Kolam Air Panas Ulu Legong Tempat Menarik di Baling, Kedah

air-panas-ulu-legongAssalamualaikum. Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong merupakan Destinasi Pelancongan Terkenal Di Utara Semenanjung Malaysia. Menyediakan kemudahan penginapan yang selesa, kolam mandian air panas berperingkat sesuai untuk semua peringkat umur. Disini juga sesuai kepada mereka yang menyukai aktiviti lasak.

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini merupakan pilihan destinasi percutian yang tepat untuk mencari ketenangan serta jauh dari kesibukan kota. Pusat Rekreasi ini juga meyediakan udara yang segar dan nyaman serta jauh dari sebarang pencemaran udara dan alam sekitar. Anda pasti tenang bila berada di sini bersama keluarga.

Taman Rekreasi ini sentiasa menjadi tumpuan orang ramai kerana kolam air panas ini di katakan dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan. Antaranya ialah dewan seminar, taman permainan kanak-kanak, kolam air panas, tempat letak kenderaan, surau, outdoor gym, tandas awam, bilik persalinan, tapak BBQ, medan selera dan banyak lagi.

Terdapat banyak kolam dengan kedalaman dan keluasan yang berbeza serta kadar kesuaman air yang turut berbeza. Kolam air panas yang disediakan ialah kolam utama, kolam dewasa, kolam wanita dan kolam kanak-kanak. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk berkungjung di Kolam Air Panas Ulu Legong dan anda boleh kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

HANGATKAN BADAN ANDA DI KOLAM ULU LEGONG, BALING, KEDAH

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

Dapatkan Info Menarik di Kolam Air Panas Ulu Legong

Aktiviti Sesuai

  1. Mandi di Kolam Air Panas
  2. BBQ
  3. Aktiviti Perkhemahan
  4. Berakit dan berkayak

Harga dan Kos Terlibat

Harga Tiket seperti di bawah :

  1. Dewasa: RM 6:00 , Tanpa Mycard: RM 10:00
  2. Kanak-Kanak : RM 3: 00, Tanpa Mycard: RM 6:00
  3. Pesara Kerajaan, OKU & Warga Emas 60 Tahun Keatas : RM 4:00

Penginapan yang Ada

  1. Chalet Air Panas Ulu Legong
  2. Seri Baling Inn
  3. Rumah Rehat Baling

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah

Jom Lihat Review Pengunjung di Kolam Air Panas Ulu Legong

This very relaxing place. Azrehan Ashari.

Great place with nice view. Ken Shin.

Good dipping pool with gradual hotness. Syahir Ahmad.

I like this place because this place so best and ever and ever?. norazlinda abdullah.

Nice place. zairee anuar.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, rancanglah percutian anda di kolam air panas ini. Anda pasti berpuas hati dengan suasana di sini. Terima kasih diucapkan kepada percutian budget.com kerana banyak memberi maklumat yang berguna kepada kami.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Kolam Air Panas Ulu Legong, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Kolam Air Panas Ulu Legong.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleSungai Klah Hot Spring Tempat Menarik Di Perak
Next articleNasi Bukit Padang Jawa Murah dan Sangat Sedap di Shah Alam
kolam-air-panas-ulu-legong-tempat-menarik-di-baling-kedahSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!