

Assalamualaikum. Sejarah adalah perkara yang kita wajib pelajari kerana ia boleh digunakan sebagai pengajaran dan panduan pada masa akan datang. Tanpa ilmu sejarah, kita boleh tesesat dan mundur. Setiap tempat ada sejarah tersendiri dan suasana yang berbeza. Oleh itu, admin ingin bercerita kepada anda semua sebuah tempat yang bersejarah di Perak yang di namakan Kellie’s Castle. Tambahan pula, ia adalah tempat yang terbaik untuk memebawa anak-anak bercuti dan rombongan sekolah. Sebab itulah ia menjadi tempat menarik di Perak.
Kellie’s Castle menyimpan pelbagai kenangan yang pahit dan manis. Sebenarnya, ia adalah milik William Kellie Smith yang berasal dari Scotland. Beliau meninggalkan rumahnya di Kellas untuk mencuba nasib membuka perniagaan di tanah melayu. Beliau telah membeli sebidang tanah seluas 960 ekar untuk dijadikan ladang getah dan tapak bagi beliau membina rumah di Batu Gajah. Melalui berbagai usaha perniagaan seperti mengusahakan ladang getah dan industri perlombongan bijih timah telah membuatkan kekayaan Smith semakin bertambah. Malangnya, pembinaan rumah agam mengalami beberapa masalah dan ia tidak dapat disiapkan hingga ke hari ini.
Di samping itu,Pembinaan Kellie’s Castle mencatatkan sejarah sebagai bangunan pertama di Tanah Melayu yang memiliki lif. Lif ini berfungsi daripada tingkat atas sehingga terowong bawah tanah di rumah agam tersebut. Kawasan atas bumbung pula dikhaskan untuk upacara keraian bersama usahawan atau orang-orang kenamaan.
Untuk pergi ke Kellie’s Castle, ia mengambil masa selama 2 jam jika anda dari Kuala Lumpur. Anda perlu melalui Lebuh raya Utara Selatan dan keluar ke Plaza Tol Simpang Pulai menuju ke Batu Gajah atau Universiti Teknologi Petronas di Tronoh. Seterusnya, anda akan lihat papan tanda penunjuk arah yang akan memberi anda arahan untuk pergi ke destinasi tersebut. Tidak perlu risau untuk tersesat kerana jalan menghala ke Kellie’s Castle agak sibuk lebih-lebih lagi pada hari Jumaat. Anda boleh mengambil jalan mudah dengan bertanya dengan orang awan untuk ke sana. Kami akan kongsikan Peta Tempat Menarik ini.
HEBAT! KELLIE’S CASTLE MERUPAKAN TEMPAT YANG MENYIMPAN PELBAGAI RAHSIA
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat :Â 31000 Batu Gajah, Perak
- Nombor Telefon : Â 05-365 3381
- Waktu Operasi :Â Â Setiap hari kecuali sabtu dan ahad. 9.00 a.m. – 5.30 a.m.
- Facebook : Kellie’s Castle Official
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Kellie’s Castle
 https://goo.gl/maps/Qbcus4bUxnJ2
Aktiviti Sesuai
Semasa di Kellie’s Castle, anda dapat melihat bekas-bekas sejarah yang ditinggalkan sejak zaman 1915. Anda boleh mengambil gambar bekas-bekas tersebut.
Jom Saksikan Suasana yang menakjubkan di Istana ini
Jom Lihat Review Pengunjung di Kellie’s Castle
Interesting architecture with history about William Kellie Smith and his unfinished mansion. There is a fee for this attraction. Nice place for photos but be careful as you scramble about the grounds and stairs. Zulfiqar, Kuala Lumpur
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada chingnengbin.blogspot.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Kellie’s Castle merupakan satu tempat pelancongan yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati.Â
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Kellie’s Castle, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Kellie’s Castle.