Kolam Air Panas Tempat Menarik di Tawau Sabah

Kolam Air Panas Tawau

Assalamualaikum. Di Tawau, Sabah terdapat sebuah kolam air panas yang mungkin ramai yang tidak tahu. Dahulunya hanya tempat yang terbiar tetapi sekarang telah dimajukan dan telah menjadi salah satu tempat menarik di Sabah. Kolam air panas ini telah terbentuk sejak 100 tahun dahulu.

Meskipun belum tersenarai sebagai destinasi popular namun kolam air panas semulajadi itu turut menggamit kegiatan perkelahan dan riadah keluarga. Sebaik tiba di pintu masuk taman, anda boleh menyaksikan landskap bunga-bungaan yang tersusun rapi dan ada “ukiran” pohon renek tertulis “1Malaysia” dan “Hotspring” di kawasan tinggi taman itu.

Selain menjadi lokasi perkelahan keluarga, kolam air panas itu turut dikunjungi atas pelbagai tujuan termasuk melaksanakan ritual bagi memohon Â’pengabulan niat.Â’ Antara ritual yang sering kelihatan adalah amalan melontar wang syiling ke dalam kolam oleh pengunjung yang percaya perbuatan itu boleh mengabulkan hajat mereka.

Jika anda datang ke Tawau Sabah dan ingin beriadah di kolam air panas boleh datang ke sini. Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri kehangatan air di kolam air panas Tawau. Sudah pasti ianya satu pengalaman yang sangat menarik. Admin kongsikan  Peta Tempat Menarik ini sebagai panduan. Semoga bermanfaat.

WOW! DI TAWAU MEMPUNYAI KOLAM AIR PANAS YANG MENARIK

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : 91000 Tawau, Sabah.  
  • Waktu Operasi : 8:00 a.m – 5:00 p.m
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Kolam Air Panas Tawau

Tarikan Utama

Antara daya tarikan utama pengunjung ke taman yang jauhnya lapan kilometer dari bandar Tawau ini ialah penyediaan beberapa petak kolam air panas untuk mandi atau merendam kaki mengikut cita rasa anda sendiri.

Petak-petak kolam air panas berkenaan mempunyai kepanasan berbeza iaitu antara 30 hingga 60 darjah selsius dan sesuai untuk orang dewasa atau kanak-kanak berendam di dalamnya, yang dipercayai baik untuk kesihatan termasuk kulit.

Selain mandi air panas, anda juga boleh menikmati kesegaran udara hutan kecil berhampiran yang diliputi dengan pokok kayu tropika selain pelbagai jenis bunga- bungaan yang indah.

Anda juga boleh berjoging di trek joging yang disediakan dan jika terasa letih dan ingin berehat boleh singgah di lebih 20 pondok rehat yang disediakan.

Harga dan Kos Terlibat

  • Dewasa : RM 10.00
  • Kanak-kanak : RM 5:00

Jom Saksikan Keindahan Panorama Di Kolam Air Panas Tawau

Jom Lihat Review Pengunjung di Kolam Air Panas Tawau

Another hot spring spot in Sabah, Borneo. Quite small area but well taken care. Good for kids and family. Sylvester Motulis

Such a great simple pleasure if you need a hotspring. Selvestra Oey Cardenas.

Serene relaxing place. Enjoy hotspring. Unitedmy Cho Seong.

Best place to bring your family. Hensem Boyz.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada ww1.utusan.com.my kerana berkongsi maklumat yang sangat berguna. Anda boleh merancang datang ke sini bersama keluarga. Anda pasti akan berpuas hati.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Kolam Air Panas Tawau, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Kolam Air Panas Tawau.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleHutan Lipur Puncak Janing Tempat Menarik di Padang Terap Kedah
Next articleMee Woo Resort Pusat Peranginan di Keningau Sabah
kolam-air-panas-tempat-menarik-di-tawau-sabahSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!