

Assalamualaikum. Mesti ramai yang tidak tahu, selain kewujudan tempat sejuk di Ranau iaitu Kundasang, di Ranau juga terdapat kolam air panas. Kolam air panas ini begitu terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong luar negara. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa kepanasan air kolam ini sangat sesuai untuk mereka yang ada penyakit kulit. Ianya telah menjadi salah sebua tempat menarik di Sabah.
Ia terletak di tanah rendah dan anda boleh memilih untuk berendam di kolam-kolam air panas terbuka atau tertutup. Air panas yang mengandungi sulfur ini dikatakan mempunyai khasiat kesihatan dan mampu menyegarkan badan dan sendi-sendi yang lenguh. Apatah lagi bagi para pendaki yang baru turun dari puncak Kinabalu.
Kehangatan air mineral di sini sudah tentu melenyapkan segala penat lelah. Kolam air panas ini sangat sesuai untuk aktiviti santai bersama keluarga. Pelbagai kemudahan yang disediakan untuk keselesaan para pengunjung. Tak kira dewasa mahupun kanak-kanak. Anda boleh pilih sama ada mahu mandi air panas ataupun air sejuk.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri kehangatan air panas di kolam air panas Poring. Admin pasti percuutian anda di Sabah akan menjadi lebih bermakna. Terdapat juga aktiviti sampingan yang boleh anda lakukan di sini. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
COOL! MANDI MANDA DI KOLAM AIR PANAS PORING
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : 89300 Ranau, Sabah.
- Waktu Operasi : 8:00 a.m – 6:00 p.m
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Kolam Air Panas Ranau
Aktiviti Sesuai
Apabila sampai disini sudah pasti aktiviti utama ialah mandi manda. Anda ada pilihan samada mahu mandi air panas ataupun air sejuk. Terdapat kolam-kolam kecil yang menyediakan air panas. Jika anda mahu privasi, terdapat tempat mandi tertutup tetapi dikenakan bayaran yang lain.
Di Poring, anda boleh juga bersiar-siar di taman kupu-kupu atau melakukan aktiviti yang lebih mencabar iaitu berjalan di puncak pepohon hutan dipterokap di atas Jambatan Kanopi yang bergantung pada ketinggian 41 meter dan sejauh 157.8 meter. Pemandangan ke bawah dari puncak pohon Menggaris atau Raja Kayu sukar digambarkan. Para pelawat harus mengalaminya sendiri bagi merasai debaran dan kepuasan yang dikecapi berada di celah pucuk pepohon tertinggi.
Harga dan Kos Terlibat
Harga tiket masuk ke Poring Hot Springs ini hanya RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.
kalau anda memilih untuk mandi di tempat yang tertutup, harganya agak mahal sedikit, iaitu RM15 sejam.
Penginapan yang Ada
Kalau anda bercadang untuk bermalam di sini, anda bolehlah ke Poring Hot Springs & Nature Reserve Resort. Ada beberapa chalet yang disediakan. Antara penginapan yang agak murah di sini ialah Serindit Hostel dan Kelicap Hostel.
Tarikan Berdekatan
- Luanti Fish Spa
- Ladang Teh
- Dairy Farm
- Arnab Village
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Kolam Air Panas Poring
Jom Lihat Review Pengunjung di Kolam Air Panas Poring
Loved the canopy walk. It’s so great that Sabah really look after their natural rain forest. what an amazing experience. Gokul Kiran.
There are plenty of activities could be done here. Apart from the hot spring itself you can enjoy jungle trekking. It’s a fun place to visit. You will definitely like it. sitiliah Atin.
Theres a lot attraction besides the hot spring. I like the butterfly farm. The canopy walk was amazing. The view of of trees is great. but needs a lot stamina to climb the hill. limau hijau.
If you want to have more experiences, you should come early in the morning because they have lot of attraction! I love the Langanan waterfall. Kamalin Mastura S.M. Salim.
I’ve been to this place before but never get a chance to try the canopy walk ? so last December I went to this place again, and I tried the canopy walk. It has 4 walks, and the 3rd is the longest and the highest! When you walk here, you will be higher than most of the trees ? I barely survived, because I’m afraid of high places. But this walks are safe. Don’t worry. ell lina.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada travelogborneo.blogspot.my dan travelkliq.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Datang ke Kolam air Panas Poring untuk merasai sendiri suasana yang indah dan kehangatan air panas.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Kolam Air Panas Poring, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Kolam Air Panas Poring.