

Assalamualaikum. Hipster adalah satu budaya yang tidak asing di Malaysia dan di dunia. Budaya ini telah menular sejak dari zaman 90-an. Konsep budaya ini adalah “lain dari yang lain”. Ini bermaksud mereka ingin menjadi lain dari orang sekeliling mereka seperti memakai baju melayu yang ‘fit’ mengikut potongan badan dan memakai kaca mata yang besar seperti orang lama. Cara pergaulan mereka jugak lain dan mereka lebih pentingkan gaya. Ada pengikut hipster yang menghabiskan beratus-ratus ringgit hanya untuk mendapatkan gaya hipster.
Terdapat satu tempat menarik yang berkonsepkan hipster di Johor dan ia diberi nama ‘Kilang Bateri’. Ia diberi nama ‘kilang bateri’ kerana dahulunya, ia adalah kilang bateri dan nama itu diguna pakai oleh pihak pengurusan sehingga sekarang. Nama sahaja sudah menunjukkan ia tempat hipster. Anda tidak perlu risau kerana hipster bukanlah pengganas bahkan ia hanyalah pencinta keamanan dan seni sahaja. Admin suka akan tempat ini, maka admin kelaskan ia sebagai salah satu tempat menarik di Johor.Â
Apabila bercakap tentang hipster, sudah pastinya budaya ini digemari oleh remaja-remaja 20-an dan sesiapa yang menggelarkan dirinya hipster, wajib ke Kilang Hipster. Di sini bagaikan muzium hipster. Selain itu, Perdana menteri kita yang ke-6, Najib Razak juga pernah ke tempat ini. Bayangkan, seorang perdana menteri yang sibuk dengan urusan tadbir negara pun sempat pergi ke sini, anda bila lagi?
Di dalam kemeriahan Kilang Bateri, tersemat satu rahsia tentang kegigihan dan kecekalan dalam membangunkan tempat menarik ini yang hanya pihak pengurusan sahaja yang tahu. Admin kagum dengan kisah kejayaan usahawan-usahawan Bumiputera muda yang begitu kreatif, mengguna pakai konsep Indienomics, mencari peluang perniagaan melalui pendekatan baharu dan memenuhi ‘gap’ atau permintaan dalam kalangan pengguna yang rata-rata terdiri daripada orang muda juga. Usaha mereka membangunkan kilang bateri terbiar kepada sebuah Hipster Mall dan juga pusat kegiatan seni dan aktiviti positif buat anak-anak muda ini membuahkan hasil menakjubkan. Kilang Bateri hari ini bukan saja terkenal sebagai ‘the go-to-place’ dalam kalangan orang Johor, malah pelancong asing turut sama berpusu-pusu untuk membeli-belah, makan dan santai di sini. Admin akan berkongsi Peta Tempat Menarik ini.
COOL! KILANG HIPSTER ADALAH TEMPAT YANG MEMUKAU PANDANGANÂ
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â No, 83, Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor.
- Nombor Telefon : 07-232 5121Â
- Waktu Operasi :Â Setiap hari (3 PM – 12 AM)
- Facebook : Kilang Bateri
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Kilang Bateri
Jenama Pakaian
Salah satu sebab Kilang Bateri ini menjadi destinasi utama untuk golongan muda adalah kerana terdapat banyak jenama pakaian popular di Instagram yang membuka butik konsep mereka di sini. Antara Jenama pakaian yang boleh di temui di sini adalah:
- CosturoÂ
- StickyBox
- JohoBaru
- SuperSunday
Makanan di Kilang Bateri
Berikut adalah senarai akaun Instagram makanan yang anda boleh jumpa di sana:
- Cupchai
- Labbybros
- Overdose.co
- Popia SS Ali
- FullTankKitchen
- LetsGetCereal
Kedai Gunting Rambut
Kepada kaum lelaki yang nak potong rambut, dekat sini ada kedai gunting rambut ala Hipster 1855.
Akaun Instagram Kedai seperti berikut:
- the1855
- KedaiProjekBuku
Jom Saksikan Keindahan Seni di Kilang Bateri
Jom Lihat Review Pengunjung di Kilang Bateri
Varieties of goods, services and f&b to choose from. I love the haircut at the barber. I went on Friday night and it was not crowded. Conducive place to hang out and shopping. You can also find designer fashion here. The apparel can be classified as up to date, interesting and even rare at affordable price with good quality. Atiroh De Leah
Best place to spend my weekend but don’t go at noon because its too hot. Amira Ridzwan
Formerly Eveready battery making factory turned into a chic hipster like hangout place complete with cafes and stalls selling clothes etc. Alang Bendahara
Nice food are available in KB from western to local food. Live music on some nights.. KB pull crowd mainly after 10pm when the nearby shopping centers are close. KB closes at midnight. Sham Abdullah
Tried the beef steak and chicken steak, really good (portion’s a bit small). Has legit dough nuts too, some shopping. Nice ambiance, had a band playing music too. Andrew Chan
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada maisinggah.com kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Ternyata Kilang Bateri merupakan satu tempat yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Kilang Bateri, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Kilang Bateri.