Kereta Kabel Tarikan Utama Di Pulau Langkawi

3032

kereta kabel di langkawi

Assalamualaikum. Kereta Kabel Langkawi merupakan tarikan utama pelancong ke Pulau lagenda itu dan merupakan salah satu tempat menarik di Pulau Langkawi. Terletak 709 meter di atas paras laut, perjalanan menaiki kereta kabel ke puncak kedua tertinggi di Langkawi adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan. Sepanjang 20 minit perjalanan, anda akan melepasi air terjun di dalam hutan dan hutan hujan dara yang sangat tebal. Anda juga boleh melihat negara Thailand di utara dan Indonesia dari arah barat daya apabila langit cerah.

Mengembara di kecuraman 42 darjah, sejauh 2.2 kilometer dari stesen dasar ke dua stesen gunung, walaupun angin sepoi-sepoi bahasa sudah cukup membuatkan anda gementar. Tetapi apabila anda sudah biasa dengan perasaan berada di udara, perjalanan ini akan menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan, dan mengujakan.

Di puncak, terdapat sebuah jambatan gantung di mana anda boleh melihat keindahan pulau Langkawi. Pastikan anda memakai kasut yang selesa kerana perjalanan ke jambatan gantung agak jauh. Tarikan terbaru disini ialah skyglide dimana pengunjung tidak perlu berjalan untuk ke jambatan gantung. SkyGlide adalah jenis kabin pengangkutan yang boleh bergerak ke atas dan ke bawah mengikut tahap cenderung tertentu dan boleh memuatkan 12 penumpang atau 1050 kilogram beban bagi setiap perjalanan yang mengambil masa hanya 2 minit.

Saksikan keindahan Pulau Langkawi di Kereta Kabel ini. Pengalaman yang akan diperolehi pasti tidak akan anda lupakan. Tempat menarik ini wajib dikungjungi apabila tiba di Pulau Langkawi. Sekiranya tidak percutian anda tidak akan lengkap. Disini admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini kepada pembaca sebagai panduan ke kereta kabel Langkawi.

SAKSIKAN KEINDAHAN PULAU LANGKAWI DI KERETA KABEL

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 4-959 4225 
  • Waktu Operasi : Isnin – Khamis = 9:30 a.m – 7:00 p.m, Jumaat-Ahad = 10:00 a.m – 7:00 p.m
  • Website: http://www.panoramalangkawi.com/    
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Kereta Kabel Langkawi

Aktiviti Utama Yang Menarik

  1. Menaiki Kereta Kabel

Menaiki kereta kabel yang pasti mengujakan kerana dapat melihat panorama Pulau Langkawi daripada pandangan atas. Terdapat tiga jenis gondola yang boleh dipilih di kabel car.

  • Gondola Biasa

Gondola ini yang biasa dan mungkin anda pernah naik sebelum ini ditempat lain. Setiap gonola boleh memuatkan seramai 6 orang dengan berat 480 kg.

  • Gondola Berkaca Kristal

Sekiranya anda tidak gayat dan takutkan ketinggian anda boleh cuba gondola yang berlantaikan kaca. Anda dapat melihat pemandangan yang indah hanya di bawah telapak kaki sahaja. Kaca kristal di bawah sangat kukuh dan seolah-olah anda tidak berpijak atasnya.

  • Gondola VIP

Bagi yang mementingkan privasi boleh mencuba gondola VIP yang mewah ini. Disepanjang perjalanan anda akan dihidangkan dengan makanan dan minuman dan diiringi dengan muzik romantis.

2. Jambatan Gantung/ Skybridge

Jambatan yang dibina di atas Gunung Mat Chinchang ini memang mengagumkan. Sebabnya, kerana ia jambatan gantung yang dipegang oleh hanya satu tiang besi.Jambatan yang panjangnya 125m ini juga adalah antara jambatan melengkung terpanjang di dunia.Di sini anda boleh berselfie. Jika tidak pun, layan pemandangan Langkawi dan kawasan pulau Thailand sepuas hati.

3. Menikmati Makanan dan Minimun di Cafe

Kalau anda haus disebabkan banyak menjerit sewaktu kereta kabel naik ke sini, ada kafe untuk anda membasahkan tekak. Jika anda tunggu sehingga ke petang, anda mungkin boleh melihat matahari terbenam dari atas gunung sambil mengirup kopi panas dari puncak gunung ini.

4. Rentas Desa/ Skytrail

Nak lebih hebat? Dari stesen tengah, naik ke stesen teratas dengan merentas denai khas. Perjalanan naik ke atas mengambil masa 30 minit.

Harga Tiket

1. NORMAL COMBO
Warganegara                                                                Dewasa (RM)      Kanak-kanak (RM)
Kereta Kabel, SkyDome, SkyRex & 3D Art Langkawi            40                            30

Pelancong Asing
Kereta Kabel, SkyDome, SkyRex & 3D Art Langkawi            55                            40

2. EXPRESS LANE COMBO
Warganegara
Kereta Kabel, SkyDome, SkyRex & 3D Art Langkawi            90                             80

Pelancong Asing
Kereta Kabel, SkyDome, SkyRex & 3D Art Langkawi            105                           90

3. GLASS BOTTOM GONDOLA
Tapak Kaca, SkyDome, SkyRex & 3D Art Langkawi              105                          105

4. PRIVATE GONDOLA
Kereta Kabel, SkyDome, SkyRex & 3D Art Langkawi             550 (utk 6 orang)

5. VIP GONDOLA
Kereta Kabel, SkyDome, SkyRex & 3D Art Langkawi             550 (utk 6 orang)

Jom Saksikan Keindahan Panorama di Kereta Kabel Langkawi

Malaysia l Amazing View at Langkawi Cable Car

Jom Lihat Review Pengunjung di Kereta Kabel Langkawi

This place has a breathtaking viewpoint to see the entire island. Prepare cash yourself because you gotta pay for every gate to go up higher. The Skybridge may be the most worth-seeing place in Langkawi. You can relax yourself with cool breezes and have a look around the island.Remember to choose a good day with nice weather to see the scenery more clearly. Hieu Nguyen.

Beautiful place to go and visit. Would recommend the fast tickets so your not queuing and you then get a cab to yourself. Stunning views of the island and the cable car goes right above the jungle. Worth visiting. Heather Bradbury.

This is beautiful place! The key is the clouds! If lot of cloud cover is there you won’t be able to see much, however if not, you will see a lot of islands from this place! So there are 2-3 stops in the cable car journey where you can get down and take pics! After coming back there is a village on the base consisting of different fun places! Duty free liquor stores, and lot of outlets for clothing and fashion! Pradyumna Rallapali.

Superb place. Best cable car ride i took till date. Almost 35 min rides. Excellent place. Enjoyed a lot. Bhavesh Bhut.

Great experience. Fantastic views. Crowds can be annoying though, but don’t let that stop you. It’s worth it. David Lucas.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada jomjalan.com dan sinarharian online kerana banyak memberi maklumat kepada admin untuk membuat ulasan tempat ini. Terima kasih juga kepada jomlah-zarina.blogspot, homestaytamanmahsurilangkawi.blogspot dan bm.cari.com.my kerana admin telah mengambil gambar daripada laman web mereka.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Kereta Kabel Langkawi, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Kereta Kabel Langkawi.

Facebook Comments