Keindahan Masjid Kayu Ulul Albab Seberang Jertih dibina Tanpa Sebarang Paku

masjid kayu ulul albab jerteh

Assalamualaikum. Kali ini kami ingin ketengahkan seni bina masjid pula dan mungkin kurang sesuai jika kami labelkan ini ialah salah satu tempat menarik di Terengganu kerana walaupun sangat cantik dan unik tetapi ini ialah tempat ibadat. Baiklah, kali ini kami nak bawa anda ke Jertih pula. Ya, jom lihat dan singgah solat di Masjid Kayu Ulul Albab Seberang Jertih.

Pelawat yang melalui bandar Jertih di Besut melalui jalan utama akan dapat melihat struktur kayu yang luar biasa ini. Dibina antara 2009 dan 2011, ia telah dinamakan semula dari Masjid Kayu Seberang Jertih ke Masjid Ulul Albab oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada Februari 2012 ketika masjid itu dirasmikan. Direka dan dibuat oleh tukang kayu tempatan terkenal bernama Wan Mustafa Wan Su, masjid ini merupakan masjid pertama di negeri ini yang akan dibina mengikut konsep seni bina Melayu tradisional.

Melambangkan keindahan ketukangan Melayu tradisional, ia diilhamkan dari Masjid Kampung Laut, sebuah masjid kayu bersejarah di Nilam Puri. Masjid ini disusun menggunakan teknik tebuk pasak tradisional (peg dan sambungan) dan 100% dibina dari cengal, nyatoh dan bala kayu keras. Reka bentuk bumbungnya mengambil gaya Perabung Lima rumah tradisional Kelantan. Motif Arabesque dan bunga, motif songket Terengganu serta ukiran halus dari kaligrafi Arab dan ayat-ayat Al-Quran dipaparkan di seluruh bangunan.

Masjid Ulul Albab menempatkan sebuah dewan pelbagai guna di tingkat bawah, dewan doa utama di tingkat dua dan sebuah perpustakaan di tingkat tiga. Ia boleh menampung sehingga 2,000 jemaah pada satu masa. Lokasi masjid ini telah kami masukkan kedalam Peta Tempat Menarik ini.

Sangat Unik Masjid Kayu Ulul Albab Seberang Jertih dibina Tanpa Guna Paku

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Kampung Seberang Jertih, 22000 Jertih, Terengganu, Malaysia
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Masjid Kayu Ulul Albab Seberang Jertih

Sebenarnya Masjid Kayu Ulul Albab ini ialah sebuah masjid yang dibina di tepi jalan utama untuk ke Jertih, Kuala Terengganu atau sebaliknya iaitu ke Pasir Puteh dan Kota Bharu. Ianya terletak betul-betul selepas melalui jambatan Jertih.

Lokasinya yang strategik menjadikannya salah satu masjid yang mudah untuk para musafir singgah menunaikan solat disini. Dengan infrastruktur yang cantik dan kemudahan yang lengkap, maka ianya sangat sesuai untuk kita bawa keluarga solat disini.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, binaan masjid ini ialah 100% menggunakan kayu tanpa ada sebatang paku yang digunakan. Jenis kayu yang digunakan ialah :

  1. Cengal
  2. Nyatoh
  3. Bala kayu keras

Jom Saksikan Keindahan Seni Ukiran Masjid Kayu Ulul Albab Seberang Jertih

masjid kayu jerteh

masjid kayu ulul albab jertih besut masjid kayu ulul albab jertih besut

Jom Lihat Review Pengunjung di Masjid Kayu Ulul Albab Seberang Jertih

So beautiful like a Malay Castle. Ahmad Ramli

Seronok solat di sini. Cantik ukiran masjidnya. Airilfikri Johari.

Masjid yang dibuat sepenuhnya dengan kayu dan dihias indah bersama ukiran tradisional Melayu. Azz Mohamed.

Mana nak cari masjid kayu macam ini lagi di Malaysia. 100% authentic! Mohd Yusoff Jr.

Sembahyang itu membezakan antara orang Islam dan orang Kafir. Abe Urut.

A great place not only the design but the facilities and the location at the side of the main makes it a favorable place to take a break. Arief Angah.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang terlibat. Kebanyakkan gambar kami ambil dari facebook, google dan foursquare. Terima kasih semua dan jika ada yang ingin menyumbangkan gambar yang cantik boleh beritahu kami pada bahagian komen ya.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Masjid Kayu Ulul Albab Seberang Jertih, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Masjid Kayu Ulul Albab Seberang Jertih.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Previous articleSinggah Beli Ikan Murah & Segar di Jeti Kompleks Perikanan LKIM Besut Terengganu
Next articlePantai Air Tawar Satu Destinasi Tempat Menarik yang Santai di Besut
keindahan-masjid-kayu-ulul-albab-seberang-jertih-dibina-tanpa-sebarang-pakuSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!