

Assalamualaikum. Komplek Kraf merupakan salah satu tempat menarik di Langkawi yang perlu dikungjungi apabila sampai di negeri ini. Terletak disebuah kawasan yang meliputi anggaran keluasan sekitar 98,000 kaki persegi, dengan kawasan hijau yang melebihi 32 ekar. Uniknya, konsep kawasan Kompleks ini secara keseluruhannya menggambarkan evolusi dari tradisi dan kebudayaan klasik kepada kontemporari.
Kompleks Kraf Langkawi menyediakan ruang niaga bagi usahawan-usahawan menjual pelbagai produk kraf buatan Malaysia kepada pengunjung yang datang dari dalam mahupun luar Negara yang berkunjung ke Langkawi. Kompleks ini terletak kira-kira 21km perjalanan dari Bandar Kuah dan 24 km dari Lapangan Terbang Padang Mat Sirat yang menjadi pintu masuk utama ke Pulau Langkawi.
Kompleks Kraf Langkawi mempunyai dua buah Muzium iaitu Muzium Adat Istiadat Perkahwinan dan Muzium Warisan yang memaparkan budaya dan adat Perkahwinan kaum-kaum utama di Malaysia serta pameran barang-barang seperti keris-keris dan artifak-artifak lama yang mempunyai nilai dan sejarah yang tersendiri. Anda pasti akan terpegun dengan pameran yang disediakan.
Disini juga terdapat restoran yang menawarkan pelbagai juadah dan pemanis mulut tradisional Melayu yang enak dan membuka selera serta pelbagai minuman yang menyegarkan. Rebutlah segala pengalaman yang berharga ini untuk mendampingi, mengenali, dan mengagumi hasil kraftangan tempatan yang sememangnya asli serta kaya dengan nilai-nilai tradisional warisan. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini kepada pembaca.
HAYATI DUNIA KRAFTANGAN DI KOMPLEKS KRAFT LANGKAWI
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Kompleks Budaya Kraf, Jalan Telok Ewa, Kuah, 07000, Langkawi, Kedah, Malaysia.
- Nombor Telefon : +60 4-959 1913
- Website : langkawi craft complex
- Email : [email protected]
- Waktu Operasi : 10:00 a.m – 6:00 p.m
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Kompleks Kraft Langkawi
Aktiviti Menarik Pengunjung Ke Kompleks Kraft
Jika berkungjung disini anda boleh mendampingi, mengenali, dan mengagumi hasil kraftangan tempatan yang sememangnya asli serta kaya dengan nilai-nilai tradisional warisan. Disini juga anda boleh membeli hasil kraftangan yang berkenan dihati untuk dijadikan cenderamata atau kegunaan sendiri. Abadikan kenangan anda dengan bergambar di sekitar kompleks ini.
Anda juga berpeluang untuk memasuki dua buah muzium yang disediakan iaitu Adat Istiadat Perkahwinan dan Muzium Warisan yang memaparkan budaya dan adat Perkahwinan kaum-kaum utama di Malaysia serta pameran barang-barang seperti keris-keris dan artifak-artifak lama yang mempunyai nilai dan sejarah yang tersendiri.
Setelah penat melihat hasil kraftangan anda boleh pelbagai juadah dan pemanis mulut tradisional Melayu yang enak dan membuka selera serta pelbagai minuman yang menyegarkan di restoran yang disediakan dalam kompleks ini.
Harga Tiket
Jangan Bimbang pasal harga tiket kerana masuk adalah percuma.
Pasaran dan Promosi
Pelbagai aktiviti promosi diadakan setiap tahun bagi menarik minat pengunjung untuk datang ke Kompleks Kraf Langkawi dan membeli kraftangan buatan Malaysia. Selain itu, ia dapat memupuk dan menanam sikap mencintai seni warisan budaya kraf Malaysia.
Promosi Kraf Langkawi pada bulan Disember setiap tahun merupakan acara kemuncak kepada program Promosi yang dijalankan, di mana pelbagai produk dan hasil kraf Malaysia akan dijual oleh pengusaha /usahawan dari semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Kompleks Kraf Langkawi
Jom Lihat Review Pengunjung di Kompleks Kraf Langkawi
Excellent local crafts and dedication to Malaysias best craftsmen/women. Impressive large complex and not crowded. Amazing painted fabrics. Go buy something and support local artists. Rowan Faltyn.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada langkawicraftcomplex.blogspot kerana telah berkongsi banyak maklumat mengenai tempat ini. Banyak maklumat yang berguna dapat diperolehi dalam web site ini. Terima kasih juga kepada jomlah-zarina.blogspot, 3.bp.blogspot.com, langkawikedahtourism.blogspot, www.yelp.com.au kerana telah berkongsi gambar komplek kraf ini.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Kompleks Kraft Langkawi, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Kompleks Kraft Langkawi.