

Assalamualaikum. Tenom merupakan sebuah daerah di pedalaman Sabah. Apabila sampai di Tenom perkara pertama yang akan bermain di fikiran ialah kopi. Kopi di sini sangat terkenal dengan kesedapannya yang tersendiri. Kilang Kopi Yit Foh merupakan tempat menarik di Tenom, Sabah.Â
Setiap hari, aroma kuat kopi menyelubungi pekan Tenom berpunca daripada beberapa kilang pemprosesan sekitar pekan itu yang biasanya memasak biji kopi bermula pada awal pagi hingga tengah hari. Bau kopi segar itu pasti membangkitkan keinginan untuk menikmati kopi Tenom yang cukup popular bukan saja di Sabah, malah pengunjung dari Sarawak, Semenanjung dan Brunei, selain menarik perhatian pengunjung mendekati asal usul produk terbabit yang kini dijadikan tarikan pelancongan daerah berkenaan.
Jika anda ingin membeli kopi dengan harga murah untuk dijadikan buah tangan boleh datang ke kilang ini. Anda pasti akan berpuas hati dengan harga yang ditawarkan. Kini, produk kopi Tenom memasuki pasaran Brunei dan Semenanjung, selain dijadikan buah tangan pelancong dari serata dunia dan menjadi produk kopi pilihan utama kebanyakan hotel dan resort di Sabah.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan kopi yang terkenal di Tenom apabila anda berkungjung ke Sabah. Rasailah keenakkan kopi yang pasti tiada di tempat lain. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.
WOW! HARUMAN KOPI TENOM PASTI MEMIKAT HATI ANDA
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : 3 Km, Jalan Tenom-Sapong, Kampung Chinta Mata, Sabah, 89908 Tenom.
- Nombor Telefon : 087-735 657 Â
- Waktu Operasi : 8:00 a.m – 5:00 p.m
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Kilang Kopi Yit Foh
Membeli Kopi
Anda dapat membeli pelbagai kopi teno disini dengan harga yang lebih murah daripada pasaran. Terdapat banyak kopi yang dijual, antaranya kopi kosong, kopi gula, kopi susu dan white coffee.
Penginapan yang Ada
Pihak Kilang Yit Foh telah menyediakan homestay yang sangat cantik dan indah. Anda boleh sewa disini sekiranya ingin bermalam di Tenom.
Tempat Makan
Disini juga disediakan restauran kepada pengunjung. Anda boleh menikmati makanan western yang pasti sangat enak. Selain itu, anda boleh cuba kopi tenom di sini.
Jom Saksikan Keindahan Panorama di Kilang Kopi Yit Foh Tenom
Jom Lihat Review Pengunjung di Kilang Kopi Yit Foh
A very nice place to visit. The new built chalet, with a restaurant beside. You can also visit the coffee factory ! Tzexuan Yap.
Free samples of 3 in 1 teh tarik and you can even request for iced coffee, served elegantly in white ceramic cups and saucers, the way it should be enjoyed. Very friendly staffs, and of course you can get cheaper products here than the on in KK town! Seri Lidu.
Can buy any brand of coffee, lot of visitors came to buy coffee powder in this place, because so famous, you can even taste this delicious coffee. Emily Stnislaus Piluk.
Good place for tourists to stock up on coffee before leaving Tenom. Ahmad Syawqi Asywaq Yunus.
You may test the coffee, stay in the cute chalet. Kian Kiang.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada www.bharian.com.my kerana berkongsi maklumat yang menarik. Datanglah ke kilang ini untuk dapat kopi yang sangat sedap. Anda pasti tidak akan rugi.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Kilang Kopi Yit Foh Tenom , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Kilang Kopi Yit Foh Tenom .