpuan para pelancong. Kubu Alice telah menjadi tempat menarik di Sri Aman Sarawak. 

Kubu Alice merupakan sebuah bangunan yang bertingkat dua dan berbentuk segi empat. Saiz bangunan Kubu Alice ialah lebih kurang 67m panjang dan 60m lebar. Kubu ini dicat dengan warna putih dan dibina dengan sejenis kayu yang sangat keras di Sarawak pada masa itu.

Di belakang bangunan Kubu Alice terdapat sebuah tanah lapang yang menunjukkan ke Sungai Batang Lupar, Sri Aman. Di cerun bukit, terdapat sebuah pintu pagar yang besar. Di sebelah kiri dan kanan bangunan terdapat sebuah menara tinggi.

Di sekeliling kubu ini telah disediakan meriam-meriam besar yang mengelilingi kubu ini. Ini adalah untuk berperang dengan musuh tempatan pada masa itu. Admin sarankan anda datang sendiri ke sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

HEBAT! KUBU ALICE MENYIMPAN PELBAGAI SEJARAH

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Kuching/Serian 95000 Pantau, Sri Aman Sarawak, Jalan Sri Aman, Pekan Sri Aman, 95000 Sri Aman, Sarawak.
  • Waktu Operasi : 10:00 a.m – 4.45 p.m
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Kubu Alice Sri Aman

Sejarah Bangunan

Kubu Alice yang terdapat di Bandar Sri Aman adalah dibina di atas bukit di tebing Sungai Batang Lupar. Itulah satu-satunya peninggalan sejarah yang terdapat di bahagian Sri Aman. Ia adalah salah satu bangunan yang tertua di Sarawak. Ia telah diistiharkan sebagai bangunan bersejarah pada 10 Februari 1971.

Pembinaannya adalah kira-kira 12 bulan. Kubu Alice ini dibina oleh orang tempatan. Semua pembelanjaan dibiayai oleh Charles Brooke. Jarak Kubu Alice dari Bandar Sri Aman adalah kira-kira 500m. Semua peralatan untuk membina Kubu Alice adalah dibawa dari muara Sungai Batang Skrang.

Kubu Alice asal sebagai Kubu James. Ia dibina pada tahun 1849 di daerah Skrang. Disebabkan kedudukan yang begitu strategik, Charles Brooke telah memindahkan kubu tersebut pada tahun 1864 ke tempatnya sekarang. Ia kemudiannya dinamakan Kubu Alice. Ia mengambil sempena nama isterinya, Ranee Margaret Alice yang dibina di Simanggang, pada tahun 1970. Wang sebanyak RM1,011,111 digunakan untuk pembinaan bangunan bersejarah itu.

Seni Bina Bangunan

Kubu Alice diperbuat daripada kayu belian derma. Kubu Alice mempunyai keluasan yang tidak ketahui. Ia mempunyai menara pada setiap sudutnya berwajah lima.
Dinding yang menghadap ke sungai mempunyai banyak tingkap. Ia menghampiri dengan lantai tingkap atas. Ini untuk memudahkan meriam untuk menembak sasaran di sungai.

Di bahagian bawah sekali ialah kaca. Dawai dan atas sekali ialah papan belian kaca diletakkan di bawah sekali untuk tidak bagi orang penjara tidak dapat melarikan diri. Ruang tengahnya adalah luas dan mempunyai sebuah tangga dan boleh turun dan naik jika mempunyai serangan musuh. Pagar Kubu Alice adalah dibuat daripada besi yang amat tajam.

Bangunan Kubu Alice mempunyai pemandangan yang cantik dan menarik keranan kedudukannya yang amat strategik. Bangunan Kubu Alice ini amat indah jika dipandang pada waktu petang dengan bunga dan pokok yang lebat. Para pelawat yang kebetulan melintasi kawasan ini mungkin akan tertarik dengan bangunan bersejarah ini. Jadi Bangunan Kubu Alice akan menjadi terkenal di Bandar Sri Aman.

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Kubu Alice Sri Aman

Kubu Alice Documentary

A short documentary about Kubu Alice at Sri Aman, Sarawak. This is my first project in Documentary clases. Kubu Alice is a one of the history building in Malaysia. ziela abRahman

Jom Lihat Review Pengunjung di Kubu Alice Sri Aman

Fort Alice was built in 1865 and is the oldest heritage building in Sri Aman, constructed following the victory of Rajah Charles Brooke, the second Rajah of Sarawak over Rentap, the last of the major Iban chieftains. The fort was named after Charles Brooke’s wife, Margaret Alice Lili de Windt. It serves as a defensive structure controlling the Lupar River.
Today, the fort has been restored to its original condition and open to public as a museum. Kenny Ganie.

Good job on the restoration, very well done! Wilson Chin.

Good for young generations to get knowledge. sharuddin narawi.

Like others already said, nice place and area to have a relaxing afternoon stroll, perhaps go to the night food market afterwards. maans le roux.

Historical Fort from Brooke Era. Ahmad Azrin Mohd.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada hadiftareh.blogspot.my kerana berkongsi maklumat yang sangat berguna dan membantu. Anda datang sendiri ke sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah Kubu Alice.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Kubu Alice Sri Aman , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah. Jom terjah tempat menarik di Sri Aman Sarawak.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Kubu Alice Sri Aman.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articlePasar Sentral Sibu Tarikan Pelancong Ke Sarawak
Next articleMuzium Adat Tempat Menarik di Jelebu, Negeri Sembilan
kubu-alice-tempat-bersejarah-di-sri-aman-sarawakSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!