Kedai Makan Nasi Kuning Tempat Makan Menarik di Kelantan

Kedai Makan Nasi Kuning Khaumok Rantau Panjang

Assalamualaikum. Lokasi kedai makan ini terletak di Gual Tinggi, Rantau Panjang, Kelantan. Lihat namanya sahaja pasti anda sudah tahu menu utama di restoran ini adalah Nasi Kuning Khoumok. Kedai makan ini admin masukkan ke dalam tempat menarik di Kelantan. 

Nama menu yang agak pelik bukan? Nasi Kuning Khoumok merupakan nasi kuning yang dimasak bersama rempah-ratus ciptaan sendiri dan dihidangkan bersama air lada dan lauk ayam goreng ataupun gulai. Anda perlu mencubanya sendiri bagi merasakan kelainan makanan ini dan pastinya sangat sedap.

Kedai makan ini telah mendapat liputan daripada Rancangan Jalan-jalan Cari Makan sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2015 dan 2016. Ini membuktikan bahawa kedai makan ini sangat popular di Negeri Kelantan.

Harga makanan juga sangat berpatutan. Selain daripada menu utama ini terdapat juga menu-menu sampingan lain seperti rojak buah dan pulut ayam. Menu makanan disini terpengaruh dengan makanan di Thailand yang merupakan negara jiran. Admin kongsikan Peta Tempat Menarik ini. Semoga bermanfaat.

AWESOME! NASI KUNING YANG SANGAT SEDAP DI KELANTAN

Mari kita lihat butiran kawasan ini dahulu.

  • Alamat : Lot2577 Jalan Lebuh Raya, Gual Tinggi, 17200 Rantau Panjang, Kelantan, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 14-500 3339
  • Website : www.khoumok.com
  • Peta Lokasi : 

Dapatkan Info Menarik di Kedai Makan Nasi Kuning

Menu Utama

Nasi Khoumok (Nasi Kuning) yang dimakan dengan ayam goreng dan sambal yang pasti sedap dan menyelerakan.

Menu Sampingan

  • Sup Perut Air Asam
  • Rojak Buah Pok Wa
  • Pulut Ayam

Jom Saksikan Menu di Kedai Nasi Kuning

Jom Lihat Review Pengunjung di Kedai Makan Nasi Kuning

The best choice. Raden Zuan

Real taste. rizal Sodeng.

Unique and variety foods here. Azuan Aziz.

Delicious. shamsul khan.

Penutup & Special Thanks

Alhamdulillah, terima kasih kepada www.caridestinasi.com kerana berkongsi maklumat yang sangat berguna dan membantu. Terima kasih juga kepada laman web kedai ini kerana berkongsi gambar menarik.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman di Kedai Makan Nasi Kuning , silalah tinggalkan komen dibawah untuk berkongsi pendapat dan review dengan pengunjung lain. Semoga setiap penulisan anda dibalas dengan pahala InsyaAllah.

Jangan lupa tulis review anda bagi yang pernah sampai ke Kedai Makan Nasi Kuning.

REVIEW OVERVIEW
Pengalaman
Harga
Previous articleRestoran ZZ Sup Tulang Tempat Makan Menarik di Johor Baharu
Next articleKeropok Lekor Kampung Losong Tempat Terkenal di Kuala Terengganu
kedai-makan-nasi-kuning-tempat-makan-menarik-di-kelantanSatu pengalaman yang menakjubkan jika anda dapat berkunjung kesini. Ianya satu tempat yang sangat menarik dan sesuai untuk anda sekeluarga. Apa yang penting, anda perlu tahu bahawa pengalaman, ketenangan dan kepuasan hati adalah jauh melampaui dari wang ringgit. Jadi jangan terlalu berkira untuk "hadiahkan" diri anda dan keluarga anda dengan percutian!