

Assalamualaikum. Kampung Losong di Kuala Terengganu amat terkenal di seluruh negara kerana Keropok Lekor. Keropok Lekor merupakan makanan tradisional popular di Negeri Terengganu. Perusahaan Keropok Lekor di Kampung Losong ini diiktiraf sebagai Pusat Perniagaan Keropok Lekor di Terengganu oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Kampung Losong merupakan tempat membeli keropok lekor di Terengganu.
Selepas 30 tahun Perusahaan Keropok Lekor Kampung Losong ini diusahakan, kira-kira 20 peniaga di sini bersepakat menubuhkan Persatuan Pengusaha Keropok Lekor Losong (PKLL) sebagai satu usaha untuk memastikan para pelanggan terus menjadikan Keropok Lekor Kampung Losong sebagai pilihan utama seterusnya meningkatkan jualan mereka. Apabila tiba musim cuti, setiap kedai keropok di Kampung Losong menjual sehingga 500 kg Keropok Lekor dalam sehari.
Keropok Lekor Kampung Losong dikenali ramai kerana bentuknya yang kecil iaitu sepanjang 12.7 cm. Bentuknya inilah yang membezakan Keropok Lekor Kampung Losong dengan yang lain. Selain itu, rasa ikan yang asli juga memberikan rasa keropok lekor disini sangat sedap dan menjadi pilihan orang ramai apabila sampai di Negeri ini. Selain keropok lekor, keropok keping disini juga sangat popular kerana sedap.
Kampung Losong terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari Bandar Kuala Terengganu. Lokasi kampung ini yang berdekatan dengan Bandar Kuala Terengganu, Taman Tamadun Islam (TTI) dan Muzium Negeri Terengganu, menjadikan Keropok Lekor Kampung Losong ini semakin dikenali ramai. Jadi admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
AWESOME! KEROPOK LEKOR TERSEDAP DI KUALA TERENGGANU TERLETAK DI KAMPUNG LOSONG
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Kampung Losong, Kuala Terengganu.
- Peta Lokasi :Â
Senarai Pengusaha Keropok Lekor Kampung Losong
- Abkar Enterprise No. 171-B, Kg. Losong Haji Su, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel: 09-6315363, 019-9848811
- Adnan Enterprise 171, Kg.Losong Haji Su , 21000 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel: 09-6241637
- Aida Harun Keropok Lekor Kg. Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel: 012-9848595
- Kedai Kita (Pak Cik Din) Kg. Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel: 09-6261215, 013-9291215
- Keropok Losong Adik Beradik 171-A, Kg. Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel : 09-6313884
- Keropok Losong Norai 175-C, Kg. Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel: 09-6226189, 019-9571366, 019-9796174
- Khadijah Binti Awang 170-A, Kg. Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel : 09-6237754
- KML Food Enterprise 101-B, Kg. Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel : 09-6247448, 019-9193609
- KY Food Industries (M) Sdn.Bhd 140, Kg. Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel: 09-6225020, 013-9381258
- Mariam @ Ngah Binti Awang 173, Kg. Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel: 013-9185682
- Pak Su Keropok Losong 26-F, Kg. Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel: 09-6228693, 012-9006667
- Rohayati Keropok Losong 176, Kg. Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel : 09-6125385
- Salma Adik-Beradik 171-A, Kg. Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel: 09-6313884
- Wan Mohd Ariffin Ismail 171-B, Kg. Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel: 09-6220906
- Warisan Keropok Enterprise 94-E, Kg. Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel: 09-6251414, 012-9611114
- Zan Keropok Losong 173, Kg. Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu. Tel: 012-9848735
Jom Saksikan Keropok Lekor Yang Menyelerakan di Kampung Losong
Keropok Lekor Losong, Kuala Terengganu
Jom Lihat Review Pengunjung di Keropok Lekor Kampung Losong
fast service and a lot of stock. galah power.
The best and ideal taste of Keropok Lekor according to my tastebuds. Muhammad Naim.
Signboard jelas, mudah jumpa jika google maps, keropok terbaik, sangat asli, harga berpatutan dan ada jual frozen keropok lekor (diisi dalam beg vakum). Raja Zainab.
Banyak pilihan dan pekerja ramah dengan layanan. Hanafi Ahmad.
Best keropok lekor than nearby. Others also as good though. Mohd Nor Muhammad.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada pelancongan-terengganu.blogspot.my dan www.eatz.me kerana berkongsi maklumat dan gambar menarik. Maklumat yang dikongsikan sangat menarik dan sangat berguna dan membantu admin.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Keropok Lekor Losong, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Keropok Lekor Losong.