

Kedai Nasi Kak Wok antara kedai turun temurun yang popular di Kota Bharu. Menunya simple sahaja iaitu nasi berlauk ayam goreng atau ayam gulai. Walaupun simple tetapi yang membezakannya adalah pada rasa ayam goreng berempah yang dipotong kecil-kecil dan juga rasa gulainya yang pasti membangkitkan selera. Rasa jadi lebih hebat apabila ditambah dengan sambalnya yang sangat sedap.
Disebabkan kemashurannya sejak turun temurun, sudah banyak cawangan yang dibuka di Kelantan. Ada yang diusahakan sendiri oleh waris Kak Wok, malah ada juga pengusaha yang menggunakan nama Kak Wok untuk melariskan kedainya. Jadi, jika anda ingin mencuba nasi Kak Wok, pastikan datang ke kedai yang asal atau ke kedai cawangan original.
Rasailah resepi turun temurun ini di Nasi Kak Wok yang pasti sedap dan menyelerakan. Nasi ini sangat sesuai makan di waktu tengah hari. Nasi yang panas dan ayam goreng panas pasti membangkitkan lagi selera anda. Harga nasi juga tidak mahal dan sangat berpatutan. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini kepada pembaca sebagai panduan.
NASI KAK WOK RESEPI TURUN TEMURUN YANG PASTI MENYELERAKAN
Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.
- Alamat : Jalan Masjid Lundang, 15150 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
- Nombor Telefon :Â +60 19-203 9114Â
- Waktu Operasi : 7:30 a.m hingga 2:30 p.m (Sabtu tutup)
- Facebook : Nasi Kak Wok
- Peta Lokasi :Â
Dapatkan Info Menarik di Nasi Kak Wok Kelantan
Menu Turun Temurun
Nasi bersama sedikit kemanisan gulai kerompes dengan aroma terung ,timun dan kacang panjang manakala sedikit kemasinan ayam goreng dan lembutnya kemasaman sambal belacan perahan asam limau kasturi.
Harga Makanan
Nasi dengan lauk standard hanya RM3.00. Apa lagi yang kita mahu, makanan sedap, harga murah untuk seisi keluarga kita.
Konsep Kedai
Merupakan sebuah tempat makan yang sederhana , tiada layanan istimewa malah layan diri sambil berdiri. Pinggannya pula hanya beralaskan kertas pembungkus nasi. Namun tetap laris disebabkan rasanya yang luar biasa sedap.
Jom Lihat Menu di Kak Wok Kelantan
Jom Lihat Review Pengunjung di Nasi Kak Wok Kelantan
Nice place to eat. Same type of rice dish for breakfast and lunch. Less crowd now and you’ll get serve fast. Hisham Mohd Hidir.
For budget breakfast and lunch. Mohd Jasmin.
Enjoys having breakfast here. Wan Rosmidi.
Really loved the taste. Fadzilah Ismail.
The original nasi kak wok in kelantan!!! Simple & nice.sedap gilerrr. Putra Fierdauz.
Penutup & Special Thanks
Alhamdulillah, rasai makan pagi dan tengah hari bersama keluarga di Nasi Kak Wok yang pasti menjanjikan rasa yang sedap. Terima kasih kepada kedaimakankelantan.blogspot kerana memberi maklumat kepada kami mengenai kedai makan ini.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Nasi Kak Wok Kelantan, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.
Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Nasi Kak Wok Kelantan.