KidZania Tempat Menarik Di Kuala Lumpur

kidzania kuala lumpur

Assalamualaikum. Ibu bapa yang mempunyai masa lapang eloklah membawa anak-anak ke Kidzania di Kuala Lumpur. Kidzania merupakan tempat menarik di Kuala Lumpur. KidZania Kuala Lumpur adalah tempat di mana anak-anak anda boleh mengalami pengalaman mempunyai kerjaya seperti orang dewasa.

Ianya adalah sebuah tempat hiburan berilmiah bagi kanak-kanak. Ia melatih supaya anak-anak dapat gambaran sebenar apa yang mereka cita-citakan. Selama ini kanak yang kecil apabila ditanya apakah cita-cita apabila mencecah umur dewasa kelak, mereka biasanya akan menjawab pilot, doktor, engineer dan sebagainya. Ada diantara mereka tiada gambaran pun pekerjan yang mereka sebutkan itu.

Anak-anak anda akan berada di sebuah bandar kecil lengkap dengan hospital, balai bomba, salon kecantikan, bank, stesen radio, studio TV dan teater dan banyak di KidZania Kuala Lumpur. Menarik bukan?Admin pasti anak-anak anda akan gembira apabila datang ke sini. Mereka dapat rasai sendiri pengalaman bekerja dan kepayahan untuk mencari duit.

Terdapat 60 jenis aktiviti berasaskan pekerjaan yang boleh dilakukan oleh anak-anak. Mereka akan bekerja dan diberi gaji. Wang yang diterima dalam bentuk matawang KidZania (dipanggil kidZos), boleh disimpan ke dalam akaun bank atau dibelanjakan di mana-mana kedai di dalamnya. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

AWESOME! KANAK-KANAK DAPAT MERASAI ALAM PEKERJAAN DI KIDZANIA

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Curve NX, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 3-2203 9666
  • Waktu Operasi : 10:00 a.m -5:00 p.m
  • Website: www.kidzania.com.my
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Kidzania Kuala Lumpur

Aktiviti Menarik

Terdapat 60 Aktiviti berasaskan kepada alam pekerjaan sebenar di sini. Anak-anak anda akan berada di sebuah bandar kecil lengkap dengan hospital, balai bomba, salon kecantikan, bank, stesen radio, studio TV dan teater dan banyak lagi di KidZania Kuala Lumpur. Mereka akan memilih aktiviti yang mereka minati untuk bekerja dan mendapat gaji hasil aktiviti yang mereka lakukan.

Wang yang diterima dalam bentuk matawang KidZania (dipanggil kidZos), boleh disimpan ke dalam akaun bank atau dibelanjakan di mana-mana kedai di dalam KidZania.

Harga Tiket

Kemudahan Yang Ada

  • Tandas
  • Surau
  • Tempat Tukar Lampin Bayi
  • Kaunter Pertanyaan
  • Wifi Percuma
  • Tempat Bayi Menyusu
  • ATM
  • Parking OKU
  • Cafe

Jom Saksikan Keindahan Panorama Di KidZania Kuala Lumpur

Jom Lihat Review Pengunjung di KidZania Kuala Lumpur

Nice place to let the kids’ imagination and potential to run wild. Parents have a choice to be with them throughout, or just relax in the parents lounge (which is what I did) Great facility. Everything under one roof. Anis Sani Ariffin.

A great place for kids! We went on a weekend thus there were no school groups at that time. No line queues especially late afternoon. They were able to try all the jobs they want and more. Majority of the staff were friendly except for a few who looked bored and uninterested. The interiors were very realistic, attractive and inviting thus making the kids’ experience more exciting. abigail pague.

First time gg there. Heard so much about it. I think it is a nice cool place for kids learning the different profession and experiencing the process. Kids get to earn $ for upkeep as well. Went on Saturday surprisingly not overly crowded. Kids enjoyed the process but the parents are stressed out planning the routes for them. CT Yeo.

Such a cool place to let kids get involved in their futures at a young age. Very worth going to. Greg Wickard.

You have to know which station is popular and dont waste time at that station if long queue already,such as bomba,pilot,doctor. We spend the whole day there and manage to play 12 station (weekdays). Nur Farhaina.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.jomjalan.com.my, explorasa.my dan laman web KidZania kerana telah berkongsi banyak maklumat dan gambar yang menarik. Maklumat yang dikongsikan sangat membantu admin.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di KidZania Kuala Lumpur , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke KidZania Kuala Lumpur .

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleKL Sentral Stesen Keretapi di Kuala Lumpur
Next articleTerminal Bersepadu Selatan Stesen Bas Terbesar Di Kuala Lumpur
kidzania-tempat-menarik-di-kuala-lumpurSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!