Kedai Makanan Jadi Baru Botak Tempat Makan Menarik Di Johor

Kedai Makanan Jadi Baru Botak Tempat Makan Menarik Di Johor

Assalamualaikum. Asam Pedas ialah sejenis masakan Melayu yang terkenal dan sering dihidangkan pada waktu makan tengah hari. Sebut sahaja asam pedas semua orang tahu bahawa masakan itu sangat sedap dan popular di Negeri Melaka dan Johor. Resepi untuk membuatnya tidaklah terlalu rumit dan tidak pula terlalu mudah. Walau bagaimanapun terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini mempunyai resepi asam pedas yang berlainan. Terpulang kepada citarasa masing-masing untuk menyedapkan lagi masakan mereka. Ianya sangat berbeza dari sudut rasa dan tekstur.

Jadi, bedasarkan topik yang dibincangkan tadi, pasti anda semua tahu bahawa admin akan bercerita tentang tempat makan yang terkenal dengan asam pedas dan tempat tersebut ialah Kedai Makanan Jadi Baru Botak. Apabila dilihat dari nama, pasti ramai yang tergelak tapi kalau anda semua ingin tahu, nama itulah yang menaikkan nama restoran ini. Nama ini diambil kerana pemilik restoran ini mempunyai rambut yang  berfesyenkan botak. Restoran ini admin labelkan sebagai salah satu tempat makan menarik di Johor kerana keadaan kedai ini yang tidak pernah lekang dengan pelanggan.

Kekuatan Kedai Makanan Jadi Baru Botak terletak pada asam pedasnya yang berkuah tetapi padat dengan rasa herba dan rempah-rempah yang menyelerakan. Restoran ini juga pandai bermain dengan keserasian makanan sebagai contoh telur dadar sesuai dimakan dengan nasi bersama asam pedas. Ia bukan seperti sesetengah restoran lain yang campuran makanannya membuatkan pelanggannya muak seperti makanan berminyak dicampur dengan makanan berkrim susu. Anda pasti akan puas jika kesini.

Jika dilihat dari papan tanda, ia adalah dimiliki oleh pemilik cina. Walaupun begitu, anda tidak perlu risau kerana halal dan ia juga didatangi oleh oleh pelanggan islam. Bahan-bahan yang digunakan juga segar. Admin akan kongsikan Peta Tempat Menarik ini.

HEBAT! KEDAI MAKANAN JADI BARU BOTAK MENYEDIAKAN BAHAN-BAHAN YANG TERBAIK BERKUALITI DAN TERBAIK 

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Kedai Makan Jadi Baru Botak, No 145, Jalan Lumba Kuda, 80300 Johor Bahru, Johor, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +607 2249225
  • Waktu Operasi : 6.00 AM – 3.30 PM (Tutup setiap Ahad) 
  • Facebook : Botak Asam Pedas
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Kedai Makanan Jadi Baru Botak

Menu Terkenal

Asam Pedas dan semua menu-menu biasa di kedai.

Harga dan Kos Terlibat

Harga-harga yang disediakan di kedai ini adalah standard kedai biasa.

Perkara Istimewa yang di Sediakan

Menu-menu yang disajikan oleh Kedai Makan Jadi Baru Botak kelihatan biasa tetapi ia terkenal dengan kualiti makanan yang cukup luar biasa.

Jom Lihat Menu di Kedai Makan Jadi Baru Botak

Asam Pedas Botak Asam Pedas Botak Asam Pedas Botak Asam Pedas Botak Asam Pedas Botak

Jom Lihat Review Pengunjung di Restoran Makan Jadi Baru Botak

Cozy restaurant with tasty food. The fried fish is especially delicious. The service is excellent. Parking maybe a concern though. Mustafa Mohd Ali

Breezy coffee shop with delicious crispy fried fish. One of the best tasted. Recommended asam pedas fish, sotong, otak and fried belancan sweet potato leaves. Must try! Alex Tan

Super spicy asam pedas! I was in heaven while my lips were on fire! Michael

One of d biggest challenge of frying fish is to have a crunchy skin, but a juicy inner portion. That’s d secret to Botak’s success. Ikan assam and otak-otak are both must order. Advance booking is highly recommended. Marco Ong

The asam pedas was so fresh, fried fish also fresh and crispy, the fried spinach was so crunchy and i enjoy the otak-otak! Will repeat again. Definitely Farra Hasniza

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada machohigh.blogspot.my kerana berkongsi maklumat dan gambar yang menarik. Ternyata Kedai Makan Jadi Baru Botak merupakan satu tempat yang menarik dan wajib dikungjungi. Anda pasti akan teruja dan berpuas hati.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Kedai Makan Jadi Baru Botak, silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Kedai Makan Jadi Baru Botak.

REVIEW OVERVIEW
Lokasi
Pengalaman
Harga
Previous articleRestoran Kari Kambing 40 Hari Tempat Makan Menarik Di Johor
Next articlePanorama Shah Alam Yang Memukau Dan Patut Awak Semua Singgah
kedai-makanan-jadi-baru-botak-tempat-makan-menarik-di-johorSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!