

Assalamualaikum. Seperti yang kita tahu, daerah Mersing di Johor amat terkenal dengan pantai yang amat indah tetapi adakah kita tahu akan kewujudan sebuah pulau yang tidak dapat disangkal keindahnnya di sana? Bagi anda semua yang belum pernah bercuti di pulau, saya nasihatkan anda untuk bercuti walaupun sekali seumur hidup sahaja kerana keindahan dan kedamaian yang anda bakal rasai adalah luar biasa.
Pulau Tinggi adalah pulau bersebelahan dengan daerah Mersing. Pulau ini menjanjikan kepuasan yang luar biasa sehinggakan kita tidak akan bosan apabila bercuti di pulau ini. Apa yang menjadikan ia amat menarik adalah ia amat jauh daripada kesibukan bandar. Tambahan pula, ia dikelilingi oleh lautan biru yang pastinya akan memukau mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Keindahan semula jadinya tidak boleh digambarkan dengan perkataan mahupun lisan. Sesiapa yang pernah datang di Pulau Tinggi sahaja yang akan tahu akan keindahan semula jadinya. Pulau ini juga dikelilingi oleh hujan tropika yang hijau sedap mata memandang. Tidak hairanlah ia termasuk dalam tempat menarik di Johor.
Untuk pengetahuan anda, Pulau Tinggi adalah pulau tertinggi di kalangan pulau-pulau yang berdekatan. Oleh itu, ia digelar “Tinggi” oleh penduduk setempat. Pulau ini sebenarnya adalah daripada gunung berapi yang tidak aktif yang bernama Gunung Semundu. Pada Zaman dahulu, Pulau ini digelar “The General’s Hat Island” oleh pelayar-pelayar cina kerana keaadaannya yang berbentuk kon seperti topi.
Pulau Tinggi terletak 30 km dari Mersing. Anda boleh pergi ke pulau ini dengan menaiki bot dari Tanjung Leman dan Jeti Mersing. Kebiasaannya, ia mengambil masa 45 minit untuk sampai ke pulau tersebut dengan menaiki “speedbot” dari jeti Tanjung Leman. Admin akan berkongsikan Peta Tempat Menarik ini.
HEBAT! PULAU TINGGI ADALAH PULAU BERTARAF DUNIA
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Pulau Tinggi, Mersing, Johor.
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Pulau Tinggi
Aktiviti Sesuai
- Island Hopping at Pulau Tinggi
Belayar di pulau-pulau berdekatan untuk mengisi masa lapang anda dengan aktiviti lasak dan keseronokan yang tak terjangkau. Selain itu, anda juga boleh snorkelling ke pulau-pulau berdekatan.
- Hike to Mount Semundu at Pulau Tinggi
Aktiviti ini amat mancabar dan amat menyeronokkan bagi pendaki-pendaki yang berminat untuk bercuti sambil mengisi hobi. Kebiasaannya ia mengambil masa 3 jam untuk mendaki hingga ke puncak Gunung Semundu. Setelah anda sampai ke puncak, anda dapat melihat pandangan yang amat memukau. Anda akan dapat dapat melihat seluruh keluasan di Pulau Tinggi dan pulau-pulau berdekatan. Anda akan rasai seluruh usaha anda berbaloi. Percayalah.
- Snorkelling & Scuba Diving at Pulau Tinggi
Pulau Tinggi adalah syurga bagi para snorkeler dan penyelam. Banyak perkara yang anda dapat lakukan kerana sukan-sukan kegemaran anda berada di sana. Ia menjanjikan air yang jernih dan tenang memberi anda melihat ikan-ikan di dalalm laut.
- Jungle Trekking to Waterfall at Pulau Tinggi
Di Pulau Tinggi terdapat air terjun dan lagun yang cantik yang tersembunyi di hutan hujan tropikast. Panduan daripada upahan penduduk tempatan akan membawa anda merentasi hutan selama 45 minit.
- Visit Turtle Hatchery at Tinggi Island
Turtle Hatchery adalah tempat di mana telur penyu dikumpulkan. Selepas anak-anak penyu lahir, mereka akan dilepaskan kembali ke laut. Pengunjung akan dapat melihat proses-proses pelepasan anak-anak penyu tersebut.
- Sightseeing Fireflies at Night at Tinggi Island
Terdapat bot yang akan membawa pengunjung ke paya yang diusahakan oleh Tad Marine Resort. Pada waktu malam, pengunjung akan melihat mereka akan dikelilinggi oleh kelip-kelip semasa berjalan-jalan dengan bot tersebut.
- Kayaking at Tinggi Island
Sewa kayak di resort berdekatan dan berlayarlah di keliling Pulau Tinggi. Ia menjanjikan kepuasan yang teramat dan anda juga dapat meluangkan masa anda bersama keluarga dan rakan.
Penginapan yang Ada
Berikut adalah antara penginapan yang ada di Pulau Tinggi:
- Tad Marine Resort- Penginapan bertaraf tinggi dengan harga yang tinggi
- Shaz Resort Pulau Tinggi- Penginapan bertaraf standard dengan harga sederhana
- Challet Tok Mok Pulau Tinggi- Penginapan berkonsepkan kampung
Jom Saksikan Keindahan Panorama Pulau Tinggi
Jom Lihat Review Pengunjung di Pulau Tinggi
Pengalaman yang tidak dapat kami sekuarga lupakan. Dengan udara yang segar dan culture yang baik, saya rasa ini lah tempat yang terbaik saya pernah pergi. Awak semua patut pergi. Harith loqman
Bayaran yang agak mahal tetapi berbaloi. TyraÂ
I think this is heaven. lol. Kelvin Tan
Anak-anak saya amat sedih apabila mereka dapat tahu bahawa kami akan pulang ke rumah. Mereka suruh saya berjanji dengan mereka akan bawa mereka ke tempat ini lagi atau lebih baik dari pulau ini. Persoalannya, ada ke pulau lebih baik dari pulau ini. Tee Jia Xian
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, terima kasih kepada sgmytaxi.com kerana berkongsi maklumat yang sangat menarik. Admin sarankan anda datang ke sini bersama keluarga kerana banyak aktiviti yang boleh di buat.Â
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Pantai Desaru, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Pulau Tinggi.