Kopi Mansur Paroi Seremban Tempat Makan Wajib Singgah Seremban

kopitam-manshor

Assalamualaikum. Sebut sahaja Paroi pasti kita tertanya-tanya apa yang menarik di sini ya? Sebenarnya banyak tempat menarik di Negeri Sembilan. Lebih-lebih lagi tempat makan yang sangat sedap dengan citarasa tempatan dan antarabangsa. Kalau tak percaya mari kita terjah ke Kedai Kopi Mansur Paroi Negeri Sembilan ini.

Kopi yang biasanya menjadi pilihan rakyat Malaysia sememangnya menjadikan minuman ini mempunyai level yang tinggi untuk dinilai. Benchmark yang tinggi ini pastinya sukar dicapai melainkan memang kopi itu betul-betul sedap untuk semua peringkat sama ada dari yang muda hinggalah yang tua.

Percaya atau tidak, Kopi Mansur ini sangat terkenal hinggakan di dalam google maps dan facebook sendiri rata-rata banyak review positif yang diberikan mengenai rasa kopi ini yang dikatakan begitu sedap. Tak percaya tak apa, tapi admin kalau boleh hendak anda pergi cuba sendiri kerana review ini benar-benar seronok dibaca kerana komen-komen yang diberikan menggambarkan rasa kopi ini tersangat sedap mengalahkan Starbuck!

Sembang banyak pun tak guna betul tak? Tapi sebenarnya Kopu Mansur Paroi ini sudah dimasukkan kedalam Peta Tempat Menarik ini. Jadi apa lagi, pergilah cuba sendiri kemudian baru komen sama ada sedap atau tidak.

Kopi Mansur Paroi Seremban Saji Kopi Kaw Sampai Terangkat!

Mari kita lihat butiran kedai kopi ini dahulu.

  • Alamat : Lot 717 Jalan Seremban – Kuala Pilah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
  • Nombor Telefon :  017-613 3418
  • Waktu Operasi :  4pm – 1am
  • Facebook : Kopi Mansur Paroi Seremban
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Kedai Kopi Mansur Paroi

Senarai Menu dan Harga di Kedai Kopi Mansur Paroi

 Mr Manshor Kopitiam Power  Mr Manshor Kopitiam Power

 

Jom Saksikan Sendiri Kopi Mansur Paroi yang Terkenal Ini

 Mr Manshor Kopitiam Power  Mr Manshor Kopitiam Power  Mr Manshor Kopitiam Power  Mr Manshor Kopitiam Power  Mr Manshor Kopitiam Power

Jom Lihat Review Pengunjung di Kopi Mansur Paroi

Nasi lemak ayam berempah plus kopi pak mansor ,happy hi tea. Superb delicious coffee. Farah Isyhak.

Kopi Starbucks pun kalah dengan kopi Pak Mansur ni. Kopi dari tahun 1957 hingga sekarang.. Ramai kata antara kopi terbaik di dunia. Ho liao.

Mee udang power. Kopi kaw tapi kena banyak minum air kosong. Zulkifli Zainal.

Sup kambing disulami dengan kopi power memang marvellous. Recommended. Mohd Khairul Ruslan.

Not bad and not too good either. I ordered the normal RM7 and premium RM11. The premium way to sweet for me. They taste like coffee mix with chocolate. If want test. Go try for your self, different person different taste. Takashi Fujiwara.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, selesai sudah kita bersembang mengenai kedai Kopi Mansur Paroi ini. Terima kasih kepada gambar-gambar yang diambil dari google maps. Sebenarnya selain kopi, banyak lagi yang anda semua boleh cuba disini. Tetapi yang pasti mestilah jangan ketinggalan mencuba sendiri kopi Mansur ini.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Kopi Mansur Paroi, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Kopi Mansur Paroi.